Skip to main content

Syawal 1434H di Perak

finally. some me time. lapang rasanya weekend ni. walaupun kat luar rumah tgh serabut alam. konon nak update very very soon ye. harapan je lah. tak cukup masa sekarang ni. baik dirumah mahupun di ofis. kat rumah banyak je masa tapi sampai rumah dah pengsan. dah masuk 34minggu pun ni. 6 minggu lagi nak sambut ahli keluarga baru. so kat ofis mmg buat kerja as if esok tak datang dah. tak nak nanti kalut pulak org nak mencari kerja2 aku. cite pregnancy nanti aku cerita. nanti ye. kot sedau2 udah keluar baby ni. insyaAllah bole2. 

29 Ramadhan 1434
so cite raya dulu lah ye. konon nak buat day by day. tapi takut nanti sangkut kat 1 Syawal je, kita buat lump sum entry macam last year. so episode Syawal kalini Syawal di Perak dulu. kitorg balik kampung 2 hari sebelum raya. tu pun malam lepas berbuka gerak. siang tu dapat pelepasan jam 3petang. mmg habis tenaga lah kena kerah sampai lah boss release pukul 3 petang tu. lepas je boss release baru lah mood raya tu datang meluap luap.

rushing pegi sana sini. mujur sehari sebelum tu dah siap packing baju. lega. lepas berbuka, sumbat barang2 dalam kereta then jalan. makin besar bonet kereta makin banyak barang yang dibawak aku tgk. aku tak sedar apa perjalanan balik ke kampung halaman. keluar simpang rumah dah membuta. sedar2 wan kejut dah sampai simpang rumah mak aku. co-pilot yang sangat 'berguna'.

 kereta banyak lah jugak. tapi tak lah jem teruk. kot. ater tido aje.

selamat sampai rumah mak tgh malam. kot jugak. sembang2 sikit then tido.

30 Ramadhan 1434
sahur terkahir. lepas tu tido balik. bangun tido, dapur pun mula beroperasi. macam2 aku nak makan. soto lah, lontong lah. rendang ayam wajib. pagi sampai ke petang memasak. tak dapat nak lebih2 sebab badan pun tak larat. 

assistant ada je menempel. tu yang jadi lagi letih. ni kira membantu lah. tolong penyek kan bergedil and susun. stock banyak2 bergedil. tahun ni bergedil perfect. tak berderai. sampai ranap blender aku kerjakan.

blender opah yang mama jahanam kan. tapi mmg best blender ni. beli mana mak? kat Mekah! dalam banyak2 benda kat Mekah mak beli blender mak???

masukkan duit raya jugak. 

malam main bunga api. nia tak mandi2 dari siang ye?  aku dah sarat ni benda yang paling aku mengah nak buat mandikn niadel. so papa dah lama take over tugasan ni. kalau adik2 aku ada, sub ke diorang.

1 Syawal 1434
Raya! pagi2 bangun awal. dengan satu misi. nak pegi semayang raya. sejak kahwin ni lah first time aku pergi semayang raya. so teruja betul. siap2 kan niadel. aku sarung jubah je dulu. siap2 then 1 rumah terus ke surau.

dok belakang sekali hujung. aku yg sangat excited. tau budak2 ni akan behave tu yg confident bawak tu. dah besar kan. 

sorang jaga satu. makan survive. lepas tu start nak semayang je masing2 bukak telekung. boleh? tah apa lah budak bedua tu buat masa kitorg tgh semayang. 

balik dari semayang raya, makan2 then cam biasa, setting untuk photoshoot session. bersalam- salaman dan bertukar raya packet.

tahun ni atuk punya label duit raya siap printed lagi. teruja betul ayah aku nak bagi. kena tunjuk kat camera pulak tu. saba jelah.

apak den tgh cari nama den. bole kata tak jumpa pulak. saje je tau ayah. menantu dapat mana boleh anak tak dapat kan. ;)

ingatkan tahun ni berjujuran air mata salam laki. rupanya sama aje. yelah banyak sangat dugaan bulan Ramadhan itu hari kan. raya adalah hari untuk bergembira. bukan raya je mintak maaf ye tak? hari2 mintak maap. 

ainal, walaupun ko dah kerja. sebab ko adik aku, masih entitle duit raya jugak ye. 

ina untung tahun ni dapat duit raya dari abang- abang nye. hat baju maroon tu bagi juga walaupun kerja sambilan. walaupun bagi duit tak bersampul!

lepas tu macam biasa lah. amik gambar ramai2. jenuh setting. ayah aku cam biasa, maintain...

takde yang elok lah. ni pun mata ayah tepejam. rasanya kitorg punya kaler oren buat semua gambar jadi kaler oren. ye tak?

