Skip to main content

MC 3 hari

Yang semalam aku cerita aku tak boleh nak pijak kaki tu kan, kaki belah kanan. Pagi tadi aku bangun lagi parah. Nak turun katil pun tersangatlah seksa. Aku cam tak leh jadi ni. First thing lepas hantar niarafadel ke sekolah kena pegi hospital. Ye hospital. Apsl hospital? Tak cari makcik urut? Kalau aku kat perak aku tau nak cari sape. Cari mak. Mak cari tukang urut. Ni duduk bandar sebatang kara kena handle anak3 sendiri, celah mana aku nak pergi berurut? Tukang urut kadang bukan sekali urut terus elok. Ko kena merepeat bagai. Aku takde masa itu untuk buat semua tu. Aku kena cepat sihat demi anak3. Aku sakit, anak3 terabai habis lumpuh operasi rumah tangga. Kalau hospital adalah ubat ke apa kita boleh consume kan.

Makanya ke hospital kita. Tapi punch in dulu. Sebab masuk ofis pukul 8 pagi. Gi hospital pukul 9. Mujur kena nya kaki belah kanan. Mujur kete auto. So boleh survive. 

Sampai je amik parking yang terdekat dgn pintu masuk. Terus staff hospital (columbia asia) nak offer wheel chair. Eh its ok, i can walk. Wah belagak kau. Tapi nak sampai ke pintu masuk makan berejam je rasa. Nak sampai ke receptionist counter pun sama. Again di tawarkan kerusi roda. Tak mau saya. 

Nak jumpa doktor biasa ke pakar? Dah begini keadaan nya i opt for specialist. Orthopedic. Kalau pegi kat grey-sloan memorial hospital dr callie torres yang cek aku. Hehehe... 

Tunggu jap terus dipanggil. Bagitau doktor mmg takde jatuh ke apa, all of sudden bole sakit gini and it getting worse. Doktor cek2. Bila dia tekan kat bahagian sakit tu meleleh2 air mata aku. So dia suruh buat x ray and another scan nak check tissue.

Hasil xray, takde tulang yang patah. Tapi bila scan, tah ada lah dia scan pakai mesin lain, report keluar menunjuk kan ada soft tissue kat bahagian kaki terkoyak. Puncanya?? Kalau kau bersukan sebab bersukan lah. Ni kira aku bersukan gak lah. Ye lah, balik rumah macam tak penat2, turun naik tangga berpuluh kali. Kira bersukan dgn anak3 lah. Terlalu aktif dan jugak banyak angkat berat. Aik rafa, berat benau ke ko ni sampai terkoyak tisu mama. Nothing to do with sakit urat ke apa.

Patutlah bila diurut makin sakit. Sakit woo... Well diduga lagi dengan kesakitan. Mencabar bila nak handle anak3. Doktor pesan jangan bergerak. Bed rest. And jangan angkat berat. Ko mampu nak ikut cakap doktor tu? U think??? Habis sape nak buat semua benda?? 

Mujur lah aku rasa ubat sapu yg doktor bagi ni berkesan. Actually lepas balik dari hospital aku kena balik rumah amik ice pack bagi kebas kaki, spray and sapu ubat and bandage. Tapi aku x mampu buat benda tu. Tak terbuat. Aku hanya sapu ubat je. Hopefully bila aku bangun tido esok pagi aku mampu berjalan seperti sediakala. 

Yang penting... MC yo! Agak2 MC ke aku ni?? Tgk lah dulu macam mana... 

Doakan kesembuhan aku.. 

Till then...

Comments

Elyn Sani said…
Aku bule bygkan ko mmg x le nak rest. Dah nama pun mak pulak tu ade anak kecik. Kene lai gigih. Buat apa yg daya ye beb. Kesihatan kene jaga gak.....
nad said…
Allah...
moga cepat sembuh alya!
mmg betul, bila mak sakit, rutin harian rumahtangga jd slow dan kadang bleh terbengkalai..
mmg slalu doa biar la kalu sakit pun takde amik masa yg lama demi anak-anak...

tu kalu ada masa rehat sket, cuba la rehat k! ubat tu jgn lupa..
aisey, dh macam mak-mak plak dah ni, haha!
izzahazfar said…
semoga sembuh kak.

tau memang sakit tu.
Iela Fazielah said…
get well soon dear... ni mmg betul2 penangan anak 3 ni...
Ya Allah
dugaan bg ko Alya..
pasti MC pon mcm tk MC kan
hal rumahtgga masih perlu dilakukan..
neway..sabar byk2 alya
inshaAllah semoga cepat sembuh
tp ko kena gak jaga2 k..
nnti lg teruk..lg susah plak ko..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!