5 hari lagi...

assalamualaikum. aku ada je. cuma... cuma... cuma... dah loss momentum nak update blog dek kesibukan diri. takde masa langsung nak update blog. amboi, busy bebeno bunyi nye. begitu lah kira2 nya. banyak nye benda nak cerita. tapi tak tau macam mana nak put in words. mrs nayville dah mati kata uols. hari2 online, tapi tak tertulis kat sini. gitu lah kekdahnya. so apa yg mendorong aku update blog ni? sebab blog ni ada pembaca. kan??? so aku update. kalau korang tak tanya kabar, alamatnya mmg terkubur masuk pengkalan kubur lah blog ni. so thank you to those who were asking kemana aku menghilang.

cite pasal pengkalan kubur ni last weekend kitorg pegi kelantan. macam macam macam kejadian yang berlaku. thats another long story yg aku kena buat. nak sangat kongsi. cumanya virus M tuh kuat bebeno. cite pasal pengkalan kubur, haritu boss aku whatsapp kitorg dia dah sampai ke pengkalan kubur. i thought it was kubu. rupanya betul kubur ye. 

since nia dah bole mengeja word yg 2 suku kata dia bole baca lah word kubur tuh and dia tanya mama ni apa? aku jawab pengkalan kubur. siapa masuk kubur? haaaaaaaaaaaa??? kelakar la pulak. ok dah tu je nak cite pasal pengkalan kubur.

so kitorg baik2 aje. takde yg exciting pun berlaku dalam family kitorg untuk dikongsi. semuanya normal2 saja. so tinggal lagi 5 hari lagi kita nak masuk tahun 2013. so mcm mana dengan tahun 2012 kita? awesome tak? kalau tanya aku, banyak benda pahit dan manis yg berlaku. kalau rajin nak je buat 2012 highlight. tp mungkin janji tinggal janji saja. major thing of course kitorg dah duduk kat rumah sendiri. yg lain2 tuh, suam- suam kuku je kot.

lagi apa eh? maknanya kurang lebih 5 hari lagi niadel nak masuk sekolah dah. sana sini rancak aku tgk parents menyediakan kelengkapan sekolah anak. memula aku pun gedik gak nak belikan niadel bag sekolah baru. tapi wan kata, yg lama bole pakai lagi, tak payah la nak bazir. and that makes me thinking kenapa nak beli baru kan? mungkin aku akan ada sifat berfikir bila niadel masuk sekolah nanti kawan2 tunjuk bag / kasut baru tp diorg takde benda nak tunjuk. kesian pulak kat anak aku. being a kids kita paham la kan. so aku kena tepis perasaan itu. padahal maybe diorg ok je. maybe. 

hopefully diorg paham konsep asal kan barang tu elok lagi, pakai sampai habis. kalau nak apply kat maknye tak boleh. sebab mak nye dpt gaji bulan2 kan. so sebulan kalau tak beli benda baru, mak rasa x tenang hidup. hahahaha.. sebelum bapak mengeluarkan statement keji itu, baik sendiri mengaku. kahhhhhhhhh...

so, niadel masih maintain kat sekolah sama. menengokkan tadika yg tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, tergugat iman ni. ye lah, ada lebih disana sini. tp diingatkan oleh wan, tempat tu baru, kualiti nya kita tak tau lagi. walaupun tadika tu dah ada nama. tp pengajar dia kita tak tau camne kan. ok, point is highly noted. jangan gelojoh nak mengikut orang. dah selesa dan puas hati dgn progress anak2 kat sekolah sekarang, why don't we just trust the school that we have enroll our kids kan. 

baju sekolah niadel dah dapat awal dah. baju mmg aku beli baru sebab baju adel ada 2 helai je. so kena tambah stock. senang. kalau hari isnin sampai jumaat pun mesin basuh tak jalan, ada lah baju nak dipakai. gitu! yuran pun dah settle bayar untuk 1st term sampai bulan april.  esok nak masuk may baru pening balik mana nak cari duit. takpe, rezeki untuk anak2 ada. next year nia will add on 1 more subject iaitu mandarin. apekehey tetibe nak amik mandarin ni? ikut orang? tak lah. alang dia dah full day kat smart reader tuh, tak salah masuk kan extra class kan. and aku rasa akan ada advantage bila seseorang itu boleh berkomunikasi dalam bahasa ketiga. i have to admit that. extra point disitu. so tu lah aku punya aturan untuk nia. moga2 dia boleh catch up. no pressure on her and also to adel. slowly but surely prinsip hidup papa. belajar agama? since dok transit deme dah belajar agama. so not to worry on that also.

dan seterusnya membawak kepada azam aku pada tahun 2013. mmg tiap2 tahun aku pasang azam. bukan lah azam. kind of target. bila ada target ni kita akan berusaha ke arah itu kan. takde lah target apa pun. aku tak reti nak buat wishlist ni. tgk org lain ada je wishlist diorg. syok gak baca. so azam aku hanya nak menjadi seorang yg positif. luas maksudnya positif ni. but yup, i want to be a positive person. harap misi nak menjadi positif ini mendapat sokongan dari orang sekeliling especially dearest husband.  

lagi, azam 2013, i wanna look good. apa maksudnya tuh? tah. kemas sikit lah pegi mana2. dah la muka macam zomba. maksudnya nak berbedak la sikit bila keluar rumah. tampil kemas sentiasa. gitu! apa yg membuatkan aku berniat gitu? takde sebab apa pun. cuma make up yg ada kat rumah tu makan tahun dah tak habis2. tak kan nak dibiarkan. pembaziran itu kan amalan syatonirrojim. so kena lah pakai kan. tu timbul azam itu. 

lagi, ramai kot sedia maklum tahun 2013 tahun menambah keluarga. tu plan kami, tapi kalau Allah punya plan tak nak bagi kami rezeki itu lagi tahun ni, kita cuba lagi tahun 2014. dan seterusnya. Dia lebih tau apa yg terbaik untuk kita kan. mudahan- mudahan ada lah rezeki adel nak beradik. wah beradik ko. tgk kan pe'el adel sekarang ni yaAllah teramatlah manja nye. org nampak dia mcm independent tapi sebenarnye......... tak na lah dihabiskan kata- kata itu. hanya mak nya saja yang tau. takpe, anak aku. buat lah kot mana pun mama tetap sayang. tetiba :)

last but not least aku bagi lah korang gambar anak2 aku ni kot ada yg rendu....


besar dah adel kan?? kuat bercakap. membebel je kejenye. papa nya kata baka semua ni. hahahah.. mama jawap apa tau 'any problem with that???' diam uols!

kakak nak masuk 5 tahun next year. besar dah. rasa mcm best fren kitorg bila bole sembang semua benda. kelass kau buat homework pun ber make up. ko mampu??? teruskan kerajinan mu ye nak...

5 more days before we enter 2013. buang yang keruh, amik yang jernih. mulakan 2013 dengan benda2 yg baik. insyaAllah. gambar korea versi niadel tu bukan aku pegi photoshoot ke apa. tulah costume masa concert diorg. cerita concert pun tak tercerita ye. haish, banyak benda tertunggak. 

 andai kata lah sampai 2013 nanti pun takde entry baru, aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua ye.

be good. be nice to each other :)

9 comments:

Nad @ MamaZN said...

alaaaaaaaaa....
tak puas la ...!!!!!

rase macam lain la..
tah, taktau nape..

apa2pun didoakan yang baik2 aja buat niadel n famili

rindunye kat niadel!!!

Iela Fazielah said...

WAH...PANJANG BERJELA... XPE ALYA.. BRG LAMA BOLEH GUNA BAIK GUNA..SYFIQAH MMG XLEH..HANCUR SEMUA BENDA KALAU CUKUP SETAHUN TU... GMBAR KONSET NIADEL MMG GEMPAK GITU...MCM SALOMA KO..HIHI..SELMAAT THN BARU ALYA N FAMILY...

@lfidah @dim said...

alya..janganlah tak ada entry baru smpi thn baru.datanglah kerajinanmu itu..:D

Mama Likha said...

buanglah virus M tu... virus R sila dtgggg!

wanie md zain said...

Wlkam back alya...huhuhu..samala kita virus M..samala azam tahun bru kita..jom sesama lagi ngandung...hehehehe..

atanayuiman @ Jue said...

semoga azam nak bg niadel tercapai.. amiinnn..

Anonymous said...

salam Alya ,

happy new year
selamat merelisasikan azam or target yg ada yee ...
selamat bersekolah niaadel.

drpd dahlia .

Shasha Mohamed said...

Seronok pegi Pengkalan Kubur? Saya pun nak pegi la, belum pernah pegi lagi.

Selamat tahun baru 2013 ;)

Anonymous said...

Perghhhhhhh sekali tuan tanah menceceh panjangnyeeee....kakak like belaka azam ko tu dik! Semoga. 2013 lebih bermakna buat ko. Lama xterjah sini sekali ada entri baru!

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in