Skip to main content

Salam Maal Hijrah & Happy Birthday Mak

bercinta nak update. mata dah ngantuk gila2. tapi tv tayang cite kuch2 hota hai pulak. iklan je tukar Armageddon. esok cuti maka tahan kan mata ni. so, cite harini takde yang best. takde yang best tapi kau update jugak kan. pagi2 masa tgh besiap dapat SMS yang membuatkan aku senyum lah jugak.

awal bebeno msg nye. biasa aku hantar niadel pukul 8. ni pukul 7 teacher dah msg tanya. ingatkan transit tutup ke apa rupanya teacher rindu niadel. comel disitu. and glad to know that diorang senang dengan niadel. moga ianya kekal sampai bila- bila.

lewat sikit hanta pagi ni. biasa pukul 8 pagi dah sampai school. ni tadi dalam 8.30 pagi gitu. liat betul nak bangun. subuh gajah duduk tadi. slow2 iron baju and bersiap. niadel kalau tak kejut, tak bangun lagi agaknya. harini first day hantar adel ke sekolah tak berpampers. aku lebihkan baju basahan incase kalau dia ter-pee. and aku pesan kat teacher kalau adel pee just pakai kan pampers sebab aku tak nak susahkan diorang. and aku bagi changing matt sekali alas tido.

sampai ofis ngam2 pukul 9. letak bag, osman ajak sarapan sama kat mamak. tetiba tekak teringin nak makan maggie kari a.k.a maggie soup mengikut term mamak. sekali sekala pekena maggie soup mamak best eh?

sambil makan tuh, sambil on the phone dgn mak. harini hari lahir mak kitorg yang ke 55 tahun. nak SMS / whatsapp dah habis ayat yg puitis2 nak reka. maka kita call saja. sempat lah sembang bertopik2. masuk office, kerja, sembang, kerja, sembang, masalah, tak leh handle, stress, amik bag, kunci kereta, lunch time cabut lari. 

pegi jusco balakong nak cari birthday card mak. konon nak pegi memory lane tu yang tak pegi mines. tapinya jusco pun nan ado memory lane. tu jusco equine. silap jusco daa.. sepatutnya afdal post on monday so boleh sampai on mak's birth date tapi mmg tak sempat sangat nak mencari, baru nak beli and dah pos pun tadi. ingat nak pos kat post office dalam jusco tapi turn nye bapak panjang. so balik office pakai account office je lah. jumaat mak boleh dapat kot.

boss aku whatsapp ni kat group. aku pun reply. boleh balik awal ke boss? sebab maghrib sekarang awal. takut tak sempat. dalam kepala ni dok ingat kena baca yasin 3 kali tuh. silap lagi daa.. hehehe..  so dah baca siap2 kat office. tahun baru, banyak azam yang nak dilunaskan. moga aku boleh maintain all the momentum terhadap2 azam2 yang aku nak laksanakan. amin... 

dekat nak balik tuh boleh pulak guruh bedentum. pukul 6, office dah kosong lepak jap kat mamak. pekena milo panas sebelum balik.

wan call ajak keluar beli barang dapur balik keje kang. ni ondway balik rumah amik niadel motif gambar? kalau hujan kan bila tekan pedal tu kalau pakai kasut mesti ada mengeluarkan bunyi yang ngilu. aku ngilu terhadap bunyi2 itu. maka terpaksa menanggalkan selipar. gila kekok drive tak pakai kasut. dulu masa memula belajar bawak kereta nak pakai kasut tak berani. la ni tebalik pulak.
amik niadel terus tanya teacher adel pakai pampers tak? teacher kata tak. wah, happy! setakat ini ye. balik rumah. then keluar balik pegi jusco. beli groceries sikit sebab esok plan nya nak duduk rumah je. so kena lah masak2. siap bawang segala pun dah habis. top up lak apa yang patut. style aku beli time nak masak. kalau rasa nak masak tu, time tu beli. tak penah buat stok sebab kadang kalau buat stok, dah jadi tak rajin nak masak or tak berkesempatan nak masak or penat nak memasak. so apa aku nak masak, time tu beli. singgah lah kedai mana beli barang sikit2.

gambar ini budak 2 orang wajib letak.  dah settle, terus je balik rumah. tak dinner kat luar pun. makan je lah apa yang ada kat rumah.

settle semua2, on tv, ada pulak cerita menarik ditayangkan serentak. sejak ada PVR ni, jakun.com lah sikit. semua benda nak rekod. and baru tau boleh rekod 2 cite je dalam masa yang sama. kalau tgk rekod, boleh tukar channel 2 tu je. aku di dalam dilema tak tau nak rekod cite apa.  sebab adam&hawa banyak ulangan tak rekod tuh. rekod my all time favorite movies kuch kuch hota hai & armageddon. yang mana kalau tgk cerita ni confirm merembes rembes ayor mata keluar. tapi ni ayor mata tgh keluar jugak. ayor mata pedih tahan ngantuk. sanggup!

cerita adel tak pakai pampers tak habis lagi, tadi dia nak berak, cam biasa ada lah port kegemaran di bucu meja makan. dia nak berdiri je situ berak tak nak masuk toilet. bila aku letak kat toilet bowl melalak2, end up pakai kan pampers. and tak berak pun. ni terus tido. takpe adel, pertama kali nak berak kat toilet mmg amik masa nak biasakan diri. mama paham. :) esok cuba lagi ye.

tengah2 tgk tv, adik aku tweet birthday celebration mak kat lumut. tradisi birthday mesti ada cake & belanja makan. suka wording kat cake tu. simple je tapi penuh makna. we love you forever mak! *idea sape tu weh?* adik2 aku semua ada kat rumah. yang dah bekeluarga ni je takde. hope mak happy selalu.  cake perasaan turkish indulgence. bak kata ainal amik feeling #Istanbulakudatang. sungguh tak boleh blah!

ok, sekian ceritera aku untuk hari ini. ada sorang ni bagitau aku, sakan betul ko update blog sekarang. ape kes? serious takde apa2. momentum tengah naik, gini lah. esok lusa tak tentu lagi untung nasib blog ni lagi. SELAMAT TAHUN BARU & SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA...

till then! aiyoh, adel dah bangun. pukul bape lak nak tido balik ni???
nite!
publish!

Comments

nad said…
Selamat tahun baru alya n famili =)
Mrs. Simplicity said…
nad : salam maal hijrah utk nad sekeluarga jugak ye :)
Masya said…
salam maal hijrah...
panjang ceritanya....
apepun.. happy bestday buat mak awak... moga dipanjangkan umur & diberikan kesihatan yg baikkk.........
Mrs. Simplicity said…
masya : hehehe.. tq sebab sudi baca. tq ye. amin...
nome said…
happy belated besday makcik..semoga panjang umo dan bahagia di samping suami, anak2 dan juga cucu2...bertambah besar keluarga makcik yer :)

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...