nia field trip harini

kat TGV cinema. tanya lah TGV cinema mana? TGV jusco cheras selatan je. tgk movie, pegi back stage. boleh sangat kalau nak skodeng. tapi dok dang lah harini. lagi pun keje melambak. adel pegi tak? adel tak pegi. so, harini adel ikut aku kat ofis.

budak2 kalau nak pegi rombongan, mmg excited dia lain macam. malam tadi pulak aku heartburn. sakit yang amat. so lewat sikit siap kan barang2 diorg. teacher zai siap whatsapp lagi remind apa perlu bawak. maklumlah mak niadel ni mmg terkenal dgn pelupanya. bangsa tak cek bag anak2.

so malam tadi dah siap sweater dgn botol air dalam bag nia. siap kan bag adel lak. adel nak ikut mama pegi ofis macam2 bekalan kena bawak. tak nak bagi boring. bukan aku yang siap kan. tapi nia. dia yang pilih buku mana adel nak bawak. masuk kan pencil color dalam pencil box. bawak ipad. kemain concern lagi. or teruja nak pegi rombongan and tak bagi adel pegi. so dia lah siap kan segala.

pagi tadi pun dia yang bangun awal. semangat. adel lak monyok je. dah cakap adel ikut mama pegi ofis, tapi dia still tak percaya kot. dalam kereta macam2 aku nasihat kat nia. 

mama : nia, nanti dah sampai kena walk in group tau.
nia : OK
mama : nia, dengar cakap teacher tau
nia : OK
mama : nia, jangan tinggal bag mana2 tau. sentiasa pakai.
nia : OK
mama : nia, kalau tak nak minum air kotak minum air masak dalam bag. jangan lupa tutup elok2 nanti tumpah
nia : OK

habis je aku bagi amanat kat nia, dia punya turn pulak bagi amanat kat adik dia. aku dengar je. kemain panjang pulak tu cakapnya non stop.

adel nanti behave kat office mama tau. mama buat work, adel kena duduk diam2. nanti kalau jalan kena pegang tangan mama tau. nanti jadi macam adik kaseh liyana....... (tak ingat full name tapi nia mention full name), tak pegang tangan kakak kaseh lepas tu kena langgar lepas tu meninggal masuk kubur. kena baca doa. (nia mmg ada 2-3 kali cite pasal benda ni. aku assume betul lah kot). 

adel kena pegang tangan mama tau, nanti orang jahat amik adel macam cite movie (read : Home Alone 2 : Lost in New York) tu. kakak nak pegi cinema dgn kawan2 kakak. (cite ni mmg deme tgk hari2)

wah wah kemain panjang amanat nya. cakap tak berenti. macam lah insecure benau duduk dengan mama. sabajelah. mama bagi 4 ayat je. dia bagi 2 perenggan ayat kat adel. kuat membebel si nia ni besar esok ni. macam papa dia.. :p


so far keadaan masih terkawal. tgh second half nanti macam mana.. jap gi lunch hour ada aku makan kat jusco balakong kang ni. hehehe..

6 comments:

Nad MamaZN said...

Seronoknya nia!
Zakwan blum lagi
Panjang berjela amanat nia
Boleh berkempen ni hahaha!
Adel, behave ok! Dgr ckp mama.. Hihi
Lunch karang apalagas, skodeng la hehe

Salina@IbuAqil said...

Amboi!!
Pandai dah turun kan amanat ke adik dia.. Hi3!!!!

Zura@Iwan said...

amboi pandai dia nasihat adik dia plak ye..

ikut mama dia la tu..mama dia nasihat dia..

pandai..hehe

Iela Fazielah said...

bagusla nia.. Sht concern n sygkan adik dia... Pastu rajin.. Camne nak train jd cam nia ek? Syfqah turun 100% peranfai papa dia yg lazyyyyyyy...tolong!

amal_fc1303 said...

Adel tak sekolah ke?

amal_fc1303 said...

Adel tak sekolah ke?

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in