pengertian raya

esok nak balik kampung dah. aku masih kerja lagi. esok pun kerja lagi. lepas buka esok pulanglah kami ke kampung halaman. ke perak dulu kita. raya ke-3 balik kedah pulak. selasa 13hb baru balik KL. tahun ni aku suam2 kuku je lah. apsl tah? tah mana pergi semangat raya yang hilang ni. tapi lepas dapat baju raya yang dah siap tadi rasa semangat pulak nak pakai. gitew. ni tgh mencoba manaikkan mood raya dengan memasang lagu2 raya. aku ingat nak rileks2 je harini. sekali betimbun- timbun keje ha. nasib tak cuti lagi.

bukti ye last year raya pertama di rumah mertua. tgk sofa. demokrasi terpimpin namanya. kena gilir- gilir. tapi kalau ko tanya wan, aram dia ingat raya pertama kat mana. kalau aku cakap balik perak tiap2 tahun pun dia follow je aku rasa. sungguh aku tak tipu. kahhhh... keji beno tuh. kurus nye la hai aku. siap make up lagi. aku dah lupa nak make up balik ni. apa nak pakai dulu. aduh, harus bukak youtube dipagi raya ni. kang bertompok2 kang camne?

raya keempat baru balik perak. masa ni aqiqah aufa raya ke-5. bukti2. kahhhhh....

apa yang aku seronok pasal raya ni? pada aku, tak lain tak bukan dapat gather with all family members. dan seterusnya acara makan2. time raya ni celik je makan. celik je makan. makanan sedia terhidang 24/7 kat rumah mak. 2 benda utama tu je yang aku looking forward.

kalau nak cite bab penat mmg apa pun tak jalan. dari long travel nya. confirm2 nak kena hadap jem nye. dengan penat dok dapur nya. dengan penat menziarah sana sini nya. kan? tapi setahun sekali kan. apa ada hal walaupun dah nampak2 rutin kepenatan tu nanti camne kan. makan punya pasal sanggup. 

cuma this year confirm aku jadi AJK kopek bawang je lah sebab aku nye movement very limited sekarang ni. baru  je 7 bulan aku rasa dah macam2. anak aku dalam ni dia punya tendangan agak padu gak lah. kalau kena tang area ari2 tu, mau rasa nak terberanak. mak tak complaint nak. mak dah biasa. cuma awak ni kuat sikit lah compare to kakak2 awak dulu. 

weekend lepas tak kemana. cuma hari sabtu haritu SA ariani ada call kata stok aleesya ada sampai bangi but vey limited. adu, dah la wan keje, tapi nak punya pasal, aku angkut niadel ke ariani. kemain penoh manusia. tapi aku lepak je. SA tu yang tolong amik kan untuk aku. rasa kepuasan maksimum dapat selendang tu. puas hati lah. ewah. ada lah sikit teruja nak beraya ni. dapat 40% diskaun pulak tu lagilah rasa berbaloi sangat. i tuka gaya lah raya tahun ni ye. :)

 adik dia mau bertudung. kakak dia tak mau. kakak dia kata nanti raya nia pakai topi je lah mama. boleh? ni kat ariani bangi. kemain ramai umat. diorg slumber je orang ramai2 pun busy konon2 pilih tudung jugek.

 bila tahun ariani ada kat tingkat atas? aku baru tau. punya lama aku x datang ariani. gitu! atas ni seuma selendang. selendang aleesya yga aku nak beli ni terletak kat atas ni lah. lapang dada mak. tapi tetap kena turun nak bayar!

tak sia2 bawak anak2. dapat duit raya. hehehe.. rezeki. thanks ye aunty teha. next time harus bawak anak2 pegi ariani lagi. ;)

ahad lak tak kemana sebab operasi clearkan baju bajan. dah banyak tahun nak buat tu. baju dari umur niadel 18bulan ye tak sorting2. skang nia dah nak masuk 5 tahun. so bayangkan lah bape banyak bundut aku kumpul kan. dah clear kan 1 wardrobe untuk ahli baru. dah sumbat barang2 baby dalam tu. selama ni tersadai je kat sofa bawah. ye 'rajin' sangat kan.

selesai dah sorting. ni semua nak didermakan. lapang sikit kepala otak aku tgk baju banyak dah clear. alang tu, terus lah siap pilih baju mana nak bawak balik kampung. malam ni boleh sumbat dalam bag. esok malam lepas berbuka zasss balik.. dek kerana mengemas baju bajan ni semalam melepek awal aku malam tadi.

akhir kalam, kami sekeluarga ingin memohon maaf andai ada yang terguris hati sepanjang melayari laman sesawang saya ini. ampun maaf dipinta. kepada yang akan pulang ke kampung halaman, may we have a safe journey. selamat pulang, dan selamat balik. sape yang ada kat area perak jemput singgah rumah as kitorg ada sampai raya ke-3. sape ada kat area kedah pulak, kitorg ada sampai raya ke-6. raya ke-6 onwards datang seri kembangan je lah ye kalau nak dtg beraya. 

again, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.. :)

3 comments:

Iela Fazielah said...

wah alya.. siap dah gantung kad raya bagai... selamat hari raya ye... best giler dpt bj raya terus semangt eh..jln lek lok tau... suruh wan drive baik2... adik ipar akak br je eksiden... insyaallah nnt kami dtg beraya berempat ye... momok xbalik2 dr labuan ni..susah hati akak...daaa

eiman's mummy said...

Tak sempat jugak jumpa adik....wan balik kulim 14hb..adik dh bertolak balik...hmm...next time plak nampak gaya....

Rizziela said...

syoknya dah dapat tudung raya...saya baju pun belum ada lagi

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in