Skip to main content

celebrating general election 13

ini kena cerita. sebab 5 tahun sekali kan. tapi tu lah. very the backdated. nak buat macam mana. idea nak menulis tuh kering. takde rasa membuak buak dah nak tgk blog. bak kata laki aku, orang yg baru ada blog, sana sini kau snap gambar. especially kat kedai makan. lepas tu perasan dah glamour langsung tak berupdate. perli aku le tuh. aku bukan tak nak update. takde rasa nak menulis. dalam kes aku boleh lah kita salahkan pregnancy hormone.

so, on the election weekend tuh. kitorang balik perak lepas wan balik dari ofis. tak tunggu2, terus je gerak. lunch nasi arab kat restoran al-raudhah sebelah kids clinic tuh then zass pulang. traffic was ok. tidak lah kata jem macam balik raya. sebab ramai yang mengundi kat current address masing2 kot, aku je tak tuka2 alamat lagi.

hujan lebat tapi tidak lah sepanjang jalan. tapi time lebat, lebat betul. bajet2, lambat lah sampai ni.

kat highway ni yang paling grand. siap bunyi2 hon tu tanda sokongan. kemain lagi roket nye ha.

 dah amik gambar toll terakhir siap2 konon nya. sebab tgk kan sambutan PR bakal menang kali ni. dah nak simpan dah smart tag ni. sebab balik KL lepas PR menang tak yah bayar toll. sekali BN menang lah pulak. 

dah exit tapah nak sampai ke rumah aku ada lah dalam sejam lagi perjalanan. so bila lalu jalan dalam ni, lagi meriah kari lah. macam2 sepanduk kat merata rata tempat. 

ni yang paling tak menahan,. bila banyak kereta konvoi. siap bagi lampu bunyi hon bagai. wan pun melayan. siap tunjuk thumbs up lagi kat wan bila dah bunyi hon tuh. kemain panjang lagi kereta yang berkonvoi ni. confirm menang besar ni. rupanya menang sorak je. getik aku. agaknya 3/4 yang dok berkonvoi bagai tu mendaftar pun tidak camne ke nak bagi parti korang menang? takpe2, tunggu 5 tahun lagi mesti sapu bersih ye tak? tapi mmg meriah lah. selalu aku tido je sepanjang jalan ni tak tido langsung. nak tgk kemeriahan kawasan2. 

so, hari 'raya' pun tiba. seawal jam 8 pagi kot aku punya whatsapp penuh dgn gambar jari calit kaler biru. sampai aku pun confuse jari sape ni?? mmg meriah. aku ingat macam 5 tahun lepas. rilek2 dulu orang mesti tak ramai kan.

 kami di pagi 'raya' nak pegi mengundi. mmg excited memasing. apak den pun kemain lagi. kekdahnya mcm pagi raya orang nak pegi semayang raya pulak.

kawasan kitorang ada 4 saluran. kitorang saluran 3. aku dgn kakak aku. ingat kan mesti tak ramai orang punya. 

adik aku dgn cousin kitorang kat saluran 4. bapak panjang beratur. dah lah paneh. sabo2, demi menunaikan tanggungjawab kepada negara.

mak ayah aku kemain awal pegi, kitorang sampai masih beratur panjang lagi kat saluran 1. ayah kata gini 'korang jangan pakai baju yang melambangkan apa2 parti tau' aik yah, tu baju ayah tu obvious kot!

selesai mengundi. ingatkan saluran kitorg paling sikit orang rupanya paling ramai. sejam lebih ada. bepeluh2. perut aku tak cukup besar nak tunjuk yang aku pregnant. mmg lenguh habis lah. tangan aku, akak aku dgn adik aku.

niadel duduk dgn papa. ok gak papa tak mengundi ni. bole jaga anak. 

menjelang malam, kelam kabut memasing siap kan makanan. memasing nervous lah jugak nak tunggu keputusan pilihan raya. malam tu masak menu asal boleh. buat burger, roti rentung. daging burger rentung. nak cepat punya pasal. masak spaghetti sebab nak cepat.

tv yang ada kat rumah semua on. ni lah tv antik kat dapur. asal boleh tgk kita kasi on. janji takde kawasan yang terlepas keputusan.

pusat rasmi keputusan pilihan raya. dah siap bentang toto. semua bakal belonggok kat situ malam tu.

