bila dapur dah mula beroperasi

ewah tajuk sungguh tak boleh blah. bak kata kakak aku sorang tu, kalau ada gambar masak grand2 dalam blog nayville ni, mesti ada orang datang rumah. 10markah disitu! kahhhhhhhhhh.... 

eh aku orang tak datang rumah pun aku masak gak tau. masak nasi! nia sejak dok rumah baru ni, malam2 mesti dah amik pinggan dgn gelas dia mintak nasi. excited dapat pinggan mangkuk baru or excited duduk rumah baru or excited mama dah lama tak masak tak tau lah kan. tapi malam je mmg mintak nasi.

dapur aku mula on duty hari sabtu lepas. tu pun sebab parents aku nak datang. datang lagi? ye, apak den kan orang kajang. mak aku pun adik beradik ramai kat KL. so musim cuti sekolah mmg berderet kenduri kahwin, seboleh- bolehnye mmg mak ayah aku akan penuhi undangan diorang la. nak2 pulak dapat ayah aku suka berjalan. so mmg atuk melawat cucu je lah. bukan cucu melawat atuk. 

lagi pun ayah aku nak amik mak aku kat lcct sabtu tu. mak aku pegi pnom penh. mesti la tido rumah aku. tapi mak aku ni setiap kali nak tido rumah aku mesti cakap gini tau. contoh nya masa tu kat airport pnom penh mak aku call cakap 'adik, mak touch down pukul 8, mak tumpang tido rumah adik ye' adeh, bab tumpang tido tu yang tak tahan. perluke mintak izin mak? alahai.. can a daughter say no? tak kan?

berbalik kepada tajuk asal. suka nau lari tajuk bila intro. berperenggan pulak tu. so dalam kepala dah fikir nak masak apa eh. tanya adik2 aku korang nak makan apa. setelah sepakat membawa berkat, aku pun pergilah ke pasar borong selangor yang terletak depan rumah je. gila lama tak masuk pasar. makan tahun kot. aku pegi sorang je. wan duduk rumah jaga niadel. ikut pegi pasar kalu, ada ikan yang terbang nanti.

petang sabtu tu, terus la bersilat didapur. ye bersilat. sebab time aku nak masak tu pulak wan keluar pegi hardware. kerja bertukang tak sudah2 lagi. harini pasang ni, esok pasang ni, lusa drill ni. adajelah. kurang barang kena keluar pulak, begitu lah rutin beliau. so aku masak lah didapur. dah tu nak melayan anakanda yang macam2 pe'el nya. 

bergaduh saja. kejap2 kang dengar sorang menangis. adoi... macam2 pe'el. tak boleh lah duduk diam barang 5minit pun. pendek kata, kelam kabut gak la.dah tu nak prepare food macam kat kedai makan. hahaha... gigih ko. nak nampak presentable gitu.

gigih tak memotong dadu ramuan2 dalam tu? kahhhhhhh.. presentable katanya! ikan siakap sweet sour. dari makan kat kedai, baik lah masak sendiri. jimat banyaaaaaaaaaaakkkkkkk.... rasa? alah, sama je. pandai nye aku masak setelah sekian lama kan? takde maknanya. letak ipad kat sebelah dapur ko tgk resepi. hahahah..

lagi menu malam sabtu tuh, lala masak lemak. masak lauk favorite aku je ni. wan bukan makan benda2 pelik ni. konsep aku sekarang, i masak, u makan je. :D

kalau aku masak, kena ada sotong kena ada udang. either or. ni sotong goreng kunyit, then masak sup sawi untuk niadel. letak fishball sebab nia suka fishball. lupa snap. memasak 4 menu tu je, mmg jadi macam2 lah kat depan. sekali diorang tumpah vitagen kat karpet. haa mendapat lah. kes berebut. baru beli sepaket vitagen habis sepaket tu dalam sehari. botol ke5 diorg berebut. aduhai anak2 aku...

family aku sampai kul 9 malam tu terus je hidang and makan. nia kalau ada ramai orang dia lagi berselera. dah banyak kali aku perasan. time orang datang, time tu dia nak join makan. meja makan masih takde lagi ye. harap maklum. panjang cite meja makan aku ni. dah order, patut sampai sabtu lepas, tapi sampai la tak sampai2 lagi. end up orang tu kata takde stok. terus mintak deposit tak kuasa nak beli dengan kedai tu. 

lepas makan tu, sessi aqiqah souvenir from cambodia. kalini nia yang paling over. semua dia nak. opah beli macam2 untuk cucu2 dia. beli bag lagi. anak 2 orang, bag je dah ada dekat 10. semua kaler pink. adel masuk sekolah bulan 9 esok mmg hari2 bole tukar bag mcm mama selalu tukar handbag. 

esok pagi breakfast spaghetti. ni request adik aku gak. layan kan aje. deme selalu suruh aku masak spaghetti. sebab deme ingat aku pandai masak ni je kot. hahahah..

nasi lemak bungkus wan beli. apak den tak makan pasta. mesti cari nasi. weekend ni kena beli pinggan mangkuk senduk bagai. yg sedia ada sangatlah sedih koleksinye. 

dress yang nia pakai ni opah beli kat sana. lawa. bekenan aku. adel punya kaler kuning tapi takde lak photonye. dalam pukul 11 lebih family aku gerak ke shah alam ada wedding. kitorg tak follow sebab ada member aku nak datang nak hantar aku punya rice dispenser dgn barang tupperware lain. end up tak jadi dtg rumah sebab dia tak tau jalan. jumpa kat mcD je. bagi yg tak familiar area rumah aku ni, kalau takde GPS mmg rasa jauh sgt. tapi kalau familiar, tak rasa jauh kedalam pun. afdal kalau ada GPS. :)

tengah lepak sambil tgk ulangan versus wan baru perasan yg kawan dia msg nak dtg rumah. kawan dia, bini nya kawan aku gak. ada blog gak. korang kenal kot. kak ilah fazilah. datang nak tgk rumah baru sebab tau aku ni mcm takde harapan je nak buat housewarming. hahahah... alang datang tu, dapat lah jumpa baby baru dia yang baru berusia 2 bulan. bukan aku visit newborn, tapi newborn datang visit aku. hehehe.. mmg comel gila lah. 

stress aku tgk tetamu kena bersila panggung. kalau family tu tahan lagi. eiiii marah betul kat kedai perabot tuh. ni lah kak iela dengan anak nya irfan. maap la ye kak kalau tak selesa. ehem, tupperware baru pungut tgh hari tadi, terus rasmi. presentable ye puan2... :D

ni lah newborn kak iela. adiknya irfan, imran. 2 bulan 6.8kg ye. berkat susu ibu. mmg fully breastfeed. elok je tido sementara mama dia makan dgn melawat kawasan.

ni kakak imran & irfan. kakak syafiqah. see, nia kalau ada gang, dan2 tu mintak makan jugak. dah la tak cukup kerusi, berebut pulak. ish tensi aku. last2 makan atas sofa. bole la ye syafiqah.

ewah, sembang apa tu?

elok je nak balik, imran pun bangun. geram tgk baby imran ni. comel bebeno. kak ila, thanks sudi datang rumah kitorang. kot nanti ada buat housewarming bole datang lagi. ;)

korang ingat orang datang je aku masak? mana ada. semalam aku puasa, 5.30 aku cabut awal sebab dah menggigil kelaparan. sebab tak sahur. kes takut nak bangun sahur. balik rumah terus prepare dinner. 

 masak ni idak lah nengok ipad. ayam masak kicap+kentang dgn kangkung goreng belacan. seketul ayam goreng utk niadel. esok pinggan aku dah lawa aku upclose menu yg aku masak macam yang selalu korang amik gambar masakan korang tuh. elok je azan, terus ngap.

tak tau lah kot ada lagi tak entry masakan ni akan datang. jangan 1 entry ni je. hahaha.. harini? harini makan luar sebab nak kena survey meja makan lagi. kot kalau susah sangat, beli kat ikea je habis cerita. sah2 yg ada stok mmg ada stoknya. sama dengan katil niadel dari sehari ke sehari kata nak hantar. asyik lah lori rosak. esok tak sampai gak, beli je lah kat ikea. mahal pun dah tentu2 ada. 

sekian...

13 comments:

Gieyana said...

Weh..beli kt ikea la weh meja makan ko tue! Seyess kat sn sgt cantik! Nmpak moden..kena ler dgn umah ko tue..kik kik..:)

Ni kira rajin lah ko msk..nk tunggu set pinggan baru ko lak..:)

nome said...

wahhh sekali masak memang terangkat ko...semuanya nampak sedap dan gorjes di mataku...cayaklah alya! ko mmg supermak!

Princess Solehah said...

akak, lain kali letak resepi sekali eh :) boleh kita share menu2 best hehe

Farah Shamsudin said...

waa.. rajinnye masak dear.. skang ni dah lama farah tak jejak ke dapur untuk berasap.

Iryani Noor said...

wuuuuu lala masak lemak terangkattt youu...

wah baby 2 bln dh 6.8kg... sihat betull.. tgk pipi die rasa mcm nk gomol2 je... heheh.. waktu lahir brape kg tu??

chem said...

Alya..rumah kat ner?...boleh terjah.hehehe

Nad @ MamaZN said...

cam kak G ckp..beli jek kat ikea
mahal mmg mahal, tp alah membeli menang memakai, cewahh!

pinggan mangkuk pun beli kat ikea
set sudu garpu pun beli je kat sana jugak
takyah gi survey2 tmpt lain..
1 tmpt suma ada..
mcm astro, mcm2 ada...!

baru la duta ikea... ;)

Elyn Sani said...

uii sedap nye lauk2 ko masak. ni kalau aku datang ko mesti masak sedap2 gak kan? *wink wink

Mama Likha said...

hihi alyyani... blh je msk, saje kan ! siap berpresentable lg tu....


alya, ada ke rice dispenser.. zte tk dpt lg ni? byk dah tupperware area sni zte call, tkde stok lg.. dah siap booked dr bulan lepas lg... frust ah ! kwn alya tu ada lg tk? if ada zte nak 1... whats app deh !


msk pastu show off lg k ! hehehe, mne tahu nk amek idea ke nti. hiksss... semangat kan berdapur baru gtuuu :)

Nana Aziz said...

Mmg presentable..pasni moh kite msk lg..hee

Fieza said...

Dh lm x ngomen sini..best kan dah duduk umah sendiri. fiza dah lm teringin nk visit umah alyya. kn pg gak nanti ni. wah berbakat besar jugak memsak. upload gmbar msak banyak2 k. leh kongsi resepi

Iela Fazielah said...

masuk jugAK muka akak kat blog kamu...haha..br tau bekas mkn tupperware br bukak plastik ye...nak bl kat akak pun boleh jugak...ai dealer gak...ai bg 10%diskaun...hehe...
tp brg lain semua ikea..wah...kedai valencia byk pilihan perabot dek...cun2 gak...ready stok lg tu..katil niadel bl kat sweetdream xsalah..tp mahal sket la...papepun..slmt mendeco rmh ea...

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

dah start masak2 tu, perh sedapnya menu, bestkan kalo dapat deco2 rumah...siapkan duit je pastu pi pilih perabot

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in