hanya kerana tabung

semalam ada urusan kat RHB bank, tgh dok kat counter tuh, officer tu approach aku taknak bukak rhb junior saving untuk anak2 ke? aku tanya, apa benefit dia kak? dia kata jap eh! dia masuk dalam keluar balik tunjuk tabung comel ni.

comel kan? dapat giraffe teddy kecik dgn tabung. tabung pun ergonomik. tempat bukak dia pun senang nak handle unlike tabung- tabung yang lain. tak fikir panjang terus sign up. hahahah... mmg hanya kerana tabung. nak daftar akaun letak sehengget je. mmg aku letak seringgit je. hahaaha... wan geleng kepala je lah. miang nak bukak akaun anak banyak- banyak. 

gambar selingan yang sempat di insta kan malam tadi. nak bagitau yang aku suka gila meja kecik tu. meja laptop. nia nak guna buat homework pun boleh. portable. sape yang berminat boleh dapatkan di ikea dengan harga RM59. kalau tak silap lah.

gambar selingan lagi. molek na si adel tgk upin ipin lagu tuh. gitu sekali menengok nya. big bean idaman dah ada dalam rumah. mmg duduk / tido tak nak bangun lah. dah anak2 aku jadi tempat melompat dgn main slide. tu duduk pun sampai macam tu sekali.

note : baru nak view gambar raya..

4 comments:

yantieramli said...

comel la tabung tu... rasa cam nak sign up gak utk saraenial... hehee singget je erk bleh msuk acc?? ok la tu.. :)

Marlina Mohtar said...

amboi...sampai begitu sekali aksi nia dan adel =) comel betul tabung tu...rasa nak buka akaun auni di RHB jugalah hihi

Nad @ MamaZN said...

triple like!
sume best ;)

Iela Fazielah said...

mmg comel tabung tu... Big bean tu pun akak berkenan... Mmg kelakar tgk adel buat gaya mcm tu smbil tgk upin ipin

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in