Page 16 of 365 : selesai seminggu

Assalamualaikum

Percaya atau tak yang nia kata kenapa esok cuti? Kakak suka lah pergi sekolah. Oh my, rasa macam tak percaya. Aku expect dia akan cakap yeay cuti boleh bangun lambat. Petanda baik yang dia dah mula suka dengan rutin harian dia. 

Dah ada gang sekelas? Takde pun. Dia kata dia sembang je dgn semua orang tapi rehat tetap dgn kawan darjah 2. Up to u nia. In nia mama trust. Hari ni lega sikit sebab takde insiden2 hiba yang meruntun jiwa. All went well. Alhamdulillah. Moga semua baik2 saja hendaknya. 

Homework dah mula menunjukkan peningkatan. Tapi sekarang dia sudah pengsan lepas balik dari tuisyen. Takpe nia, esok ada.

Aku ni cite macam ada sorang anak je. Adel pe cite? Adel skang papa yg hantar gi sekolah and amik. Muncung lah pagi2 jenuh pujuk sebab nak pegi sekolah dengan mama.

So pagi2, mama meredah jem kat MRR2, papa dgn adel berbahagia duduk kat mamak  sarapan. Kitorg keluar serentak so wan ada banyak masa tu boleh sarap dulu. Huntunglah ofis dekat. Minggu ni masih trial and error on timing tapi rasanya by now dah firm this is the best practice untuk kami sekeluarga.

Pagi bangun pukul 6 paling lewat, mandi siapkan sarapan / bekal sekolah nia. Sementara tu suruh niadel mandi then keluar dalam pukul 6.50pagi. Provided barang semua dah settle the night before. Aku terus hantar rafa and nia and terus gerak ke ofis. Target nak sampai pukul 8 agak tersasar. Paling awal boleh sampai pun 8.15 - 8.20pagi.

Apa aku buat untuk balik pukul 5? Aku sacrifice lunch hour aku. Aku x gi mana. Duduk je ofis continue buat keje sebab aku kena balik pukul 5. Nia habis sekolah pukul 6.10 petang. Aku nak aku yg tunggu dia bukan dia yang tunggu aku. Tapi dah 2 hari aku amik dia bukan dia meluru kat aku tapi duduk kat kantin tunggu kawan darjah 2 dia baru nak keluar gi gate sama2. Hadoi nia. Kita ni nak cepat ngejarkan nak balik nak bagi dia mandi, makan nak pegi tuisyen, dia santai je.

So sekarang kalau aku drive mmg fast and furious je lah kalau boleh laju. No singgah2. Maknanya kena lah masak. Takat goreng ikan goreng  telur je pun. suap 3-3 orang sekali. Settle. 

Mentor2 dia pegang buku dia pun dah ada interest kat buku. Lama gak tadi konon2 tgh nulis. Sempat lah lurus2 kaki jap. Toys diorang semua aku dah humban dalam stor. Sebab lepas main x reti nak kemas especially adel. Ipad? Masuk stor jugak. 

Till then..

0 comments:

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in