Skip to main content

melaka : bawak niadel naik beca

dari segamat, kitorg terus ke melaka. actually family mertua aku ada kat rumah aku since friday. jumaat malam diorg sampai. dalam pukul 10.30 malam gitu kot. punya lah tak senonoh aku ni, aku dah tido masa tu sebab teramat letih dgn pening segala. pukul 9 malam dah naik tido sebab tunggu tak sampai lagi. kepala dah makin sakit. terus naik tido dulu lah kekdahnya. dengan makan pun tak. last makan lunch tadi. tak lalu nak makan walaupun perut lapar. lesu. 

sedar2 ko tau pukul bape? pagi ko!! mithali tak mithali punya menantu. masa tu diorg tak tau aku pregnant kot. lagi lah macam apa je kan. wan pulak mmg tak kejut aku. very the mithali my husband. mujur aku dah siap kan tempat tido awal2, bentang apa yg patut. clear kan katil bawah, buruk na perangai. pagi2 siap2 kan sarapan. ganti balik lah pe'el 'molek' malam tadi. 

so pagi2 kitorg gerak sekali. kitorg hala ke keratong, diorang ke melaka dulu. then meet up balik kat melaka. sewa homestay kat taman kota laksamana bandar hilir. rumah 2 tingkat. nice lah. cozy sangat. cukup untuk kitorg sefamily. tuan rumah jaga elok. lagi pun kawasan perumahan tu macam baru. biras aku yg tau tempat tu. kawan atas kawan.

maghrib kot sampai kat tempat kitorg menginap then turun barang, solat jamak siap2 then keluar balik dinner. time2 dah letih ni mmg tak larat nak drive ke umbai tambah pulak jem teruk kat town. so kitorg makan ikan bakar kat pantai puteri je. boleh tahan lambat gak menunggu sebab orang ramai. mujur penantian berbaloi, sedap semua food dia. balik rumah homestaty terus tido. mercun berdentum dentam pun apah tak dengar sebab badan dah penat sangat- sangat.

bangun pagi rasa segar lah sikit. niadel mmg excited lah dapat main2 dgn acu and makcik2 nye. sarapan kat rumah then keluar rumah dalam pukul 10 lebih. diorang nak naik beca. awok pun teringin juga nak naik beca. hehehe..

nia, beca tu apa???? i don't know mummy... bagus! aeroplane kenal kan? beca tak kenal ye. ni mak nak bawak kasi kenal...

payah nya nak cari parking kat bandar hilir. semua parking lot almost full. mujur dapat gak dekat dgn area Afamosa. pagi tu mmg datang situ semata2 nak naik beca je. as diorg dah pusing2 melaka hari sebelum nya. 

tido kat master bedroom mengadap main road. nampak rumah depan ada tarian naga. wahhh.. best betul! siap rekod tuh. punya excited.

tak bergerak niadel tgk dragon dance. 

panas terik time ni. beca punya pasal. rupanya peraturan beca 2 dewasa sorang kanak2 je boleh naik 1-1 beca. aku sefamily mmg tak lepas lah. dah nia muncung je tak dapat naik dengan mama. adel kejung sebab confuse apa benda nye ni. 1 pusingan kecik RM20. 1 pusingan besar RM35 kot. mahal ke tak aku tak sure. tapi nak kayuh basikal 3 orang sekaligus, kau mampu? jangan lah komplen mahal. ni mata pencarian diorang. 

nia mmg refuse nak naik. nak naik dgn mama je. then nampak hello kitty punya beca ni, terus bagi nia naik. nak bagi dia excited. tapi tidak ye. kejung sampai ke sudah.kitorg sewa 3 beca. 

berenti kat bangunan kaler merah ni. ape ke namanya. berenti 5 minit. sebelum round lagi. kalau pusingan besar banyak lagi pit stop nya.

 suka tgk tempat ni..

pelbagai jenis beca...

well, tak sah kalau ke melaka ke Afamosa. amik gambar sikit. getik betul aku dgn skirt aku tu. tak penah dibuat bejalan pakai skirt. sebenarnye ada wedding lepas tu. nama nak pakai baju kurung mmg tak lah. ber skirt lah kita. gigih memanjat kat meriam tu. tak sedar diri betul. dah2, matahari dah tegak atas kepala, elok lah pulang sebelum sakit kepala menyerang. nia cam biasa lah, muncung all the way. panas!

dia bila dah muncung gitu, mengirai ngirai skirt mama tu namanya moh la kita balik. 

perjalanan dari bandar hilir diteruskan ke masjd tanah...

Comments

nad said…
alya, share la no contact homestay tu..cambest jek
:)

lawoooo maknye..
patut pun anak2 nya kiut miut :)
Mrs. Simplicity said…
nanti alya cek dgn biras eh. :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber