Skip to main content

5/6/2012 - malam pertama tidur dibilik sendiri

ok, kena mark date ni. sebab haritu merupakan malam pertama niadel tido di bilik sendiri. yang aku dok hangin pasal kedai perabot tak habis2 lori rosak tu, aku almost cancel. sebab masa tu dalam tgh hari wan call gelak2 kata tak jadi. aku mmg dah hangin la, ater kalau benda baru, sape tak chewi kan. ewah.

tetiba aku ada discussion kul 5.30 petang tu, wan call suruh aku balik orang nak hantar katil. ceh, baru je aku membebel sebelum tu, lori ada sebijik je ke? dah 2 hari berturut2 rosak. how come? so, rushing la balik kul 6 tu, sampai rumah kul 6.30 orang tu baru je sampai. pasang gitu gini, settle dalam kul 7 lebih. terus je sarung kan bedsheet. baru beli gak. kat robinson ada 70% discount.

terus je diorang landing bila dah siap pasang. lega sangat sebab single bed ni tak lah godang sangat as what i've imagined. sebab risau tak leh nak pull out bed kat bawah tu je. tapi bole je. tapi takleh tutup pintu la. kalau nak tutup pintu, kena tutup dulu baru pull out.

view from the door. so senang nak jenguk anak bila diorang tido. lagi satu, kena letak kat sini instead of belah tingkap, kat sini rasa angin kipas. kalau kat belah tingkap tu sayup2 je. mama muka kepenatan baru balik keje. nasib tak puasa haritu.

beli bedsheet hello kitty sebab bedsheet princess maklong diorang dah beli. so beli design lain. kira complete dah bilik niadel. takde apa2 nak add on. nak add on, buku je lah. dengan mainan. pull out bed dia tu ringan je. macam skateboard. bole tarik pakai kaki je. sebelum korang tanya, aku kabo siap2. katil ni kalau nak beli katil je harga dia RM290. kalau sekali dgn pullout bed RM399. yg mahal tilam. ikut pada korang nak pakai tilam cap apa. tilam lagi mahal dari katil kalau nak beli hok bagus. lokasi, kedai perabot wescourt, puchong. 

 view dari katil. ada banyak space lagi between meja study. bole pindah toy storage kat situ nanti.

so cubaan tido dibilik sendiri apa cerita? lepas dah settle aku kemas2 bilik diorang tu, kitorg keluar balik lepas maghrib survey meja makan. tak boleh tunggu weekend nak pegi ikea, sebab tak bole tahan takde meja makan. balik rumah pukul 11 lebih gak.

aku ingat ngantuk dah niadel ni. aku terus je ajak diorang naik atas. mandi dgn air panas and tukarkan baju. lepas tu terus masuk bilik diorang. ingat kan, nak lah terus tido, kot dah ngantuk. rupanya dok melompat atas ke bawah, bawah naik atas. mau tak lama hayat katil ni. sian anak aku, jakun dapat katil baru. aku rasa aku yang tetido dulu kot. sedar2, diorang dah tido. then terus je aku masuk bilik aku. 

sedapnya tido kat bilik sampai tak sedar apa. then wan kejut kata adel nangis. aku tak dengar apa pong! terus terganggu tido aku. mmg adel still lagi bangun mintak susu. maka merangkak lah maknye ke bilik anaknya. sudahnya aku tak boleh tido. sedar2, dah subuh. 

ha tgk, kuak lentang siap. alhamdulillah, malam pertama sukses! happy sangat aku. seronok sebab dapat benda baru kot. tido pun tak jatuh. aku kepung bantal kiri kanan. mmg budak2 ni tido, sorang sampai 4-5 biji bantal. jenuh kejut. pukul 8 baru bangun.

niadel pun takde isu gaduh sape dok atas, sape dok bawah. diorang happy dgn placement yg dibuat. malam tadi pun tido kat bilik sendiri. tapi pagi tadi, adel nangis pegi bilik aku. tapi tu mmg time dia bangun pun. ok la tu.

tips dia (ewah, tips ko, padahal anak baru tido 2 malam) kahhhhhhhhhh... tips dia, senang je. teman anak kita sampai diorang tido. so mesti ok punya. tapi tulah dah 2 malam aku tido2 ayam sebab risau kan takut diorang nangis ke apa.

Comments

- dieyana - said…
hihkihhk, comelnya kuak lentang dua beradik ni...helo kitty diaorang pun cantik. anak2 dieyana pun, alhamdulillah, dh boleh tidur sendiri...tapi sejak balik KL, dr kampung ni, memanjang tidur dgn dieyana...katil diaorang penuh kain baju yang tak lipat..ahhahah...
Masya said…
wahh cantiknya katil tu.... seronok tgk budak2 ade bilik dan katil sendiri tdo..
so sweet la, suka set hello kitty tu, kalo balqis tengok ni sure lagik suka la dia, bagus dah belajar tido sendiri...bila la plak turn balqis ni ek...
mummy_ayu said…
wah..congrats to both princess...dah berjaya tido bilik sendiri...and cadar hello kitty tu..both pun cantiks...harus la Iris nak kalu nampak nie....
Anonymous said…
Alya, kat bhgian bwh kaki nia tu letak bntal @ toto jgk.. Sbb pngalaman aku.. bhgian tepi dh kepung baik pnye.. tetiba ngis tgh mlm brkejar tgk rupenye jatuh dr katil kot bhgian bwh.. tp klu ank tido tak buas xpe la..ank aku mmg buas.. skrg aku pakai tilam je..katil dh cabut kasi simpan...
ryugiena said…
ank aku yg 5thn 2 pun still bgn mlm mintak susu aly..mak nya xpenah tdo lena la mlm2..

nyway cantik katil. dorang blh share katil n bilik sbb sama2 girl. aku esok xtau la..si mak teman kakak, si bapak teman adik la kot..heee..
Fieza said…
Best sebab diaorg sebaya so x timbul rasa takut dah..syakil sangat penakut skang si tunggu syafi dah besar ler br br tido asing gamaknya
mama irfan said…
wah cantiknya bilik diorang,..,,, tringin jugak nak buatkan anak bilik sendiri...huhu
@e_da said…
pandai mama hias.. so cute bilik anak pompuan kan... nak anak pompuan jugakkkkkkkkkkkkkk.., hehehhe
Unknown said…
wah best betul ada bilik sendiri. anak aku masih berhimpit2 tido sekali hehehhee
Chik Na said…
chik na sampai sekarang still teman depa tido kat bilik dorang sampai terlena..
nome said…
berkenannya aku dgn bedsheet niadel tuh...seyes cantek! kat robinson yek? okeh moh singgah...

alhamdulillah sudah berjaya mereka tdo di blik sendiri...cayaklah niadel!
Gieyana said…
sempoi ar ko..benda baru weh mmg ceewiii woo! Hehehe..

Sweet jer dua beradik nie tido terbongkang haaa..:-)
Iela Fazielah said…
wah..tahniah...berjaya! katil pun cun giler!!!! tunggu pengalaman ahkak pulak ye...hehe..
Shasha Mohamed said…
Wah! Dah ada bilik sendiri. Seronok....
Masa saya kecik2 dulu kat kampung mana ada bilik sendiri, bilik ramai2 adala :)
Elyn Sani said…
macam katil aku masa kecik dulu!! tp aku nye kaler cekelet. tah mana mak aku campak sbb x rosak lai masa pindah ke ptrjy.

btw wafiq pun dh tido sorang. tp yg lawaknye aku memlm sneak out pi tido dgn dia bila laki dah lena hahahha. kantoi lak tu esok pagi dgn laki sendiri....
Anna Da Lady said…
nice design katil tu. simple but menyerlah :)
Unknown said…
Tanya sikit, kat mana beli katil tu?
Unknown said…
NK TNYA KT MNA BELI KATIL N MEJA TULIS TUE YE

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber