Skip to main content

detail scan adik niadel

first time aku buat detail scan ni. kenapa nak buat? ok, firstly memang aku tak nampak gender baby. i mean mata aku mmg tak nampak. walaupun doktor tunjuk tapi tu 2D puya version. tidak pulak doktor tukar kan ke 3D or even 4D masa aku dok cakap tak nampak. cuma doktor sebut 'punai' je. tapi mata aku mmg tak nampak.

bila kandungan dah menginjak ke bulan ke-7 ni, awok nak le prepare apa yang patut. kalau girl, nak kena kemas2 baju bajan niadel. korek mana hat baby (walaupun mmg dah takde). tapi sebab same gender bole lah tgk2 apa yang adik diorang bole pakai balik kan.

if let say gender nya lelaki (alhamdulillah sangat), kena lah tune kepala ni kalih kan pandangan ke boy punya department. aku lupa bila kena prepare beli barang2 baby ni. honestly speaking mmg takde apa dah barang niadel masa baby kecuali baranga besar2 macam car seat, stroller of course, bath tub dgn changing matt. sahaja. 

barut ke mittens ke booties ke sehelai sepinggang nan ado dah. so decided to do the detail scan ni. google2 lah pasal 3D / 4D scan ni. bila waktu yang sesuai. kat mana yang terdekat dan lain2 yang patut aku tau. ada facebook page 3D / 4D scan. like dulu then search kat mana klinik terdekat. sekali kat an-nisa bandar pinggiran putra. 

kena buat appointment bagai. tapi aku tak buat appointment pun. aku walk in je tadi. sebab aku x buat appointment? sebab aku kenal doktor tu. doktor tu pun kenal aku. ewah. and dia kenal laki aku. selalu benau ke situ. mind you, doktor ni lelaki. berkira- kira gak sebenarnya. tapi atas dasar perubatan, takde salah disitu. doktor tu pun alim orangnya. so aku rasa he knows his limit. wah tetiba. of course aku tanya wan dulu. kalau dia kisah, aku pegi klinik kat ampang or kat vission college tuh. tapi bila fikir balik, doktor yang operate aku dulu pun doktor lelaki, so ok je la.

bapak lama menunggu turn. sekali scan tu makan 30 ke 40 minit. mujur lah awok bawak novel. sejak2 pregnant ni, jadi minah jambu aku. baca novel sesaja. bebulu je laki aku. jambu anak mak dalam ni esok. hehehe.. adalah dekat 10 bab baca novel tu baru sampai turn aku. padahal masa aku datang tu ada 3 patients je. rupanya semua pun scan.

sebab ai is walk in je, ai is redha menunggu sejam lebih. sampai turn je. sebab doktor tu kenal aku, anak kitorg pun sebaya, dia siap cakap alamak, u dah potong i ni. gitu tau doktor. chit chat sikit2. then start scan terus doktor tanya 'mak nya doa apa?' aku jawab le, 'mak nya doa bia elok semua.' doktor kata 'doa jantina takde ke?' senyum je aku. aku jawab 'anak i 2-2 girl doktor' senyum je dia. nampak dah ni katanya. masa tgh pakai 2D version. suspen mak. ye lah kalau 4D mesti nampak clear ye tak? 

ni antara snapshot yang sempat diambil. termasuk gender... jom tgk rupa adik niadel.

dapat side profile je. depan2 tak dapat. walau pun ditolak2. pemalu anak mama. macam papa nya. pemalu 'sangat'! macam muka wan eh? aku tak cakap, tapi doktor yang cakap. tang hidung nye tu. aku tgk macam adel pun ada gak ni.

heart beat dia.

lagi gambar muka. banyak dapat snapshot tadi. ni antara yang clear lah.

haa ni yang doktor cakap 'termakbul doa maknya' idak le dia sebut punai. pervert benau bunyi nye. tak sebut apa tapi dia senyum2 manis2. aku cakap, kita tgh tgk tang mana ni doktor? serious tak tau wei. bila tunjuk tang 'pistol' tu. ok. sah we gonna have a boy. :) korang nampak kan?

pundi kencing.

biru tu air flow, merah blood flow. ya ampun, kalau silap. doktor tu dok tekan2 masa scan, naik tekencing aku. lama benau.

another photo of his gender

posterior.. 


ok, terjawab segala teka teki yang bersarang dihati. bila dah nampak dengan mata kepala sendiri. bak kata wan, tak kira lah apa jantina anak kita, dia tetap anak kita. bole??? kuat tgk drama melayu sekarang laki aku ni. tu suka mengaruk bukan2. but yup, kitorg plan punya orang. termasuk preparation nak membeli barang- barang. 

settle scan tu, kena tunggu 10 minit nak dapatkan CD dan 3 muka surat report. seperti snapshot diatas. gini rupanya kalau buat detail scan eh. puas hati lah. boleh nampak segala. it worth my RM150. 

akhir kalam, aku dah ada nama untuk adik niadel ni iaitu RIZZU AL-ISLAM! bersempena aku minat IZZU ISLAM. kahhhhhhh.... gedik bebeno kata laki aku. haish, segala benda kena prepare ni and i don't know where to start. walaupun anak nak masuk 3. bole? 

ok, doa banyak2 segalanya dipermudahkan dan both of us selamat sampai melahirkan. amin..

ok jiey, mak update selalu tau!

Comments

makhana said…
yeayyy..boiboiboi..tahniah dear =)
wanie md zain said…
Alhamdulillah alya...wanie tumpang gembira....
nad said…
Alhamdulillah!
Eee syoknya!
Rindu bau baby dah ni :)
izzahazfar said…
kak alyanni,

apesal tengok akak update entry pasal baby, hormon oxitoxin zah bertambah :P

tahniah kak,

boboboy lak.
semoga selamat ya.
Jiey^Mien said…
Awwww.. So shweeetttt..
Hai Rizzu Al-Islam.. Retisss gittewww.. Kahhhh..
Tak sabar nk tau WanAly Jr versi boboy!!
Safe arrival yea nak.. Assalamualaikum!!

Huh, tingin ai nk pegnen yuuuu!! Sabau-sabau..
keterujaan bila dapat lawan gender yang sedia ada.. alahamdulillah.. syukraann!

semoga selamat semuanya nnt. prepare for baby boy!

sedap nama adik Niadel..
Chik Na said…
lama tak lawat alya..tahniah alya.. sure niadel gembira nak ada ahli keluarga baru
Iela Fazielah said…
alhamdulillah.... ini mmg sebenar2nyer boy.... selamat bersoping biru-biruan.... yg nyata... kete baru biru khas utk adik boy kan..haha... akak doakan semuanyer selamat, mudah dan berjalan lancar...amin....
Fyda Adim said…
tahniah alya..excited plok nk pregnant ketiga..hihihi
alhamdulillah..
boy akhirnya..
aku dulu masa kandungan bb 4bln alhamdulillah dh nmpk..
doakan aku dpt bb girl plak lps ni..ameen..
nome said…
Assalamualaikum Rizzu Al-Islam...sedap betol nama ko nak! insyAllah lahirnya kamoo di dunia membawa kebahagiaan pada mama, papa dan kakak2 :D
Rizziela said…
Alhamdullilah..lengkap dah
Elyn Sani said…
Eh tetibe plak aku usap perut baca entry ko ni!! Hahah kene amik berkat ko plak nk dpt gegel.
Mrs. Simplicity said…
all : terima kasih banyak2 atas ucapan dan doa. moga semua selamat dan dipermudahkan ye. amin...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber