shopping buku for free

bila PM umum duit itu dan ini yang rakyat entitle dapat, aku tak amik port sangat sebab takde 1 pun aku entitle nak dapat. bila duit BR1M untuk budak2 bujang ofis aku yang baru keje, mmg ramai2 lah kecoh jap sebab deme dapat. best lah ye. aku takde perasaan pun. orang tua pun dapat kan? then student pun dapat jugak. baucer buku BR1M RM250 each. and aku pun tak amik port sebab tak de kaitan.

tapi awok lupa yang awok ada adik adik yang sedang belajar. deme lah yang kabo ke aku nak belikan buku niadel tapi tak tau nak beli buku apa. makanya tadi, adik aku lunch dengan aku dia bawak lah baucer dia bernilai RM150. nak dijadikan cerita lagi, adik aku sorang lagi dari johor turun KL nak amik camera kat aku, ada jugek lebih baucer buku RM50.

wah, selalu adik2 pau kakak. kalini kakak pau adik2 tanpa rasa bersalah. mak suka weh!! pegilah mines. dalam mines takde pulak MPH mahupun popular. ada 1 kedai buku ni boleh guna. apa lagi, sauk lah apa yang patut. 

masuk kedai buku ni. kat new wing 1 row dgn kids paradise.

nampak sign ni, muka ada senyum. 

amik voucher 2 orang punya.

hasil tangkapan. rasa banyak dah amik, tapi tak cukup lagi. barang dalam ni pun boleh amik jugak rupanya.

pen drive pun boleh amik yo. wah, aku yang over excited. rupanya nak guna baucer tu, empunya baucer kena ada sebab dia mintak ic bagai. rezeki lah adik2 aku jumpa aku tadi.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...

HIDUP BN!!

GITEW!

4 comments:

Nad MamaZN said...

Rezeki niadel la ni hihi
Dapat jugak pendrive tu akhirnya... Free lak tu :)

amal_fc1303 said...

balance nye jer. igt kan solid RM250 xguna lgi. hehehe.

Iela Fazielah said...

bestnyer alya...beli buku anak2..momok punyer baucer xamik2 dr OUM... akak pun dah lama xbl novel ni...(nak gak tumpang sekaki bl buku) hihi..n mmg guna voucer kena ada empunyer diri... dulu dah kena dah

Alyyani Anuar said...

nad : tu lah. tak sangka. tu excited sgt. :)

ina : idak. deme pun ada buku yg deme nak beli. ko bukan nak bagi aku. apa buku ko beli?

k.iela : haa dah amik and dah beli kan pun kak? mmg berbaloi2. :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in