meh aku kenalkan watak2 yang ada dan tiada dalam gambar
 watak yang ada dalam gambar
watak 1 : ayah aku of course korang tau die hard fan barisan nasional
watak 2 : yang baring pakai baju merah tu mak aku. kalau tengok tv banyak katup mata dari celik. tapi malam tu langsung tak tido. risaukan negeri perak ni jatuh ke tangan sape. sangat2 serabut nengok mak aku.
watak 3 : yang pakai tshirt putih tu. ada sikit risau lah perak ni jatuh ke tangan DAP ke. tapi risau banyak dia kat adakah najib akan umum cuti esok nya sebab dia kena keja. dia sanggup tunggu sampai dekat pukul 3 pagi, tunggu announcement CUTI!
watak 4 : yang bertudung tu. dia ni paling takde perasaan kat election yang sedang berlangsung. bertugas catit berapa jumlah undi. selebihnya banyak kelebek anak2 buah dia dgn kelebek jam babyG yang baru dia dapat.
watak 5 : yang tgh menyusukan anak tuh. dia ni aku rasa macam ataih pagar. kejap2 nampak pembangkang. kejap2 BN. tagline UNDI ADALAH RAHSIA betul2 boleh pakai kat dia ni.
watak 6 : yang busy telek ipad. hp charge pakai ipad pulak dia. penyampai maklumat terkini bersumberkan FACEBOOK yang bikin 1 rumah riuh. semua pakai unofficial result. walaupun dia muda, (rupa tak nampak muda), belum cukup umur nak mengundi tapi semangat BN sangat membara dalam diri dia.dia yang tido paling lewat malam / pagi tuh
watak 8 : yang menerap tuh, of course sekadar memeriahkan suasana.

watak yang tiada dalam gambar 
watak 7 : aku ler. sebab aku amik gambar. korang pun tau aku sokong mana kan. 
watak 8 : adik aku yang dah balik johor lepas mengundi yang mengundang kerisauan mak pak aku takut dia join merusuh bila tau banyak kawasan kat sana disapu oleh roket. risau wei sebab dia fanatik gak bab2 politik ni. 
watak 9 : abang ipar saya. tak leh cakap lebih2 sebab dia suami orang. hehehe.. unfortunately tak balik johor mengundi sebab kesihatan tak berapa mengizinkan. 
watak 10 : ini lah watak yang takde kene mengenda dengan election. bila aku kabo ada bola liverpool tgh main. terus je bedesup masuk bilik layan bola back to back sampai tertido. bangun pagi gini katanya EH, SAPE MENANG HA? BN KE PR? semestinya watak no 10 ni dipegang oleh SUAMI SAYA!

BOLEH??

status ni keluar beberapa minit sebelum BN diumum sebagai pemenang. honestly status ni keluar sebab aku ingat PR yang menang. so aku wish congratulate siap2. it turn out to be, aku wish kat BN pulak. tapi menang sedih lah. tak bape majoriti. and honestly aku nak PR menang. tak yah bayar toll wei! (dan banyak lagi lah kan) tapi kemenangan berpihak pada BN. fraud eh? lantak kome.

itu lah kemeriahan keluarga kecil kami menyambut pilihan raya 13. seperti yang dijangka mmg meriah malah lebih meriah dari sebelum ni sebab adik2 dah besar, semua dah boleh pakai pendapatnya. dan yang paling best we are in the same boat. takde yang bercanggah parti. takde sape suruh takde sape paksa. macam aku cakap kat group family ayah aku 'maybe its in the blood' hahaha... semestinya suasana begini yang kita akan rindu nak tgk kan. perang poster sana dan sini. adat bertanding ada menang dan ada yang kalah. yang menang tak boleh terlalu mendabik dada. banyak kena perbaiki dan yang kalah maju kedepan bina keyakinan untuk dapat kan lebih kerusi.

dan yang paling meriah bila sekali lagi family aku dapat berkumpul. sebelum balik wan siap congratulate ayah aku lagi TAHNIAH YAH, BN MENANG. sungguh tak boleh blah. kekdahnya mcm apak mertua dia bertanding je. tapi kawasan yang ayah aku bagi ceramah semua BN menang. alhamdulillah... gambar : nia siap pakai jam BN tuh. kemain berabis BN ni ye. duit rakyat letew!! -___-

Comments

shark said…
hehe..
pilihanraya yang paling mendebarkan dalam sejarah mesia :)
ada. said…
Hahaha suasana rumah akak sama macam rumah ada, semua menanti penuh debaran. Ape-ape pun hidup BN! x)
nad said…
Haha! Suka watak no 3 tu
Hihihi...
Iela Fazielah said…
sgt meriah.... momok pun atas pagar.. kejap bn..kejap pas.. mmg seronok tgk PRU kali ni
Ally said…
Lambatnya u tulis pasal mengundi ni. Saya punya lagi lambat. Belum tulis lagi la... ;)
Nanti ada masa nak jugak saya tuliskan ;)
Tengkubutang said…
hai.. salam kenal

follower ke : 504

done follow sini.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber