yukids island, borders, tony roma's - the curve

hoi panas hati aku nih. panas hati ajar anak. hahahaha... abaikan. dah janji nak cerita hari2 kan? lets! lepas subuh dah tak boleh nak tido. baik mak, apak mahupun anak2. wan ajak pegi jogging. aduh, tak set dalam kepala kalau kena jogging adhoc ni. so kena lah fikir apa nak buat harini. tanya member2. then datang lah idea nak ke yukids island kat the curve tuh. dah lama tgk / survey pasal yukids ni tapi tak terpegi sebab kena bayar kot. jujur :) tapi ni sebab dah kesian sangat kat niadel, pegi lah jugak.so terus je bersiap pagi tuh. keluar awal, sarapan dulu kat mamak then terus ke the curve. awal lah jugak kitorg keluar. dalam kul 10 lebih dah sampai the curve.

nia camwhore sendiri. budak2 ni kalau keluar rumah mmg berlipstick. tu pakai lipstick lah tuh. nude color. cap revlon lagi. dah jadi diorang punya dah. hari2 tak penah missed ber gincu, perfume. aku makan mee goreng mamak, papa makan nasi lemak, niadel roti kosong. then baru boleh main dengan selesa perut dah kenyang.

perjalanan diteruskan. sekali sangkut kat pekan cina. jem luar biasa. raya / cuti kot eh tu ramai outing. cuak jap sebab lambang minyak kat dashboard dah menyala. riso kot kena tolak kete je kang. tak penah dibuat aku kes minyak habis ni. benda last lah nak dielakkan sebab boleh mendatangkan kerisauan. mujur sempat. ye tau ada lagi dalam RM10 ke hapa, but still, lampu minyak dah menyala kot!

awal pagi sangat bangun, terlena dalam kereta. jadi cuak mama. sebab ni first time outing diaper-less. takut kang ter-pee lak. asyik lah kejut panggil nama dia tapi dia lena tido. mujur lah takde berlaku kebocoran. sampai je terus naik tingkat 2 kat the curve. sebelah reject shop.

dah sampai. kitorg antara yang terawal gak sampai. so mmg lengang lagi. masuk sini kena pakai stokin. so kena bawak lah siap-siap. no socks, no entry katanya.

admission fee. mahal lah pada aku. sekali sekala pegi ok lah. nasib baik for guardian free. kalau kena bayar, lalu depan yukids je lah kita ye. parents pun kena pakai socks gak ye.

niadel banyak main dalam ni. terjun dari entrance ke bawah. gerun aku tgk nye. ni time tak ramai orang lagi. lewat petang, kalau terjun mmg boleh berlaga lah. bahaya je tgk.

 nia lah banyak habis kan masa kat sini. melompat sepuas hati. enjoy betul. kalau lah mama boleh lompat jugak, mama join sekali sebab macam boleh release tensi je.

ni pun jadi port adel. main slide kat sini. cute2 je tgk game dalam ni.

bila masing2 dah mintak susu maknanya dah surrender la jap tuh. sebab dah tengah hari, lapar lah pulak. so keluar pegi lunch jap. boleh keluar masuk as long sticker kat baju anak2 kita tu telekat. kalau dah takde sticker maknanya bayar lah balik kalau nak masuk or tak boleh nak masuk lagi. 
 skang tengah year end sale. GF hush puppies buat sale. aku tgk dari atas je. wan yang pegi sementara aku tunggu niadel. macam banyak je choices tuh.
masuk metrojaya jap ingat nak cari hadiah untuk newborn. sekali baby nye dah balik ganu bepantang. pusing2 nampak kasut sekolah angrybird ni. anak korang yang nak masuk sekolah boleh lah belikan. comel kot. hehehe.. RM35 je. esok nia masuk dajah 1 mama beli kasut angrybird ni. bukan minat angrybird tapi macam cool lah pulak kan. 

nampak borders, masuk borders. nak cari buku untuk niadel. banyak choice jugak eh dalam ni. tak penah kot masuk borders ni sebab takde dalam kawasan.

sampai terduduk lah sebab nak cari buku yang sesuai dengan apa yang dia belajar and sesuai dengan umur dia. masalah nia ni dia boleh habiskan buat exercise kat 1-1 buku dalam masa sehari dua. kalau macam buku kumon yg tebal tuh tak sampai seminggu settle kot. macam yang ramai orang dah tau dia suka buat exercise tapi dia stok yang nak cepat habis.  bila nak cepat habis and certain books tu dia tak belajar lagi dia paksa lah mama nya ajar. mama nya pulak jenis tak reti mengajar. so sebab nak cepat dia tanya mama each questions. tu yg mama dia tgh tension ni. ni ha tgh tension la ni. mana nak tgk adam&hawa ni ha. mana nak update blog. mana nak mengirakan dia lagi. stress2! anak nak belajar pun stress ye. apa punya mak aku ni.

yang sebelah tu hanya menempel semata- mata. suka kan buku hanya kerana gambar didalam buku.
 cozy dalam ni. kalau lah borders ni ada kat jusco equine ke, tak yah pegi perpustakaan negara.

ok, buku2 ni sangat menarik. ada pakej pulak tuh. 5 buku dalam 1 pek hanya RM11.90. kalau pegi legoland 1 kotak lego boleh habis beratus, dengan buku kau nak kedekut? sila jangan, semua buku kat atas ni keluaran Green Tea Publications. kalau yang berminat nak cari. dah dapat buku, ronda2 lagi sikit sebelum pegi lunch. 

kiosk AJ bawal. tak dan nak menjenguk. boss dah jeling. siap sound. tu esok nak pegi kelantan bukan nak beli tudung bawal gak ke? baek!
lalu depan BR. ada hanis zalikha dalam tuh. baca kat twitter. konon nak masuk lah amik free 1 scoop of ice cream. rupanya kena like and vote dia kat fb which benda tu tak boleh buat via phone. gitu. so tgk dari luar je lah dan berlalu pergi.
nice... asalnya nak lunch kat bubba sekali bubba penuh. so ke tony roma's kita kat e@curve
tony roma's pun full kat dalam. kat luar je ada tempat. so ok je duduk kat luar. syok gak. sebab baru je lepas hujan. sementara kat tony roma's ni je, siap 1 buku dia buat. kitorg makan dgn aman dan sentosa nya sampai tersandar kekenyangan.
dah kenyang, masuk balik kat yukids ni. time ni orang dah makin ramai.
lepak kat area ni pulak

princess castle in the making. sebelah tu papa nya buat. macam tu je rupa nya? tgk nia punya tu ha. :p

hasilnya...  bukan dia buat semua ni. kolaborasi dgn papanya. lepas tu suruh mama duduk situ jaga castle dia sementara dia pegi main lagi. sabajelah

last pose sebelum balik. ok lah dalam ni. niadel enjoy. kitorg yg sangap. untuk budak besar niadel ni sesuai lah bawak. kalau kata dah 6 tahun ke atas tuh macam tak sesuai sebab dalam ni utk toddler gitu. utk toddler they surely will enjoy. utk parents yg nak kena melanguk tunggu sila bawak ipad/tab or charger hp utk surfing. wifi disediakan. stokin jangan lupa.

ondway back home. adel dah pengsan dulu. kakak dia tak reti2 penat. sambung habiskan lagi 1 buku. belum sampai rumah 2 buku dah siap. aku cite ni bukan nak cakap anak aku rajin ke pandai ke apa. kalau pandai semua subjek dapat 100%. ni tak pun. cuma nak tunjuk kat dia kalau besar esok dia malas belajar, tunjuk balik entry ni, dulu masa kecik rajin je tau, so besar pun kena lah maintain rajin buat revision. haa gitu lah. sampai rumah ingat kan tido terus, ni tak tido2 lagi. tak aman nak tgk adam&hawa. ni tgh tgk don 2 abe shah rukh belakon. kul bape nak tido anak2 oi. oh oh and, adel punya misi diaper-less masa outing harini success! tapi aku jenuh pegi toilet lah. lepas sorang2. minah toilet tu siap dah kenal kitorg. kalau tak nia, adel, kalau tak adel, aku. haaa kau!

ok pembaca2 sekalian, aku nak solat, nak siap barang anak2 nak sekolah esok, nak kerah anak2 tido and tgk balik adam&hawa tadi kalau mata mampu bertahan.

nite!
publish!

7 comments:

Nad @ MamaZN said...

nia kidal! yeay! hi-5! :)

shark said...

nak pi jugak la yukids island..
kasut angry bird tu comel :)
seriussssss

alyyani said...

nad : lefthanded ke nad? hi5 jugak! samalah kita. so abg zack right ke left? nia ikut alya :)

shark : tgh anak2 kecik ni boleh lah bawak. esok dah besar, diorg pun boring dalam ni. ye, kasut tu mmg comel. :)

Mama Likha said...

seriously rajin btul anak2 alya ! likha liat weh nk bt homework ! cuak dh mak die ni !aduhhhh !! alya bagi makan ape erk ! hihihi...


eh dh lain skit mainan kt yukids. maklumlah pg sekali je... bila tah nk repeat balik ni....


lelah baca entry alya hikssss... tp mjadi ye ari2 apdet tu !

nome said...

rajin tol nia...cepat dia belajar...tetiba riso kat aleesya....haih! camne la dia esok2 yer...hope dptlah dia cepat belajar cam nia...

cayaklah nia...berlipstik cap revlon lagi sebelum kuar...ekeke....bergaya sungguh cam mamanya...

menarek la idea yukids nih...cam seronok plak bawak anak2 ke sinun...thanks sebab ingatkan bawak stokin...wajib bawak nanti...

Iela Fazielah said...

hai..kak ila boleh bwk anak ke yukids tp momok mmg jenis xleh la nak dok dlm tempat sebwegini...kena pulak harga kussss semangat!hehe

respek kat nia yg rajin belajar n buat keje..berbeza dgn syafiqah... 1muka pun berejam xsiap2... anyik la berangan...

alyyani said...

mama likha : likha dah sekolah esok sure ok punya. don't worry. time ni lah nak main ye tak? :) ha'ah tgk kat yukids nye fb pun dia cakap ada buat renovation. tu lain sikit kot eh. hahah lelah eh? cam tu lah daily life kita lelah. ada je macam2 :)

nome : haaa boleh lah bawak anak2 ko babe. lipstick tuh mmg dah jadi deme punya weh.

k.iela : tgk wan pun resah gelisah duduk dalam tuh. tapi sebab dah bayar kenalah melanguk jugak. hahaha.. rajin tapi clumsy kak. sebab semua nak cepat habis. risau jugak tang tuh.

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in