payah kalau penakut sangat ni...

masalah dari apartment ke double storey ni adalah letih turun naik tangga. minggu pertama pindah mmg tak boleh terima hakikat lagi. becinta nak turun naik. rasa macam, kenapala aku beli rumah 2 tingkat. tapi itu hanyalah kejutan budaya.

sekarang ni dah biasa. dah boleh plan bila turun nak bawak apa bila naik kena amik apa supaya tidak berlaku turun naik tangga dalam masa selang 5 minit. niadel pun so far tak jakun dengan tangga lagi. orang dok risau bab tu. siap suruh beli safety gate. tapi so far diorang ok je. 

kalau kitorg kat bawah tgh tgk tv, nia ok je bole duduk bilik dia buat ulangkaji ke memunggah ke main ke. takde la all the time diorang kena ada depan mata. macam semalam aku dengan wan sibuk DIY pasang cabinet diorang, dia elok je duduk bawah minum susu bila aku turun, eh tidur sudah.

kalau adel toksah cakap la, 24/7 nak duduk kat mama. kalau bole nak masuk dalam perut balik.  berbalik kepada tajuk entry, aku sekarang tgh nak puasa ganti. sepatutnya hari isnin dah start tapi tak terbabangun. hari selasa sedar pukul 5 tapi takut pulak nak turun bawak sorang2.

untuk sape yang tak tau, aku punya tahap penakut ni boleh tahan jugak la. dah jem camne la aku nak sahur minggu ni dengan minggu depan. nak jadi cite malam tadi nia tido awal while aku settlekan bilik nia bila papa dah siap pasang kabinet. dalam pukul 1 gitu ingat nak turun bawah buat air nak sahur. tak terturun ko. takut. 

aku pun continue bukak kotak kat bilik 1 lagi. sekali tgk nia bangun! elok je bejalan pegi dekat mama. dia mintak susu. cantik lah ada gang. ajak nia turun bawah. bukak tv suruh dia minum susu kat bawah. tetiba tengah aku makan biskut cecah nigella tu, nampak nia tuju ke tangga.

mama : nia nak pegi mana?
nia : nak tido kat atas
mama : kejap la nia teman mama minum kejap
nia : nia ngantuk lah
mama : japgi mama dukung naik atas..
nia : (tak becakap terus buat muka monyok baring kat sofa)

heheheheh... teruk tak? maka harini berpuasa la aku. malam kang sape lak nak teman sahur? adeh....

basically settle dah bilik niadel. tunggu katil sampai je minggu ni then complete.

ni lah item yang aku beli kat ikea tuh. cabinet letak baju. cabinet letak buku and toy storage. aku rasa macam banyak je buku aku beli untuk nia. sekali 1 shelf pun tak sampai. hahahah... almari lama transfer kat bilik 1 lagi.

sediakan ruang nak letak katil. nak letak katil queen size mmg tak muat lah. so kitorg beli single bed yang bole pull out kat bawah. senang nanti nia tido, kalau jatuh, jatuh atas adel. adel tido, kalau jatuh, jatuh atas lantai. hahahaha. kot mau tido bilik sendiri. oh btw, k.iela, rumah kitorg mmg takde aircond sejak duduk menyewa so bebudak dah biasa tido berkipas je. :) so rumah baru ni sebijik aircond pun belum ada lagi. plug point je ada. hehehe

kalau bilik niadel konsep furniture putih. katil nanti pun putih. bilik 1 lagi konsep nye coklat. padahal semua almari lama campak ke sini. haahah.. kotak yang ada tu ada baju untuk didermakan and tudung aku yang aku tak tau nak simpan macam mana. kena beli penyangkut baju baru la nampaknya.

dalam nak mencari kekuatan turun bawah nak bersahur, hampir selesai unpack barang. lega...

23 comments:

Anis said...

nia share bilik dgn adel or dia ada bilik sendiri? bila dh complete segala apa yg patut kat hall, nnt aku dtg melawat ok. hehe

Mama Likha said...

lorrr ingtkan ganas2 ni berani, rupanya penakut blh thn gak ehh.. kekkekeke.. gurau je.. blum biasa lg lah tu kot. sama dgn zte dulu2 gak, mase duk apartment, bising je sbb tepi jln besar, skrg ni sunyi, jrg sekali nk dgr bunyi keta ke motor ke. sbb tu anak2 sedara mse dtg memula aritu, tringt2 rmh lama weols sbb meriah katanya... ada pool lg hehehe..


oh, bilik niadel manjang jer... simple je kan... mcm tk byk brg jer.. bilik Likha byk dgn box2 ikea tu sorok celah wardrobe, box2 tu penuh baju2 baby die dulu.. hurmmm tkthu nak simpan smpi bila hehehe...


