selesai 1 ramadhan

rasa baru je raya tahun lepas, ni bertemu kita di bulan Ramadhan. dah selesai hari pertama pun. semalam sebelum masuk ofis aku singgah klinik pagi tu sebab rasa cam nak demam. asalnya batuk, hilang suara, kahak. mujur bukan tonsil so terkawal. masuk ofis cam biasa then lunch mcD dgn officemate.

balik keje plan nak keluar beli groceries. tapi dah macam nak demam pulak balik. so papa je lah keluar. tapi dah 2-2 nak ngikut. kitorg kalau outing sorang mmg larat bawak sorang je. kalau bawak 2-2 mmg tak jadi membeli. sudahnya mama ikut jugak. so beli barang sikit then late dinner kat mamak sebab masa tu dah kul 10.30malam.

dinner kat mamak area puncak jalil. adel makan nasi goreng ayam share dengan mama.

nia makan roti kosong.

balik rumah dekat pukul 11 lebih, tetiba gastrik lah pulak. terus naik bilik tido. sebelum tu kunci jam pukul 5 pagi. tengah tido tu memerut merut lah sakit perut. bepeluh dalam selimut. sapu biolangsing. baru lena. sedar dalam kul 4 wan kejut tanya sahur kul bape? aku cakap pukul 5. sekali terjaga sendiri pukul 6.21 pagi sudah. terlepas sahur. rupanya aku set alarm utk weekdays. seatutnya everyday.

ayoyoyo... orang lain kemain sakan bersahur. aku langsung terlepas sahur. kerisauan lah jugak kot kena gastrik lagi ke, demam lagi ke. maka seharian aku rehat kat rumah je lah. dapat lah 2 round tido. pukul 5 keluar pegi param.

kalau kata niat tu nak puasa kan, ok je rasa kan even tho tak sahur. gastrik pun tak singgah. padahal semalam siap lunch cuma lewat dinner terus kena gastrik kaw kaw. semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk menjalani ibadah berpuasa. selamat berpuasa guys and aku nak mintak maaf andai ada kata- kata aku kat sini terguris hati korang. have a blessed Ramadhan...

1 comments:

LYAfrina said...

salam ramadhan buat alya n family

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in