Skip to main content

'sampah sarap' dalam handbag..

satu petang kat ofis, aku bancuh milo + oat. perempuan gemuk mesti ada snack time katanya kan. sebab sambil tu bole mengepam. sekali dah letak atas meja then elok je aku nak duduk, gedebush air yang aku bancuh tu tadi tumpah kat aku then kebawah. terbaek lah! masa tu memang rasa nak balik terus lah. 

sekali boss aku icm. arghhhh stress! ada pulak benda dia suruh buat. stress lah. siap dengan pakej handbag aku sekali kena milo + oat. so lap2 pakai wet tissue je lah. malam tu umang ai apsl bilik tido ni bau milo ni. sah lah bag aku ni bau milo tak hilang.

esok pagi hantar dobi kat deret ofis tu. sebelum tu transfer barang kat handbag lain. masa aku punggah barang dalam handbag aku mak oi, sampah sarap!

 aku pakai diaper bag cum handbag. cap storksak tu. beli masa rafa dok dalam perut lagi. so boleh sumbat segala. sabtu ahad keluar berjalan tak bawak bag lain, bag ini je. isnin nak keje, tak yah tukar2 handbag (unless nak pakai handbag lain). haa very the sampah kan?

 bag 1 storkdsk yang milo tumpah. bag no 2 yang nak ditransfer kan barang sebelum nak hantar ke dobi. almost complete lah barang2 dalam bag aku kan sebagai seorang mak. haaa gitu. outing mmg aku tak perlukan bag extra. hangkut je bag ni. tapi tu laj, bag itself leather, so dah ada keberatan sendiri, tambah barang2 lagi boleh tahan lah berat dia. tapi semua bag aku mmg berat2 belaka. semua benda nak bawak kan.

bag yang sedia utk dibasuh. aku tak tau berapa charge basuh handbag. memula dia kata RM200. what?? bengong punya uncle dobi menipu aku. then RM100. hah?? sorry mahal tak mau. lepas tu dia kata basuh handbag mmg mahal lah. luar dalam lagi. lepas tu ce teka berapa harga basuh handbag? kalau betul, korang mmg terror lah.

motip entry? nak tunjuk betapa sampah nya handbag aku.

till then...

Comments

- dieyana - said…
hikhik..kirA okey lagi sampah tu..kalau tgk handbag saya, lagi betul2 sampah..hahhha..busuk betul! ;-))

oit mahalnye basuh beg ek?
nad said…
brape ek? emmn rm150?
hehe, xpenah basuh beg, taktau rege
Ilyani said…
bape eh?teringin gk nak basuh handbag...
Anis said…
ok la bag ko. x sampah mana. sama mcm beg aku lebih kurang cuma skarang ni aku dh lebih organize sikit, anak dh besar. ko tumpah2 ni, sengaja ke x. mana la tau nk beli beg baru ke. hahahaha
Anonymous said…
Yo yo oo soh reserve beg fossil kt sooyaree..choii sgt. Motip ko nk tnjk storksak tu..
Mrs. Simplicity said…
Anonymous : hi, nurul huda ke ni? Tgk gaya cakap macam bukan. Sebab dia ada email saya balik tanya whether nak ke tak fossil tu. Tp sy dah cakap x jd amik bag tu tapi sy amik 2 other bags. And dah selamat sampai pun both hb tu. Thanks.

P/s : perasan jugak ada komen few times kat sini pasal reserve handbag fossil tu tp x approve sbb nak tunggu dari sape. Sooyaree rupanya. Ok tq.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber