kembali menggunakan twin stroller

kesinambungan dari entry sebelum ni, kitorg mendapati, bila 2-2 anak nak tido, mulalah rasa kelecehan kat situ. akhirnya aku decide utk pakai balik  twin stroller kawan aku tuh. i bought from her. rasa maca guna tak lama. tapi aku rasa macam akan guna lama sebab every week mmg kitorg akan outing. mengukur mall. niadel pun makin besar. nama nak bedukung je mmg tak lah kan. mau stress dibuatnya. elok keluar nak beli barang ke terus tak jadi nak beli barang. boleh bikin spoil mood.

nia pulak bukan jenis nak berjalan. ni lah sebab dah di train dari lahir duduk dalam stroller sampai ke besar malas nak jalan. disadvantage disitu. aku tgk anak org lain elok je bejalan kalau kemana2. anak2 aku mengempap aje. takpe lah, kecik lagi. kot kalau nak duduk dalam stroller sampai ke besar pun duduk lah. mak tak kisah nak. 

tapi.... twin stroller bulky gila. sape lagi yang suka menyumpah stroller tu kalau bukan papa diorg. ater dia yang kena fold, unfold, kena angkat naik escalator. mmg nampak bulky disitu. but somehow ianya memudahkan kami. 2 minggu dah pakai, aku tak rasa tensi pun outing. sebab most of the time mmg adel nak aku yg dukung. papa tolak stroller je. stroller 1 lagi letak dalam savvy. so tak yah lah nak angkat turun stroller. problem solved!





 cam biasa lah, orang ramai kalau nampak budak dalam twin stroller confirm akan ada extra attention. kalau pakai baju sama lagi lah kan. tgk stroller, tgk anak, tgk anak tgk mak pak. gitu lah keadaan biasa bila kitorg keluar. kena tukar mind set tuh. tak semestinya kembar. anak2 kecik gap dekat pun bole pakai twin stroller juga. tapi jujurnya... mmg bulky. tapi.... asal anak2 selesa redah je lah.

4 comments:

Nad MamaZN said...

kitorang...
adoi! takleh pakai stroller
yang single tak bleh, apa lagi yang twin

nayli mana nak dok stroller!
lagi dia berdiri ada la!
dia lagi suka berjalan menonong-nonong jek, huhu!
yang abang die dok dlm troli jek
malas, hehe

Iela Fazielah said...

anak akak mmg semua giler stroller.. irfan n syafiqah mmg suruh akak bl twin stroller ni... tp idak la... tp mmg la alya... kalau xde stroller mmg susahla...lebih2 kalau dedua tido... papa diaorg jd badang ok...hihi

Mama Likha said...

baguslah nia klo nk duk dlm stoller je. mektok mne suka. asik nak bebas je, pastu mula lah nk sambar itu ini. singgah situ sini, belek itu ini... jd geram tau ! baiklah mcm nia, dokkk jerrrrrrr diam2 dlm stroller.. senang kijerrr

.::puterism::. said...

naik stroller lebih selamat sebab kita monitor diaorang. in my case, Obiya sangat merbahaya di tempat awam. kakinya cepat sangat bergerak. sesekali duk dalam stroller, rasa aman je. :p

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in