page 17 of 365 : settle!

assalamualaikum. fuh, settle dah hari ni punya task. penat dia kalahkan hari bekerja. pagi2 bangun, tapi mata tak berapa nak bukak so lelap kejap balik. lepas tu, kerah tentera2 mandi. ops kutu.  bukan main kutu duit ye. kutu lice. niadel ni penternak kutu. tah bila nak settle tak tau lah. budak ofis aku kata tinggal nak letak minyak tanah rasanya, letak 1 kali then settle kata dia. tu je tak try lagi. nanti lah. skang ni pakai shampoo kutu je. esok repeat lagi. dapat pulak mama yang tak reti cari kutu. settle satu hal.

then wan hantar nia gi tuisyen. apekah nia tuisyen je ye. aku lak settle kan baju. separuh hari siang settlekan lipat baju. masak, makan. wan settlekan balut buku nia. aku jahit lencana kat baju nia. lencana sekolah dia patut boleh iron on je. tapi basuh sekali tertanggal maka terpaksa gak la jahit. jenuh. tapi settle gak tadi jahit. lepas ni dapat nama, kena jahit lagi. adeh.. lemah. 

sementara tu dok hadap nia buat homework. homework english 4 muka surat kena join the dot and color. memang tak lah dia berminat. letih suruh, sampai papa kena hadap sambil pegang rotan. baru nak color. hadoi. akhirnya siap jugak tah 4-5 muka surat yang dia kena color tu. homework bahasa cina, math yang level2 dia laju lah dia buat and settlekan. ni mula2 belajar mmg takat tracing je lah. bertabah lah nia. lepas ni akan lebih tough and mencabar minda nia.

settle dah homework, prepare makan petang. lepas tu mandi kan budak2. lepas maghrib operasi kemas siap2 bag2 sekolah, bag baju budak2 semua lepas tu start operasi menggosok baju pulak. ada 3 jam kot. ni baru settle baru duduk.

settlekan harini semua so esok boleh keluar beli groceries. tengah fikir apa benda lagi aku boleh beli untuk bagi bekal ke nia. agak kebuntuan sebab dia sessi petang sek keb so nak kena bagi bekal barang makan2 yang kering2. ada last friday dia mintak bawak bekal carbonara. mana gaya mama nak prepare tu nia? kalau sekolah pagi boleh lah. idea idea...



 tah apa mimpi niadel harini nak pakai costume. adel nak pakai baju anna time coronation day katanya. yang si nia nak pakai baju raya cina.

2 comments:

Roselin Rashid said...

Dik kau pergi klinik kat bangsar tak silap..klinik de hamid arshad kot..jgn igt dia pakar o&g je..tapi dia pun ada klinik utk ilangkan kutu..satu kepala rm100 aku rasa tapi kutu memang ilang ler..kawan aku bawak anak dia kesana

Nad MamaZN said...

bz bz bz..
tu la mak mak kan?
bertabah la huhu

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in