Page 11 of 365 : Al-fatihah

Assalamualaikum. Bila aku ingat hari ni hari bersantai2 di rumah nak menghadapi rutin baru esok, lain yang jadi nye. Pagi tadi lepas sarapan dengan mak ayah and ainal, dekat pukul 11 tu diorang pun berangkat pulang sebab esok pun mak first day sekolah. Si ainal keje. Then wan pun keluar nak repair kereta dia. Aku pun lek2 je lah kat rumah sambil jahit kain sekolah agama nia. 

Then dapat call dari maksu. Maksu tanya ayah dah balik ke? Aku cakap lah dah sejam. Maksu suruh call ayah balik sebab maksu call tak dapat. Paklong meninggal  dunia. Mengejut. Sama macam masa arwah maklong (isteri) meninggal mengejut. Aku call ainal diorang dah kat kat slim river patah balik. Sementara tu aku tunggu wan then gerak terus ke taman mesra kajang. Selesai semuanya sebelum asar. Dah sampai ajal. Kawan2 arwah cakap malam tadi elok je sembang sama2. Al-fatihah..

Then pegi jusco balik rumah settle kan semua barang2 budak2 ni esok, ni baru boleh nak tido. Mujur juga cuti esok at least otak dan minda boleh rest kejap daripada hal2 ofis.

Cam biasa, sorang berlibur sorang mentelaah. Sementara teman mama iron baju kat atas ni diorang lepak bilik sendiri.


Terasa betul sebab sebelum ni baju sekolah smart reader mana ada kena iron2 ni, sekali nak iron stock seminggu mmg berpinau jugak lah nak mengerjakannya.

Till then...

2 comments:

Nad MamaZN said...

salam takziah...
cepat gak kebumikannya tu..sblm asar dah selesai semua..
kami aritu, arwah pakcik meninggal, pagi esoknya baru kebumi..
moga arwah ditmptkan di kalangan mereka yg beriman...

shark said...

lama tak komen sini hehe..btw selamat tahun baru..
me pun adalah sgt malas nak iron baju..naseb laki baju x payah iron hehe :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in