slmt berpuasa !! zte lg 1.5 hari tinggal.... hiksss

Gieyana said...

weh..cantik bilik niadel..cuma aku rs mcm curain tue x brp sesuai...myb ko taruk curtain cam bilik yg ko nak letak set brown tue but kaler pinky...its world be nice..just an idea..:-)

weh..brg2 ikea ko tue taruk dlm keta muat kan?

alyyani said...

anis : ish x baca ke? share lah. bilik 1 lg tu tak berpenghuni. ye, nanti kalau dapur aku dah beroperasi aku roger la korang.

zte : hahaha mmg teruk punya tahap penakut ni zte. mmg tak banyak barang pun. cuma wardrobe lama letak kat bilik sebelah nanti dah tak sama tema pulak. ewah. baju2 baby semua dah donate zte. tak kuasa nak simpan dah.

huuu best2, kalau pass yg ni, ada 5 hari lg.

alyyani said...

gie : ko mmg kreatif. aku ni asal boleh je. hehehe.. thanks for idea babe. esok2 dah boring, kita rearrange balik. oh, ada 5 item and semua muat weh. tapi terasa mendap la kereta. risau aku. huhuhu.. mujur selamat tiba ke destinasi.

Mama Likha said...

nak pergi jalan2 rmh baru lah, smbil mkn ayam.. voley???? hehehe

izzah azfar said...

kak alyani: cat sendiri ke rumah @ upah..huhu umah besar gak..

@e_da said...

so sweet la bilik gegirl.. pandai mama dia...

shark said...

syoknya dok umah baru :)
super like!!

shamirazafisa said...

Cantik bilik niadel. sesuai la utk gegirl...
aku beli tilam Queen je utk 2 org tu tido.. Klu jatuh xde la rasa brsalah sgt..
Mula2 mmg susah pisahkn tmpt tido.. Hmpir sbulan lebih gak la baru berjaya..
Gud luck untuk ko! ..

Farah Shamsudin said...

lamanya tak singgah sini.. sebelum ni baca sume pun dlm twitter..

huhu.. farah pula, dl rumah ibu tarrace 3 tingkat.. tak daya nak mgemas.. tp, now umah sndr apartment jee. rase senang sikit nak ngemas dear. kecik sikit kan..

Gieyana said...

hahaha..dtg ag nk tgk ko komen aper..wokeyy! Gdd..aku nk make over bilik utk Nureen..tu yg tnya ko..

X per..nnt ko jemu ko leh adjust mn yg patut kan..lgpon ko still xabis kemas ag..:-)

Princess Solehah said...

lawa lah bilik niadel :) bilik auni pun tak secantik ni hehe

Nad @ MamaZakwanNayli said...

ya Allah....!
mula2 bace tajuk, igtkan anak2 yg penakut!
rupe2nya mak nye ke..?
sabo je la...

cer pasang 1 lampu kat bawah 1
takde la bergelap masa sahur
takpun dh turun tu bukak tv skali
ada la dgr org ckp2 =p

rumah cantek! house warming nnt, ajak ek :)

Iela Fazielah said...

ingatkan nak yg takut..rupanyer maknyer..haha..memula je..akak dulu pun mcm tu jugak..lama2 dah ok da...br nak biasakan diri....untng budak berdua tu kecik2 xtido aircond..ni budak berdua rmh akak..lahir2 je dok dlm aircond..dah paah nak pisah bilik...suka dgn bilik niadel....bertmbah suka ada wallpaper....jelesnyer!!!!

Iela Fazielah said...

oh ye..alya...langsir princess tu tempah katne??? berkenan akak...

nome said...

cantek bilik nia...suka suka suka!!! me likey sangat2!!!

combination color and perabot mmg kena...adore la dgn meja study tuh...

@lfidah @dim said...

alya,cantiklah bilik niadel..penakut alya sama dengan sy..sy pun penakut gak..kalau kat umah tue tengah malam nak ke dapur pun takut.memang tak pi..jadi sebelum tidur dah bwk siap2 keperluan susu ammar atau apa sekali pun..kalo malam2 nak bt kek adriana yg teman.:D

Liza Razak said...

saya pon penakut jugak..duduk umah apartment pon takut jugak..hehe

Chik Na said...

akak pun kalau siang hari tu jarang naik tingkat atas... turun pagi...normally maghrib baru naik atas..punyalah malas, solat pun guna bilik bawah je :D

Iryani Noor said...

chomel la bilik derang.. siap ada wallpaper lagi... suke dgn perabot2 kaler putih.. suci jer.. jgn bdk2 tu menconteng dah ler...

ehehe mama penakut?? =p

*azni* said...

sweet je deco bilik anak dara dia..hehe..

Fieza said...

Ni susah gak kalau wan outstation nanti. duduk umah setingkat pun rasa gak seramnye allya he..he..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in