Air naik depan ofis tadi...

Memang hujan lebat luar biasa tadi kan? Aku tak de lah perasaan sebab dok dalam bilik. Then boss aku yang kete dok depan ofis pun dah runsing camne nak pegi kat kereta. Mujur lah dia balik awal tadi. Tidak kalu stuck sekali dgn kami2 ni.

Aku lepas pam tadi, solat asar dulu then lepak jap dengan budak ofis2. Lepas tu dapat call dari mek leen. Dia ni kalau dah call time2 cenggini takde lain lah, laporan traffic je. Dia dah remind tak leh lalu situ. Dia dah lepas lah. Yang awak ni dok dalam ofis lagi. Thanks leen sebab inform. Then budak2 ofis diorang whatsapp gambar air dah naik. 

Ni lah pemandangan depan ofis aku. Bukak pintu tengok air dah bertakung kat parking lot. Pernah jadi beberapa kali dah pernah jugak air hampir masuk dalam ofis. Tapi tadi air kat tebing je lah. Tebing tak tebing bila jejak tadi hampir ke lutut lah. 

Then nampak lak biawak berenang2. Ya Allah geli geleman aku camne nak ke kereta ni. Kereta aku opposite the road. Lipas tikus semua naik lah. Kat gambar atas tu orang siap bejalan kaki lagi nak gi kat ktm. Sebab air naik.

Simpang tiga keluar ofis aku. Jejantas tu nak ke ktm serdang. Gambar yang banyak keluar kat timeline fb ni malam ni , ni lah pemandangan area ofis aku ni lah. Nak keluar kat sini mmg tak lepas lah. 

Nenek pulak sms bgtau jalan area rumah air naik. Baik nye jiran2 tetangga aku ni. Tq nek bagi info. Citenye nak pegi kat kereta sekian pulak. Last2, tumpang naik kereta keknis then berenti kat kereta aku.

Memang air naik takat suku tayar je tapi bila jejak tu hampir lutut lah. Menung jap camne nak masuk kete. Kemain payah lah. Takut terkena binatang2 ke. Eiiii... 

Then gerak sekali. Ikut seri Kembangan. Luckily terowong air tak naik and jalan clear nak ke rumah. Alang dah lewat terus gi amik nia and fetch rafa. Mujur anak2 ok3 aje. 

Time dah jadi macam ni baru lah, lepas ni nak pindah ofis atas bukit dah. Tak de dah air naik ye, dan2 excited. Khen!

Till then..

2 comments:

Nad MamaZN said...

alhamdulillah selamat...
naseb ada kawan2 kasi info trafik

Fyda Adim said...

mencabar betul tu..tengok air yang keruh tu takutnya..teringat dulu masa air naik kat rumah nenek ada lintah...huhuhu...mmg geli geleman...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in