iftar ofis - royal lake club, KL

semalam second time berbuka kat luar. cam biasa, via invitation je. kalau kata nak pegi sendiri book sendiri harapan je lah tahun ni. nak pegi jusco beli groceries pun bercinta. tahun ni lokasi nye adalah di Kelab Taman Perdana DiRaja (The Royal Lake Club) Kuala Lumpur. mana dapat tau tempat ni? boss aku nampak kat billboard kat jalan jelatek kot. so credit to him. 

lokasi mmg betul2 tgh bandar KL. buat pulak time cuti nuzul Al-Quran, so mmg kena pegi awal. kitorg gerak dekat pukul 5.30, sampai ngam2 dekat nak berbuka. jem gila babas. budak ofis aku dah pesan jangan ikut jalan loke yew. tapi termasuk jugak konon nak elak jem kat jalan tun razak. terbaik punya jem. waze tunjuk 2.9km je lagi tapi 2.9km tu amik masa 2 jam. camne lah korang bertabah hati kerja kat kl ye hadap jem. kira aku tak cukup cool lah sbb aku pun panas hati gak la. hahaha.. lagipun selangor kan cuti so double jem bila org selangor masuk kl nak shopping tambah pulak org KL kerja / sekolah. 

apa pun selamat sampai. kalau cukup bulan aku tu, mau beranak dalam kereta. stress2... mujur niadel tido je dalam kereta. dapat lah diorg tido lama since tak tido2 dari bangun pagi nya. sampai je terus ke banquet hall. 

sampai je terus duduk, wan yang amik makanan budak2, amik kan aku bubur lambuk semangkuk. makan tu aku gi solat dulu sebelum penuh nanti. lepas tu baru boleh makan sampai keras perut. kitorg pakai jubah yang opah belikan kat Mekah haritu. tekanan je pakai jubah. terkirai2 aku.

molek tu nia. belakang tu classmate dia. officemate aku punya anak. sama sekolah. sama transit. sama nama! nur farah rania nama dia.

italian2 jugak. tapi makan tetap pakai tangan ye adel. aku mmg tak banyak bergerak. x larat wei. kan aku kata kalini aku punya nafsu makan tak membuak sangat. apa yang ada depan mata je aku makan. tapi lala masak pedas ada. sepinggan aku balun. marvelous! 

sebahagian dari officemate saya.

big boss saya dgn anak dia. sebab wife dia terjumpa blog saya, cakap kena berhemah lepas ni. heheh.. if u read this kak nurul, hi!!

zia, dato', kak nurul.. 

lagi..

catching up. sebab aku dah berat, korang lah datang kat aku ye bersembang. mak x larat jah.

family ni tiap2 tahun kalau dtg mmg x mengecewakan. mmg akan ikut tema. tema dia tiap2 tahun baju raya pertama tahun lepas. ni je yang pakai full set. tu yg sampai lambat ye, gosok sampin. 

the ranias ni ye. nur farah rania, rania ayesha, nur rania safiyyah. anak officemate je dah ada 3 org nama rania. tu belum 1 malaysia lagi. hopefully there's only 1 rania ayesha in the world. hehehe..

dah kenyang, dah tak larat nak makan, dah dekat pukul 10 kami pun berangkat pulang. nak tunjuk attire niadel. ni je yang ada. wan mana wan? dia lah jadi official photoG malam tadi. semua gambar diatas dia yang amik. termasuk gmbr ni. aku tak mampu nak amik gambar segala. haish, semua ko tak mampu ye.

malam ni ada buka puasa kat hotel renaissance (siap kena google camne nak eja ni) KL pulak. gang2 sekolah wan pulak. jam berapa mau keluar pulak ni.

ok, later!

2 comments:

eiman's mummy said...

lebatnya rambut nia....adik dh berapa minggu dh?perut tak berapa besar kan....

Alyyani Anuar said...

wan : serabut tgk rambut nye kalau tak ikat. nak potong sayang. adik baru nak masuk 30weeks wan. tu tak berapa nak besar lagi. tambah lak puasa. :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in