37 weeks check up

semalam check up minggu yang ke 37. dedebar lah gak kot baby takde progress on weight. then next week aku kena induce. nunggu punya lama sebab malam tadi masuk 4-5 patients nak bersalin. pagi tu pulak 2 org nak deliver. semua nak gynea tu je maka jenuh gak lah nak nunggu. penat aku makan. kena makan sebab tu yang doktor pesan. 'u makan banyak sikit yang...' tu ayat favorite dia.

berat aku naik 2kg. maknanya belum lg nak beranak lah kan. sebab kalau nak dekat bersalin berat start turun or maintain. ok je. i need to be in the office at least sampai next week. month end lah katakan. ok baby, sila bagi kerjasama ye. 

berat mak nya naik 2kilo, risau kot baby tak naik2. tapi aku rasa perut aku mmg besar. and masa jumpa pun doktor cakap perut aku slightly bigger. haaa.. hope kat dalam pun membesar dengan berat yang sepatutnya. scan2 alhamdulillah dari berat baby 2.3kg last week, this week naik dgn jayanya jadi 2.7kg. 

so aku boleh katakan, mmg trend aku pregnant towards the end baru dia naik mendadak. so doktor pun happy. siap nak bagi MC lagi kot stress nanti baby tak grow. aku cakap eh takpe2, i kat office pun tak buat keje sangat dah. duduk2 saja :p

so whats the birth plan? kalau by 5oct (39 weeks) aku masih tak deliver lagi, 5oct tu kitorg balik perak. then melanguk lah nunggu bila baby nak keluar macam masa adel dulu. takmo overdue eh baby? kakak2 awak ni bukan kisah mama diorg dah mengensot je ni. if let say sebelum tu rezeki anak aku nak dpt ic 10, right after discharge terus je balik perak.

barang baby dgn barang kakak2 dia semua dah pack. barang maknya belum. apa je aku nak bawak balik? owh jeans size 25 ye? ceh kot kalau muat. mintak2 lah boleh pakai lagi ye. aku ni konon2 nak bersalin sinikan 1 benda penting aku takde lagi. kain batik. tak penah aku memiliki walau sehelai kain batik. kena cari weekend ni. celah mana pulak nak beli kain batik eh? ke pakai skirt yang pakai masa pregnant tu. vogue sikit macam kate middleton lepas discahrge tuh. kahhhhh...

lepas check up semalam pun doktor dah bagi admission form siap2. sebab baby pun dah turun katanya. rilek je nurse situ cakap, 'kalau puan dah sakit, kalau lepas office hour straight pegi kat emergency ye' wah bila dia kabo gitu, bederau jap. masanya hampir tiba. malam2 mmg tak lena dah. mikirkan, camne lah pulak sakit nya kali ni. 

malam tadi dah peloh2 siap cakap ke wan, beranak lagi sakit agaknya ye. gini punya sakit pun mcm tak leh tahan. kekdahnya mcm first time nak beranak je. apa pun aku doa banyak2 moga dipermudahkan semua. and baby R*** selamat dilahirkan. 

amin...

selain daripada record card tu, benda ni dah kena usung sekali. 

apa2 pun WISMILAK!! wan bagi aku ni, apekebenda lah memula. rupanya WISH ME LUCK.

0 comments:

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in