tombol raya

3 hari cuti panjang. tak keluar duit sesen pun. walaupun gaji dan masuk. vitamin B dah masuk. aku je lah yang paling rilek sekali. 3 hari cuti aku membuta je. i have to agree on jue's comment dia kata kalau pregnant kan baby boy ni malas bebeno. ke aku je? lantak lah. tapi mmg ye. keje aku tido je. tambah lak bulan puasa ni. wan ajak pegi bejalan pun mak buat dek je. owh napsu raya, where are u??? tapi lega sebab dapat kemas rumah semalam. bukan aku lah kemas. aku duduk je. yang aku kemas barang mainan niadel dgn buku2 diorang. semua aku campak ke atas dah. sakit mata aku tgk barang mainan diorg. memunggah je pandai. kemas tak berapa nak pandai. especially nia. liat. skang ni tak kemas mainan, no susu. nia sanggup tak minum susu tu, nama nak kemas mmg takde. adel rajin. kemas. tapi semua dia longgok atas kabinet tv.

they have their own room. tapi tak larat lah aku nak ngadap diorg. kat atas nak bagi main. maka, atas bawah ada. tak cukup dgn memunggah, siap nak masuk dalam bakul mainan tu lagi. bakul pink tu ada 2 biji. maka 2 longgokan. larat kau nak kemas tu hari2? tepon sape tu adel? skang dah pandai diorg dua ni belakon. sorang jadi mama, sorg jadi baby. lepas tu ngajuk aku. yang baby cakap "mama, nak susu.." yang jadi mama sound "kemas dulu!" dgn nada jerit. amboi, mama idak le jerit gitu.

esok nya diorg tuka strategi. sebab mama tak bagi sepah mainan. kita main bantal2 pulak. ni kakak nya kata kat adik nya ye. urut dada jap mak eh. tu tgh nak buat kubu. so, korang kalau nak datang rumah aku, notice skang bukan sehari ye tapi at least 2 hari. 1 hari kemas, 1 hari penuh kan fridge. kahhhhhh..

so lega mainan semua aku dah kumbah ke atas. tinggalkan barbie 2-3 ekor kat bawah dgn mainan masak2 sikit2. rasa nak sita je rumah bila tgk rumah dah bersih sangat. ewah.

tgh kemas rumah semalam aku tgk langsir aku ni. tetiba perasaan nak tuka langsir tu datang. terus contact org langsir, dia kata dah close order 2 minggu puasa haritu. kalau nak gak, dapat lepas raya je. ok je. aku bukan style nak raya semua kena serba baru. rasa nak tuka, aku tuka. wah, mak2 sangat ko. dah pandai nak tuka langsir lah pulok. nak cari kaler cerah sikit. color macam sofa dgn wallpaper tu kot. 

baru lah kita masuk ke tajuk entry. satu benda je aku beli malam tadi. iaitu tombol pintu! apa kes? pernah tak korang terfikir bila keluar rumah tu, what if, kalau aku amik salah kunci. what if. setiap kali aku nak tutup pintu, aku akan terdetik and cek. well, nak jadi cite malam tadi lepas berbuka, keluar jugak lah dari kandang nak pegi beli groceries. asalnya nak pegi jusco balakong sbb tekak nak minum frappucino starbucks.

so siap2 lah lepas buka dgn maghrib tu. cam biasa, aku tukang tutup pintu. wan bawak anak2 masuk kete and keluar kan kete. sekali kau 'what if" aku tu jadi. bang!!!! tu je lah temampu sambil tunjuk kunci vios instead of house key. niadel dah dalam kereta. mmg dulu masa dok apartment aku attachkan sekali. bila dah dok umah ni aku separate kan sebab. aku boleh panas enjin kete sementara aku kunci rumah. 

mujur lah jiran ada kat rumah. apa lagi, tak kuasa nak jadi macgyver nak betul2kan. amik hammer pecah tombol settle. bukan aku buat lah. sumbangang aku hulur flashlight hp kat tombol je lah sementara wan pecahkan tombol. takut wei. dah buat silap. kahhhhh... 

setengah jam gak lah nak settlekan tu. stuck pulak dah. lepas tu dari nak gi jusco balakong terus pegi equine je. beli tombol pintu. luckily jiran kitorg tgk kan rumah. aku nak tunggu rumah wan x bagi. jiran aku dgn beberapa jiran lagi lepak depan rumah borak2. cina semua jiran2 aku ni. 

main door yang 'cantik' makin 'cantik' lah lepas dah ada bekas kena kepak. tapi tombol merelit relit. along, mak tak mampu nak beli pintu kayu jati mcm ko long. mak ganti tombol je. huhuhu...

moral of the story : 
attachkan je la kunci rumah dgn kunci kereta
berbaik2 lah dgn jiran tetangga

like my husband always say, s*it happened...

8 comments:

Nad MamaZN said...

Naseb ada jiran yg baik2 :)
Sama la kite alya
Masa preknen kan zakwan
Nak mandi pun susah
Malas bebeno kekdahnya
Huhu

Alyyani Anuar said...

nad : yaAllah nad. sungguh lah. malas tahap nak mandi pun malas. nak mandikan anak2 malas, nak mandi diri sendiri pun malas. hahahah..

Gieyana said...

Jiran ko mmg baik beb...x paa..pasni ko tukar br lak pintu..benda nk jd kan..:)

Rizziela said...

tu tanda nak suruh tukar pintu baru tu

Iela Fazielah said...

KELAKAR LA kamu ni ya alya.... akak ni sbb pintu rmh bukan jenis tekan2... nak kunci kena cucuk kunci dan pusing... kalau x.. xleh kunci..dulu dah terkena msk dok kat apartment biru dulu...hihi...

Nurul Ilyani said...

Nasib bek ade jiran yg ok ;)

Elyn Sani said...

Aku paling malas ms pregnant kan faiq! Tido aku bule kata nak cecah 20 jam. 4 jam je berjaga huhu. Sbb tu berat mencanak naik!!

amal_fc1303 said...

tombol bilik atas gnti ke dak?

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in