bila hari rabu...

sejak niadel full day kat sekolah diorang ni, semua ok. semua aku puas hati. alhamdulillah mereka berada dalam environment dan jagaan yang baik. cuma.. cuma... cuma.... satu je. bila tiba hari rabu. kenapa? sebab ada pasar malam. sebelum2 ni mmg aku seronok lah bila hari rabu tiba sebab ada pasar malam. banyak lah selection of food kita boleh atuq. 

pasar malam tu pulak betul2 kat jalan depan sekolah niadel ni. masalah banyak disitu bila time nak amik diorang. contoh macam tadi lah. hari tak hujan. confirm ramai orang. kita pulak nak kena lalu depan tu. agak mustahil aku nak park jauh and fetch them. sebabnya diorang kalau dah ramai2 mula lah takut. nak bedukung. kalau 2-2 nak bedukung, nak  kena menapak, nak kena hangkut bag, barang yg beli kat pasar lagi. camne ke gayanya nya. mmg tak lah. 

so, selalunya aku jadi rasa tak best lah bila kena lalu jugak kan. dulu2, kalau aku pi pasar malam tiba2 ada kereta nak lalu lalang, mula lah aku memandang senget kan. dah la ada pasar malam, orang ramai, lagi kau nak bawak kereta kat depan pasar ni kan?

macam tu jugak lah aku dapat balik. bila aku lalu je orang kiri kanan mula lah mata kecik pandang aku. mulut kumat kamit cakap dgn orang sebelah. kutuk aku la tuh. "apa lah dia ni, orang dok nak pegi pasar, dia menyempang pulak kat sini". aku tak dengar pun. assumption. hehehe. tak sedap woo orang beranggapan begitu kat kita. bukan kita tak reti bahasa. mmg aku takde pilihan. nak buat macam mana. itu lah perkara yang aku kena hadap setiap rabu. 

mujur jugak lah pasar malam tak berapa nak grand. sebaris je. barang basah takde jual. tapi cukup untuk membuatkan aku tertekan bila kena lalu depan tu. ni pandangan dari pintu gate bawah sekolah niadel. sementara nak tunggu diorg turun. kereta mmg aku double park je depan sekolah diorang.

kalau hari tak hujan, mmg aku akan amik diorang dulu then bawak diorang ke pasar. time ni lah nak bawak diorang ke pasar. diorang jenis jarang sgt ke pasar. sbb mama papa jarang bawak. nia tugasan dia bagi duit, and amik baki. 

adel pulak tukang pegang barang yang ringan2. dia suka pegang bundut2 plastik tu. dia kan macam makcik2 tu suka buat benda mcm makcik2 jugak. hehehe..

tu kalau tak hujan. kalau hujan, aku agak happy la sebab jalan lengang, aku beli barang pun drive through kat pasar. sungguh kurang sopan kan? hehehe.. terpaksa. then aku belikan sekali utk teacher diorang, baru aku amik diorang and hantar makanan kat teacher. 

tu lah cerita setiap hari rabu...

4 comments:

Nad MamaZN said...

harapharapnya diorg paham la kot kan
bukan kita nak sangat bawak kete masuk pasar malam tu
tp dah pasar malam depan tadika
nak wat lagu mano?
huhu!
;)

xila dot said...

setiap hari rabu ada pasa malam...yay ;p

Iela Fazielah said...

HA...SKRG DAH MERASA KENA UMPAT PULAK YE..HAHA...BIASALA.... TP GI PASAR BORONG PUN XPERNAH KE??? CER SKALI SKALA BWK..SESI BELAJAR KENALI SAYUR N IKAN SOTONG BAGAI

amal_fc1303 said...

makcik2 ye adel. kahkahkah..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in