Skip to main content

melaka trip 2014

haritu dah update masa kat sana. pakai henpon. lepas tu tah macam mana, balik ke home screen, pegi balik kat blogger apps, lesap! hangin gak ah sebab masa tu punya ekspresi fresh lagi kan. haa gitu. kemain!

cite nye, cam biasalah, bukan nak packing masa hari jumaat malam tu. sayang nanti amik masa tido tu. so tido lagi bagus, sabtu pagi tu kemas. lagipun pukul 10.30 amik nia tu baru gerak. sempat lah pagi tu nak kemas. tapinya, ada pulak drama king kat rumah ni merengek je nak melekap. tak mo diletak. letak je hek. letak je hek. papa nya pulak, lepas hantar kakak nia, pegi cuci kete pulak. cuci kete bukan kejap2, makan sejam. kus semangat. cabaran. 

 dapatlah pakcik ni tido kejap. laju2 lah aku turun naik kutip baju. pakej baju selambak tak berlipatkan. lantakkan. mmg jenuh kutip lah kan sepender tak berlipat semua. stokin raja jumpa sebelah, sebelah hilang, ha gitu lah gayanya. dia pulak tido kejap je, sekali jiran sebelah tgh renovate rumah ni start keje pulak. haaa... jaga balik dia.

pukul 10 baru siap kemas kot. laju2 mandi bersiap pulak. almost mengamuk jugak la. mengamuk kat diri sendiri. nak mengamuk ke rafa, kejadah nye kan. bukan paham budak tu. fuh, akhirnya sampai jugak lah kat petronas pasar borong tu. gerak sekali dgn officemate aku. boleh jem pulak depan giant tu berejam. makan setengah jam ada kot nak keluar ke cyberjaya, dengkil, nilai and terus seremban. 

macam2 cuaca masa nak sampai ke selandar. oh citenye, tujuan ke melaka ni ada wedding. adik officemate aku. tiket nak bercuti la tu kan. biasalah tu. otw tu, hujan pulak. orang tu kemain basuh kereta khen! alhamdulillah selamat sampai ke selandar. adalah meraban sikit. waze ni bila time dia membangang mmg boleh bikin hangin. dah la mmg time kena makan kan, sesat pulak. mujur lah tak jauh sesat. uturn then jumpa rumah pengantin.

sampai2 je makan dulu. then baru terang biji mata kan nampak orang. hahaha.. dasar kan. adel macam biasalah, aim dia mesti pengantin. mangai, tiny, lawa adik ko ye. 

us with the pengantin. kakak pengantin / officemate aku tu mak buyung yang pakai dress hijau tu. congrats bella and suami. moga kekal hingga ke syurga. mak oi, ramai nya anak aku ye, berderet. ha ko tgk aku, kekdahnya ko dah lambat besiap tu gigih lagi ko nak belilit shawl. motip? baru beli pin tudung kisahnya. tu nak kena lilit tudung gak nak pakai. gambar pin nanti tunjuk. nak selfie tak boleh, boleh membawa maut katanya.

actually dah lewat nak check in. boleh pulak lupa nak call hotel bagitau lewat check in. dah sampai tu baru terfikir. mujur lah bilik kami masih available. kitorang stay kat hotel sentral melaka. rate serendah RM86. sape yang on bajet tu, this hotel is highly recommended. ni utk twin bed. ni budak bujang lah. kitorg amik bilik triple bed. ada 1 katil queen and 1 single bed. harga asal bilik RM242 kot. adalah isu sikit masa check in. tapi terkawal. terus je kami naik bilik.

 this is our room. spacious. apsl pilih hotel ni? sebab budak bujang on bajet. this is the best rate yang kitorg dapat kat booking.com. kitorg ok je. janji boleh tido. oh and this is first time rafa pergi bercuti.

putera lilin, dapat dok tempat sejuk2 mmg berbahagia je dia. putera lilin hat kecik tu ye bukan hat belakang tu. so petang tu free and easy. mmg takde aktiviti. niadel dah menggelupur nak mandi pool. lepas semayang tu pegi naik tingkat 10 tgk ada kids pool ke tak. takde lah pulok. kena cari pelampung. 2 adult handle 3 kids kat pool tak kemampuan kot. kitorg terus keluar cari pelampung. kedai2 tepi2 tu, takde pulak. terus lajar ke AEON melaka. bapak besar ye. terus tuju kat bahagian ogival. beli pelampung untuk niadel. neck float utk rafa dah habis stok. tak pe lah. at least budak be2 ni ada pelampung boleh lah lepas kan. 

budak be2 ni dah menggelupur nak mandi pool. sekali hujan lebat gile. ok lah, ada alasan lah. mandi esok pagi. tapi riso gak kot hujan sampai ke malam. ye la, malam nak pekena ikan bakar kat umbai. lepak jap pekena jco kat dalam AEON ni. 

otw balik hotel. sel-five sikit.

malam, lepas maghrib janji tunggu kat lobi. tapi sementara kat bilik tu, jadi pulak insiden berdarah. aku punya trio ni, kalau takde extra kejadian untuk dikenang mmg tak sah. niadel main lompat2 katil. sekali adel lompat katil then terjatuh ke lantai, kepala dia terhentak kat bucu tajam tau. aku ingat jatuh biasa. sekali dia menangis, sampai tak leh kua suara. 

wan dok rasa2 kepala dia, bau darah kat rambut, jenuh lah selak rambut cari punca darah tu. aduhai. aku nak marah pun tak termarah, benda dah jadi. dia dah melalak. mujur depan hotel ada hospital. putra specialist. ada nampak macam koyak sikit. bukan tertebeuk lah, macam tekoyak. darah mengalir agak lama. ada lah aku membebel kat adel. dia diam je. sekali dia cakap tak sakit dah. ye lah tu, takut pegi hospital lah tu. nampak macam dah ok, turun ke lobi. mmg kalau tak ok, nak pegi ke hospital dulu.

