page 10 of 365 : ops darjah 1

assalamualaikum. selagi belum bukak sekolah, selagi tu ada je benda nak dibeli. kebetulan mak ayah aku ada kat sini, pegi sekali dengan mak aku yang juga merupaka cikgu sekolah rendah. opah nia lagi arif apa yang murid kena ada. i follow je. 

pukul 12.30 tengah hari tadi ada appointment dengan doktor gigi kat klinik pergigian qistina. cabut lagi sebatang gigi nia yang dah goyang jugak. bila dah cabut memang nampak gigi kekal tu dah tembus gusi. elok lah settle bab gigi nak naik sekolah. dengan tampal sebatang gigi. bila tgk doktor buat tu sambil dia sembang2. baru lah timbul kesedaran diri yang aku pun sebenarnye kena pegi cek gigi. tapi nak cari doktor lain lah. malu lah dgn doktor tu sebab dah kenal. hahaha.. rasa macam2 hal gak gigi aku ni. cuma kurang berani je nak serah diri.

then terus lunch lepas tu ke warta bangi cari kain sekolah nia yang color maroon tu. seperti yang dijangka. mmg takde dah size nia color morrron. yg ada banyak kaler merah je. masa tu rasa nak beli sampin yang size besar je. hahahah... tanya ustazah dia kata kat plaza alam sentral banyak lagi. adoi, keje pulak nak ke sanun. tapi mujur jugak lah opah nia ada, beli je size paling kecik yang ada masa tu. so opah tolong alter. ketentuan Tuhan... time terdesak ni mak ada menyelamatkan keadaan. kau tak pandai alter sendiri ke woi? tak. sekian.

ada sehelai je yang paling kecik. so beli lagi 2 helai yang besar tu. 

tengah operasi. gigih opah suruh label everything. semua ye termasuk label setiap batang pencil color. 

color pencil dah ada. tapi opah nia beli lagi ni kasi ke nia. cikgu rokiah kata, pakai color pensil brand ni warna tu akan lebih smooth and kemas. sebab pencil jumbo size. kaler pun memang diambil serious jugak ye. kalau aku ni, asal kaler ok je. bukan masuk pertandingan mewarna pun. tapi cikgu rokiah telah meng elaborate dengan panjang lebar perihal mewarna ini. ooo baiklah mak.

esok stock up food pulak. sebab nia kata tak nak beli apa2. mama kena extra work lah ni ye. sebenarnye nia tak pandai berurus niaga pakai duit sebenar lagi. takat belajar dalam buku je. praktikal dia tak terror. to yg amik safe side bawak bekal. tapi duit belanja tetap kena bagi ye tak?



till then...

2 comments:

Roselin Rashid said...

Memang smooth kaler dia dik..bila kau colour rasa best aje..tapi aku tak bawak g sekolah..aku beli hat kecik bawak g sekolah. Aku nie tunggu askar tido baru nak wat semua. Laki aku pergi dabong gua musang..huhuhu sedih mak

Ezzy Cupcakes said...

Kalau bab color ni, saya beli yang murah je utk anak bongsu (tadika) sbb gerenti balik2 hilang... Bila dia dah pandai jaga brg2 nanti, baru beli yg ok...hehehe...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in