kesian adel...

tajuk very the attention seeker ye? kahhhhhhhhh.....

jam menunjukkan pukul 12.36pagi dan aku baru on laptop. mata tak leh tido. mari update blog berlatar belakangkan lagu ajari aku, anuar zain. ape kes? nothing. baru sempat nak dengar lagu ni & tgk VC dia. moral of the story dalam VC ni ialah, pakai lah seat belt walaupun duduk kat seat belakang ye. tetibe!

fobia #1 : jamban duduk
so, as i promised kat insta tadi nak cerita pasal fobia adel. kesian adel. lately banyak benda yg buat dia trauma. as u guys know, adel dah pun free diaper. malam nak tido je pakai diaper. nap time pun tak pakai. cepat eh? tak sangka gak senang. outing pun tak pakai. so what happened on the potty training session yg bikin adel trauma? adel tak mau pee kat tandas duduk kalau kat luar (selain dari rumah).

apa jadi? aku tak ingat kat mana, tapi kat toilet shopping mall lah, bawak adel nak pee. masa dia duduk kat toilet duduk tu, agak slippery toilet tuh, masa dia tgh pee dia terjatuh. tapi sempat aku dakap lah. tak injured ke apa. so sejak dari itu, dia takut nak pee kalau nampak toilet duduk. which masak jugak lah aku nak cari toilet cangkung everytime dia nak pee. kesian jugak lah kat dia kan. baru je nak mencebur kan diri dalam bidang free diaper ni, sekali jadi insiden mcm tu. 

masa kitorg pegi tgk wayang tu kan, aku dah siap2 pakai kan pampers kat adel. kes malas nak bawak pegi toilet sbb mak nak focus 3 jam tgk shah rukh khan dalam tuh. sekali masa dalam wayang tuh, dia mintak pegi toilet. aku cakap 'adel pee lah dalam pampers' tak nak dia. ish! sabajelah anak aku ni. pegi lah bawak pegi toilet, tanggal pampers, then bila dia nampak toilet duduk dia kata 'adel tak nak..' aduh... agak dah, mesti takut. takde pulak toilet cangkung kat situ. 

so, sangat lah risau takut dia ter-pee kat seluar and dia tak nak pakai pampers. turun percentage mak nak concentrate tgk wayang. then half way through, dia mintak pegi toilet lagi, laaa hai anak. rushing lah bawak pegi toilet sebab first time bawak dia tak pee kan. then again, nampak toilet duduk dia tak nak pee. aduh.. pakai pampers tak nak.

kesian kan? sanggup tahan dari nak pee kat toilet duduk. kat rumah ok je. sebab kejadian tu tak berlaku kat rumah. kalau kat luar masalah sikit. how to over calmed this problem eh? kat sekolah pun no problem sebab toilet cangkung. nia yang bagitau. tu lah kisah fobia adel #1.

fobia #2 : transit smart reader
teacher nur ain, yang jaga niadel ni ada anak bujang dalam form 1 kot. so cuti sekolah dah start, anak2 teacher ni akan lepak kat transit. ok lah takde hal pun. ada 1 hari yg aku amik niadel tuh, adel nampak aku dia dah sedih cakap, "mama, adel takut hantu...' she keeps on repeating the same thing. aku cam, ish budak ni nampak ke? then according to nia (mmg reporting tak bertauliah betul ni) adel takut kat anak teacher nur ain. nia kata boy. oowhh kisah.. ok lah takpe. 

so the next day bila aku nak hantar diorg pegi sekolah pagi tuh, masuk je kereta adel dah nangis. ah sudah. kenapa kah? selalu dia lah yg paling excited. dia cakap 'adel takut abang...' hmmmm tak leh jadi ni. harus dikobarkan kepada teacher. 

mujur lah hari aku hantar tuh, principal ada and principal yg bukak pintu. turun kereta kena berdukung sampai naik tangga. tak nak bejalan. nangis & takut. then principal asked whats wrong? i told the whole story. aku tak marah, cuma aku tak nak ada unnecessary thing yg membuatkan anak aku refuse to go to school. tu je. aku nak diorg pegi sekolah tu happy.

then bila amik diorg malam tu, another teacher cerita kat aku yg anak teacher nur ain tuh sebenarnye nak main dgn adel. aku paham je. tak kan lah budak dah besar panjang nak jerkah adel. but still adel rasa takut lagi. semalam aku amik diorg (niadel) duduk kat sekolah bukan kat transit. harini pun sama. 

tadi aku naik atas nak bayar yuran, sekali aik! apsl tido kat bawah (sekolah). teacher zai kata she refuse sleep upstairs (transit) so i jaga dia kat bawah. nia pulak dok atas dgn teacher nur ain and anak dia yg adel takut tuh. aku nampak anak teacher nur ain yg adel takut tuh. ok je budak nye. adel je yg takut. pelik lah, adel bukan jenis takut kat orang. dia approachable.

tapi tu lah, tak sangka lah adel ada rasa fobia. ok kalau takut, tapi mcm drag pulak. ingat dah jadi 1 benda buruk tuh, lupa. ni dia boleh ingat. ke sebab dia dah besar kot eh? kesian adel...

aku cite panjang2 ni jangan korang tgk gambar sekeping tu je ha? hahahaha... minggu ni mmg tak banyak gambar sebab mmg tgh busy gile kat ofis.

till then...
nite!
love.... A
publish!

6 comments:

Nad @ MamaZN said...

lama makcik tggu entry adel fobia ni
tak tido2 lagi ni ha =p

ksiannye kat adel..!!!
ksian sgt2!

emm, pasal toilet duduk tu kan?
ajar die pee cangkung atas toilet bowl tu
err, tak elok ek?
kang sampai ke besar plak kan?
hmmmmm....

pasal budak laki tu..
ada sebab kot nape adel takut ngan budak tu
mmg la budak tu nak main ngan adel
tapi cara dia dekati adel tu buat adel takut kot?
cer try test slow talk ngan adel
kite ni takmo la ada perkara2 yang tak diingini berlaku..
nak-nak budak tu budak laki
aish, mintak simpang!
harap2 tak berlaku langsung!

moga adel tak apa2 pasni...
kejap je kot adel rasa camtu...
in shaa Allah...

p/s: aih, terpanjang plak dah ni! =p

Jiey^Mien said...

Aku setuju komen kat atas ni. Ank kita pompuan, kecik lg lak tu.. Macam2 bleh jd.. Ish mintak simpang.. Hok satu ni mmg jadi kerisauan.. Harap2 xde apa2 la..

atanayuiman @ Jue said...

serius riso dengar fobia no.2 tue.. lagi2 anak pompuan.. adel conel pulak tu kan. sian pulak dengar. harap2 jauh kan dari perkara buruk...

Mama Likha said...

lahai... sian adel. fobia tk tentu pasal... apa lah yg die nmpk kat abang tu yer ???

Iela Fazielah said...

sian adel...anak pompuan ni mudah nak bentuk..anak laki lain sikit.. mungkin anak cikgu tu xpandai amik hati adel...tu yg adel jd takut kot...xpela...

mrs.spicy said...

Sama! cer tny adel knp takut fobia no 2 tu..huhuhu. semoga semua ok

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in