5 beradik. maklong beraya kat johor tahun ni. gilir2 dgn aku.

niadel suka sabotaj gambar. takde 1 pun gambar family kitorg yang elok. sabajelah.

payah nau gambar be-4. sudah anak2 ketepi bagi mama papa je begambar. oh btw, ni lah selendang aleesya kat ariani yang aku teringin nak beli sgt tu. 1 set dgn inner. suka seba sekali belit je terus teletak. baju2 kami cam biasa cap omar ali.

settle je sessi2 wajib ni terus gerak ke rumah opah. then pergi beraya kat 3 rumah opah sedara. rutin tahunan jugak. tapi takde gambar sgt sebab dah lewat and aku tak kuasa nak suruh adik aku amik gmbr sebab diorg pun busy jaga anak2 aku. komen2 yang aku terima masa jumpa sedara mara aku, deme kata perut aku mcm tunggu hari. huuuu takut! padahal masa tu baru 7 bulan. korang nampak mmg mcm kecik, tapi hakikat nya besau. malam pulak sedara mara belah mak aku datang beraya. so aku cakap kat mak, masak nasi lemak lah mak. mesti diorg cari nasi. ater seharian dah jemu makan juadah raya.


lauk simple2 je pun. lepas tu diorg main mercun and ada fireworks pulak. acara penutup. adel awal2 dah cabut lari. nia je tgk.

acara penutup of course lah clear kan dapur. tati, as requested, i letak gambar u ni. tapi kenapa  u tak pandang camera???? 

2 Syawal 1434
tak kemana. sebab adik beradik ayah aku pulak nak dtg beraya. lagipun haritu hari jumaat kan. pagi sampai tgh hari prepare juadah. masak apa ye? haa mee kari. nasi. ada sup jugak. ke sup habis? lupa. :p

 dah clear masak kat belakang rumah, opah basuh pulak. niadel join sekali. ade insiden dimana nia menyembam sampai bengkak lah mata. seronok sgt kan. sebelum solat Jumaat maksu sampai. 

lepas solat jumaat pakcik aman aku pulak sampai. lepas tu makan2 sampai ke petang. 

petang diorang pun berangkat pulak. tq maksu and pakcik amand and family for coming. 

ingat nak meregang2 otot lepas diorang balik tu, adik2 aku yg aku mintak tolong suruh beli kek sebab esok nya bday wan, nak buat bbq lah pulok. adoi, renyah! layankan aje. aku marinate je ayam2 tu lepas tu pandai2 lah diorang membakar. aku suruh beli kek, deme pegi siap beli party pack bagai. bengong betul. bukan bday niadel. tapi bday apak niadel woi

dekat maghrib start membakar.

sampai ke malam lah deme membakar. sebab malam ada orang dtg rumah lagi. jamu diorang sekali.

surprise surprise. ingatkan maklong niadel balik raya ke-3. malam tu aufa muncul lah pulak. yeah, bole gomol aufa!

mak tam, uda dgn sally datang beraya. then kitorg pegi beraya rumah makyong kat belakang rumah je. sebab dah janji nak pegi raya malam tu gak. makyong masak laksa. balik je, tak settle lagi haritu, sambung pulak lagi..

3 Syawal 1434
bersamaan 10 August 2013, its my husband's birthday. genap 31 tahun. mmg dah pasang niat nak celebrate pukul 12 malam. mmg betul2 kitorg pukul 12 lebih beru je settle semua. tak plan nak sambut dengan sedara mara sebab kang segan pulak laki aku. dah tua2 ni sambut ramai2 kan. jangan ada yang terasa ye. korang tak kisah pun kan. kek je pong.

lama tak makan chocolate indulgence. caption ditambah sendiri oleh adik aku.

muka paksa diri maintain sebab dah pass midnight. nia dah tido time ni. adel je tak tido lagi.

sama lah dengan si kecik ni. siap boleh mengekek2 lagi.

ayah baca doa sikit. yang besar2 semua kena paksa bangun. 2 org kat bawah tu dah macam bibik pulak. dok bawah je. padahal kena kejut dari tido tuh. kahhhh..

makan kek pukul 1 pagi. very healthy!! lepas tu semua pengsan.

masih 3 Syawal kan? siang nya, kitorg bersiap nak balik ke kedah. amik gambar dulu. sebab semua family member dah ada. bole amik gambar semua sekali jap.

us! aku yang paling besar dalam gambar ni. mujur lah dukung adel. lepas tu terus je gerak. family aku lak pergi beraya rumah tok we and tempat lain.

sebelum gerak. 3 beradik. suka gambar ni sebab aku tak nampak mcm mengandung pun. nak jugek! hehehe

dah sampai kulim.... sampai je terus pegi beraya. malam rehat je kat rumah. sangat sangat sangat letih. nama pun raya ye tak?

begitu lah raya family aku di Perak. lepas ni raya kat kedah pulak. terus nak buat ni. sat na...

Comments

Iela Fazielah said…
meriahnyer alya....jeles akak...siap potong kek di dinihari lagi.... n hepi bday wan..
Azirahman said…
alya....kulim kat mana?
Mrs. Simplicity said…
k.iela : tu lah dia kalau time raya. penat nya tok sah kata. tapi sebab semua ada, rasa seronok disitu.

azi : kulim kat padang serai kak. taman ria. akak tau ke?
nad said…
Napela masa raya ritu tak teringat kt alya
Padahal dah dekat dh ngan teluk intan
Ye la, kata rayakan...
Bz bebeno kekdahnya hehe :)
Mrs. Simplicity said…
nad : haish, kalau datang area bota tu wajib roger kita ye! especially time2 raya. :D
Azirahman said…
padang serai tau ...akak kat lunas ajer...tak jauh dah....takper len kali kalau balik kulim boleh roger..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber