kenapalah election hari ahad??

why why why??? sebab kena consider orang yang kerja hari sabtu ke? takkan kot. dah nama election, mesti lah kerajaan wartakan cuti. ini hari ahad, then kena balik KL terus. oh btw, aku masih belum tukar alamat kat IC lagi. kena buat lah lepas ni. dah ada rumah sendiri, nak lah parti yang aku sokong menang kan. gitu.
 
so, kali ni mengundi kat perak lagi. wan? jangan kome Tanya. dia tak mendaftar pun. tak nak mengundi katanya. tapi bila cakap bab politik, kalah najib! bole tahan berbulu jugak lah dengar dia mengondem itu ini. dah tak mengundi tu cer duduk diam2 ye tak? :p
 
berbalik kepada kenapa mesti election hari ahad? korang tau tak apa yang best Nye bila musim pilihanraya ni? aku paling aku suka bab menunggu result kat tv start dari malam sampai ke pagi. nak tau kawasan mana yang menang, calon mana yang menang and of course parti mana yang menang.
 
ingat lagi 4 tahun lepas, ke 5 tah. aku tak ingat nia dah lahir ke belum. tapi dah kahwin lah. sebab wan ada sekali masa tu. masa tu masa yang paling best lah. kecoh serumah. semua pakat tak tido nak tunggu result. debor wei takut kalah masa tu. bersorak sorai. siap amik carta yang surat khabar provide nak tick mana yang menang berapa undi. siap berapa jumlah undi pun catit tu nak tgk kalah or menang berapa undi. siap masak Maggie lagi masa tu. kitorang over ke sama je dengan korang?
 
begitu lah meriah nya election kalau kat rumah parents aku. nak2 mak pak aku ni kuat gak lah ber politik. turun ke anak2. aku sejak dissolved ni, debar2 lah jugak nak tau sape lah yang rule kerajaan kita nanti. chances now are 50 - 50 aku tgk. banyak generasi muda ni alert dengan keadaan semasa. deme suka membaca. bila baca tu boleh terpengaruh. then buat lah assumption itu dan ini. itu yang aku Nampak lah kan.
 
aku? jangan pengaruh aku. aku tak baca apa2 artikel pun. setia pada yang satu. hanya kerana parti. bukan individu.
 
so apa plan nak balik mengundi ni? yang aku nampak2 skang ni balik hari lah kot. dah sabtu wan keje. or malam sabtu balik ke. then lepas ngundi, lunch terus balik KL. isnin bukan cuti pun kan. melepas lah moment yang best itu ngadap tv nak tunggu result. boleh je tgk result kat rumah. tapi, be-4 je lah, tak sama bila belonggok ramai2 tuh. haish what to do.... nak amik cuti isnin? mmg tak lah. kalau kerajaan bagi cuti? insyaAllah boleh dipertimbangkan. :D
 
so mengundi kat mana korang? ada yang beza lokasi laki bini? mesti lah ada ye tak? kalau akak aku perak, husband dia Johor, ofa ngundi kat Kedah. heheheh...

undi lah apa2 pun. ada kitorg kisah??? sebijik tak baby jepun belah kiri dgn ofa? hehehe.. sama kan?
 
 
 

4 comments:

rDnA said...

Sama..berkumpul satu family nk tunggu result election..siap tanda kat paper..syok..happening giler..thn ni x sure dpt repeat moment tu ke x..

Nad MamaZN said...

Kami sekampung
So takde masalah
Undi lain sekolah je kott
Hehe
Selamat mengundi!

Kesuma Angsana said...

yg penting buat pilihan terbaik yer !

Alyyani Anuar said...

rDnA : moment tu yang paling best kan? 4 tahun sekali je kita bole merasa. moga dapat sy merasa kali ni. :)

nad : senang kome ye. best2. selamat mengundi juga!

KA : tak tau mana 1 yg terbaik sebab apa yang dipaparkan takut bukan yang sebenar :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in