cucuk 3 bulan

1 hari 1 entry katanya. boleh blah. lain kali jangan berjanji. niat tu ada, tapi ye lah, macam2 hal nya. macam semalam, aku dah sampai awal, dah semangat nak buat keje, sekali wan call bgtau kunci moto dia hilang. sobajelah. aku takde bebel2 de. benda dah jadi. boleh ke jumpa kunci tu balik kalau bebel. khen? ce kalau mak yang hilang kunci tu.... tet.... ok full stop.

pagi pegi balik rumah amik kunci spare kat rumah. lepas tu masuk ofis balik. sebab ada meeting pukul 11. kena sampai klcc before 2. pukul 1 tak sudah2 lagi. aku kalau kena masuk kl, mulalah tak senang duduk. dkt pukul 1.20 zasss lari pegi klcc. sempat grab bag pam. kot jem bole sambil2. ye.

otw tu, oh damn! bag pam nye ado, tapi pam kat atas meja. bagus!!. last pam tau pukul berapa? pukul 9.30 pagi! aduuu... then sampai ngam2 pukul 2. pass kunci lepas tu boss ajak pulak pegi tgk ofis kat setiawangsa. sebab ID nak datang situ untuk renovate. wah, jadi pindah ye. jadi ler. so pukul 3.30 jumpa boss2 lain kat sana. then start lah ukur and buat lay out bagai. sape duduk mana. department mana kat mana. 5.30 zass aku cabut balik. so aku boleh clock time lah kan. esok2 time2 gini lah keluar ofis. tapi dah pesan kat officemate tolong bawak balik pam nanti aku amik kat dia. sebab tinggal dekat kan. so clock time. 5.30 keluar ofis, 6.40 sampai area rumah. lalu MEX. ok lah kot.

lepas tu jumpa member aku lak amik pam. aduhai masa tu... stress kot. pam lepas ni kena dok dalam hangbag. caca marba lah semalam. amik rafa pun lewat lah. marah dia mama amik lambat. mengamuk dia. 

so bila ofis jauh esok ni, kordinasi semua benda kena lah betul. semua benda tak boleh lupa. kalau lupa jadi lah haru biru caca marba macam semalam.

harini lek2 je lah kat rumah. cuma pagi tadi bawak rafa pegi cucuk.

senyum je cik abang manis kita ni masa timbang. ok lah tu, berat tu kan. sebab dia sakit last week kan. sekarang dah totally ok. moga takde lagi siri sakit2 ye rafa.

harini cucuk jab wajib 3 bulan tu dgn first jab pneumococol. kiri kanan lah kena cucuk.

kiri kanan menangis. 

alalala... 

sticker putih atas tu tak kuat. ni royal sticker katanya doktor. baru lah lekap. balik rumah doktor suruh terus bagi pcm 1.5ml.

balik rumah tgk hindustan yo!

sampai tertido tengok hindustan. mama yang tak tido2 tgk hindustan. pada yang bertanya pneumococol punya injection berapa harga nya. RM1,100.00 (4dose). kalau rota virus lak RM365 (2dose).

4 comments:

Nad MamaZN said...

Alolo cian nengok dia nanges...

iduraz said...

ensem rafa ni..rupa kakak adel la..hehehe

Zura@Iwan said...

alahai..
nangis jap je tu
rasa sakit sket kan..hikss
tp montot ha paha dia..gerammmm

pneumococol tu..tk sempt nk amik kt Irfan..tp ada refer doc, dia kata bleh amik for age 2yrs above ni tp 1dose je lah..rm220

Iela Fazielah said...

masyaallah..mahalnye harga injection... akak xpernah bayo..semua amik free kat PK Seri Kembangan.. momok dgr ni... tercabut cuping telinga dia..hahaha

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in