esok family day

esok family day office aku. bila last office aku buat family day? masa nia umur 4 bulan yo! that was on 2009. badan aku pun rasa kembang lagi masa tu sebab baru je habis pantang. lepas tu, sampai dah anak 2, org lain dah anak 4, esok merupakan kali kedua office aku buat family day. tahun demi tahun bertangguh. alasan? sebab takde masa. habis 1 projek, 1 projek dok ada lagi. tu belum kira orang tu bersalin, orang tu dalam pantang dan lain2 lagi. sebab office kitorg kan kecik, staff tak ramai. kalau sorang takde tu mmg terasa benau la. sebab setiap orang ada peranan masing. sebab staff tak ramai tu bole buat 3 hari 2 malam. family semua bole join. just nak share serba sedikit gambar masa family day office aku buat julung- julung kali nya diadakan.

nia baru je 4 bulan time ni. lokasi nya kat holiday villa cherating. aku yg suggest sebab aku jarang ke pantai timur. and mmg tak salah pilih la. tepi pantai. nyaman je. semua orang puas hati. 

upclose sikit. ni masa free & easy on the 3rd day before check out.

dulu tak ramai. nak handle pun tak bape susah. kali ni pun tak lah ramai sgt. tapi double amount la. ramai yg dah beranak pinak kan.

tah dah jadi tradisi and kewajipan setiap staff wajib nyanyi malam family day tuh. ada karaoke competition. ramai yang kecut perut sebab kena nyanyi ni lah. dari happy2 nak berfamily day terus jadi stress sebab kena nyanyi. tahun ni pun sama. staff wajib join karaoke competition. aku tah tak rasa apa pun. bukan nye menang pun. sebab suara tak sedap. nyanyi je lah. masa ni aku nyanyi lagu jika by melly goslow. aku tak tau pun its a duet song. hahahah.. this year punya lagu? awal2 pihak hotel dah bagi list. so aku pilih lagu ella. belasah je lah.

ha amik kau. siap ada kategori anugerah buluh perindu lagi. sungguh tak boleh blah backers club committee ni.

so esok sampai ahad kami akan berkampung di melaka. kalini punya lokasi A'Famosa world resort. ni masa inspection day kat sana hari ape tah tak ingat. masuk water world semua. 

treasure hunt dengan telematch dalam ni gak. bapak luas. nasib anak 2. tgh treasure hunt aku kendong adel, wan kendong nia. 

nia dah nak 4 tahun baru la nak ada family day balik ye nia. tahun ni siap ada tema ye. tema rock kapak on the second nite tuh. dah kena mencari baju pulak. gigih ke pertama complex ye mencari baju2 rock kapak. committee punya angkara jugak. marah atuk nia pakai baju ni. hahahah..

so, harap maklum lah kesenyapan aku semenjak 2 menjak ni. been busy handling this family day thing. tapi kali ni best sebab ramai yang tolong. masa 1st time buat tu, mmg tak ramai orang, semua sendiri buat. this time around kita consult je, org lain yg execute. semua semuanya berjalan lancar.

jumpa lagi!

5 comments:

@lfidah @dim said...

meilah singgah rumah..:D

Kesuma Angsana said...

selmat berfamily day.. n enjoys ye ! happy for u

Iela Fazielah said...

selamat ber rock kapak ha.... akak lg 2 minggu pun nak berfamily day kat PD dgn opis mate

Nad @ MamaZN said...

have fun!

suhida said...

wow..bestnya.alya..klu rock kapak,harus beli jaket ngn spek itam utk nia n adel.hihihi..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in