bia bersepah janji wangi

aku skang kan sensitive dgn bau. tak leh bau pelik2 ni. mula lah berkerut dahi, berkerut dahi tangkap naik ke kepala. sakit kepala pakai minyak angin. maka, bau minyak angin lah aku. balik rumah, rumah bersepah aku macam tak heran lagi. tapi bila bau tak bekenan mmg mula lah aku membebel. actually aku ada je penyembur air wick tuh. masa pindah rumah beli 2. 1 kat atas 1 kat bawah. ada lah dalam 4-5 kali refill, lepas tu tak ter refill dah sebab dah jahanam wan kata. ganti bateri tak mau, ganti perfume pun tak mau.
 
tak cukup dgn tu, aku letak pewangi2 yang tak berapa nak long lasting stok kena tala hidung kat pewangi tu baru ada bau. dalam jamban pun aku letak pewangi sebab nak wangi. sampai dah buntu lah apa lagi nak guna nak bagi rumah wangi. ye lah, kita kalau masak2 kan bau tumis2 tu dok ada lagi. nama je ada serap minyak atas dapur tu tapi takde lah serap bau pun. bau tu dok berkumpul dalam rumah. sesak dada aku bila bau benda busuk2 ni.
 
nai kereta orang pun sama. kalau kereta nya bau, no offense lah eh mak mmg kena tutup hidung pakai tudung. bukan takat tu je. husband ai pun ai suruh tukar deodorant. siap kena inspection lagi. gitu tau. so apa solution nak bagi rumah wangi. aku akhirnya membeli lah benda alah ni.
 
teng tereng!!!! harga asal RM218.00 tapi masa tu tengah murah RM85.00. wajib lah angkat. selain bagi wangi, bersih kan udara lah, apa lah macam2 lah. fragrance dia RM42.00. was- was gak memula. sebab kat shopping mall dia pasang tu aku takde lah bau pun. sebab hidung penuh bau minyak angin. sebab wan pun dah x tahan dengar aku bising pasal nak bagi rumah wangi, beli lah seketul.
 
udah kena beli meja bulat pulak. nak letak kat antara sofa single merah aku tuh. situ ada plug. for the time being. letak je lah depan tv ni. dah 2 hari pasang. so far so good. wangi pun wangi. wan kata dia pun takde bersin2 kalau pasang aircond. maksud nya udara bersih lah gamaknya takde habuk. aku ye kan aje. hopefully bau nya bole tahan lama lah. org sales tu kata letak 2-3 titik je dalam air tuh. tgk lah boleh tahan bape lama benda alah ni.
 
kalau busuk gak rumah aku, tak tau dah nak invest beli apa lagi. korang jangan lah kata benda alah ni tak best eh. bagi lah chance aku nak excited merasa benda baru ni. :D kalau korang ada perfume rumah yang best2, yang long lasting, share lah dgn aku ye.


12 comments:

Nad MamaZN said...

Yg lost lasting idak le teman tau
Yg murah munkin bleh la dipraktikkan hihi
Kalu mbah kat kg tu
Disuruhnya tabur bunga melur kasi wangi hikhik
Takpun letak daun pandan dalam kete
Tp tu la mmg tak long lasting la kn haha!

Zura@Iwan said...

penah gk tpk nk beli mende ni letak kt rumah..sbb mmg suka wangi2 je...tp mahal je, ok la ada offer time ni kan..

nome said...

suka la pewangi nih...i likee!!! good idea! nanti boleh cari :D

Iela Fazielah said...

bagusla jenis ni alya.. dia bg kasi wangi n perangkap habuk.. akak pun mcm nak blk jugak la nnt.. xtahan rmh berhabuk n xde bau wangi

sara82 said...

oo boleh perangkap habuk sekali ek? bagus lah boleh beli nih...buh dlm bilik...

Fiza Nazri said...

Aly aku pakai ni gak. thn lepas lg dah beli. masa tu 68 jerk. hihi.. tp pewangi dia mmg mahal kan... lain gamaknye ko ngandung ni. time aku,xleh thn bau, solutionnye, pasang benda alah ni dgn air je.. x letak pewangi. takat nak bg moisture dlm bilik aircond, n nk bersihkan udara sket2 la..

faryza aziz said...

murahlaaa...bli kt mna?aeon ker?selalu tgok sratus lebih..

faryza aziz said...

murah...beli kt mna?kt aeon tgok rm1++...

Alyyani Anuar said...

nad : daun pandan tu mmg selalu dalam kereta parents alya. tapi kete kitorg idak le letak daun pandan. sebab bau kete sendiri bole tahan lagi. rumah je lah macam2 bau.

zura : aku tak penah tau pun harga benda alah ni mahal. sekali tgk, mak oi, bole tahan. tu fikir2 gak nak beli ke tak. beli gak lah sebab harga masa tu less then RM100. so far berbaloi lah.

nome : so far, takde lah bau pelik2 bila dah pasang tu sebab selain dari mewangi kan fungsi dia macam deodorizer serap bau. tu best tuh.

k.iela : tu lah dia. macam2 fungsi. tu yang mahal kot. siap ada buat gift set lagi. kalau dapat ni as present syok gak. hehehe..

sara82 : yup, bersihkan udara gitu.

fiza : owh bole jugak gitu eh? ok gak tu ka. takat nak moisturize bilik dgn buang habuk. banyak fungsi la ni. ok lah, worth buying gitu. aku mmg kali ni macam2 hal. pregnant dah berusia gamaknya eh. heheh..

faryza : I beli kat AEON balakong. kat bahagian atas barang2 letrik depan TGV. tau kot eh? mmg tgh offer. hope masih ada offer lagi :)

Kesuma Angsana said...

paling mudah tpi kena rajinlah buat bunga rampai mmg sedapa baunyer tapi tulah x tahan lama., tiap minggu kena tukar !

Elyn Sani said...

Aku ms awal2 x le lnsg bau wangi! Busuk apa tah lai. Huhu

Dalila yusof said...

Rumah flat lagi pening kan...terperap, cam rumah sayalah..boleh lah survey barang ni..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in