aku kalau jadi benda2 pelik gini, aku tak panic sangat sebab aku tau papa dia tau nak buat apa. kalau 2-2 tak tau, ye mak panic. org safety kan, segala equipment ada. tanya kat lobi, takde emergency kit. amik dalam kereta. merawat lah adel kat lobi tu. org hotel ada datang tgk. ok lah, concern. walaupun takde emergency kit. wan kata takde safety officer kat hotel ni.

dalam kereta diam je dia. sedar2 dah tertido. panggil tak menyahut, tido la tu agaknya. tapi risau gak kan. sampai je umbai, terus kejut niadel. cakap 'adel nak beli mainan tak?' haa.. in a second terus sihat walafiat. mintak mainan.

terus je tuju kat parameswara, parking belakang sekali. mmg lah penuh kan. meja pun banyak reserve. but alhamdulillah, kitorg sampai je meja depan kitorg mmg nak balik, terus je tuju kat meja tu. port pun tepi sekali and tak panas. tu yang penting. rafa dgn anyah nya. 

seafood fresh dari laut. mmg best lah. wan pilih. aku tak kisah nak apa, tapi mintak 1 lauk iaitu ketam masak stim. sedap weh. gemuk ketam nya. sementara tunggu lauk tu, bawak niadel pegi cari mainan diorang. nampak bubble nak bubble. ok lah, gembira dah masing2. yang cedera tadi pun macam takde apa je. jumpa jugak pelampung utk rafa 10 hengget. jadi lah. papa beli pulak rotan. rm2.50. haaa.. jadi modal lah lepas ni. tak behave je rotan. kasi behave sikit. melompat2 je keje. adel tu kan baru je gusi berdarah sebab main dgn kakaknya.

sampai je kat meja, food pun dah sampai. wah, best lah, tak de lah kebuluran menunggu lauk. terus je lah kami bismillah, makan...

rafa pun seronok tgk kakak2 dia blow bubble. bukan rafa je, dah kerumun budak2 kat niadel main bubble. makanan kitorg malam tu pun, mmg ada termasuk bubble gamaknya dek budak 2 orang ni. 

settle makan, kitorang terus je nak pegi naik river cruise. niadel nak naik boat. jenuh gak cari parking. mujur lah jumpa. bandar melaka kalau weekend tak penah sunyi, lagi meriah. macam pukul 8 malam. padahal masa tu dah almost 11 kot. niarafadel steady je. 

aku pun macam tak percaya lah membawak budak2 ni bejalan tengah2 malam. biasa nya budak2 bujang je buat pe'el gini. tapi mengikut kehendak niadel nak naik noat. ha layankan. ni boat nak jalan. 

niadel layan je sepanjang ride ni.

yeah kami naik boat! dah kenapa rafa muka gitu?

panjang pulak rasanya route dia kali ni. mmg panjang pun, laut agak bergelora. cewah. ye lah, baru lepas hujan, air naik. so splash2 la air masuk boat. mujur dok tengah2. tetiba wan cakap, camne lah kat lautan hindi tu. #doakanMH370. sempat lah rafa isi minyak. aku kalau berjalan dgn rafa, mmg akan make sure pakai nursing wear all the time. senang, ko nak ha selak je. tak lah, rasa tak selesa nak nursing in public. ada lah baby besar rafa jugak dalam tu, agak nak nyusu gak tapi mak dia rasa tak selesa ko nak bagi anak dia susu, mungkin terlalu open ke apa kan. dah anak merengek, mak pun jadi tak selesa. tu aku tak gemar tu. kalau rafa, ngek je, sumbat kan. ha diam lah dia. kita pun tenang. melayan 2 lagi anak yang lain. mata dah kuyu memasing nak mintak balik.


sebelum naik cruise, ada orang amik gambar. layan kan. dah settle naik cruise, nak balik tu, dia tunjuk gambar. kitorg mmg kumpul je gambar2 gini. beli lah. ada pulak additional family member kan. heheh.. siap ada 3D version pulak skang ni ye. ni rege dia RM40. layankan.

then terus balik hotel. dah pukul 12 lebih kot masa tu. jadik je kitorg. ok lah, misi day 1 success. apa yang nak tu achieved. 

day 2, sambung lain lah. ngantuk yg amat dah ni.

till then. nite!

Comments

nad said…
bestnya! bestnya! bestnya!
best jek baca, suka!
xsabar tggu sambungan :)
Iela Fazielah said…
wah bestnyer.... ke melaka ea.. kami ke muor... tp xstay...en don mengelupur nak blk kl...hihi
Sheila Salim said…
Assalamualaikum kak, lawanya pengantin tu.. jarang nampak orang guna warna kuning camtu. sweet la! hehe best gila g Melaka. lama tak masuk Melaka...makan mee bandung dia. perghhh! hihiiii~~~
seronok bc lah n3 ko alya..

seronok tgk anak2 seronok
smpi terjadi tragedi berdarah..
alhamdulillah tk teruk...
Gieyana said…
seronoknya Alya..cantik pengantin..
Elyn Sani said…
Aku berkenan sungguh dgn pengantin! Cantik lah sangatttt......
Mrs. Simplicity said…
nad : :)

k.iela : hahaha muar dekat je kak. tu yg boleh balik hari.

shiela : waalaikumsalam. ye pengantin sangat cantik. mee bandung melaka? kat mana tu?

zura : aku bab merapu mmg terror kan. hehehe.. tu lah dia. kalau teruk, mmg ada sessi lawatan ke hospital melaka lah sekali

gieyana : kan!

elyn : ye sangat cantik!

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber