entry pukal - part 1

dengan lafaz bismillahirahmanirrahim aku memulakan bicara. ha pastu dah tak reti ber-sastera dah. ok, mana aku hilang wei? ada je. bulan ni merupakan bulan terkahir aku tinggal di teratak Cemara ni. so korang boleh bayangkan lah apa jadi dalam hidup aku beberapa minggu lepas dah akan datang ni. di selang seli pulak dgn benda- benda yang tak boleh dielakkan sepertia kematian. mmg macam- macam cerita nak dikongsi. 

kita mulakan dari mana yang sepatutnya. kira entry pukal la ni ye. sebelum berita kematian tu, kita rewind seminggu sebelum tu yakni 20/4/2012 telah diadakan badminton game antara staff office aku. ramai yang tak dapat join tapi ramai gak lah yang ada. aku ni bila last pegang raket tah la. kalau tanya bila last pegang penyapu aku ingat. seronok bila dapat buat aktivit santai diluar waktu pejabat bersama officemate and family. kira backers club (kelab reakreasi office aku) akan buat 1 aktiviti setiap bulan. seronok disitu.

tak dapek de aku nak main badminton. aku main mix double. bukan main tapi main- main tapi menang jugek. sebab pair 1 lagi pun main- main. niadel kejap2 dia datang pegang kaki mama.

dia pun penat main badminton gak. tu pulun100+ jugak. bawakkan raket kecik diorang.

so weekend je takde lain lah, mesti mencari barang rumah. survey, survey, survey dan sampai masa nak guna beli. every weekend tu lah routine nye. instead of pegi the curve, kitorg melepak kat houz depot. ada je benda nak beli. kalau pegi mall mesti pegi bahagian furniture. nak survey macam2. gambar bawah ni weekend pada 21/4 - 22/4/2012

beli sikit- sikit so tak lah terasa duit tu keluar macam air terjun sangat. tak terasalah sangat kan.

anak- anak dara aku kan obses kan princess so survey lah furniture princess, survey, amik gambar and jalan. mmg tak lah nak beli. beli siap2 yang bole pakai sampai ke besar. bajet- bajet..

masa kat houz depot tu dah beli dapur dgn hood & hob. tapinya tak boleh masuk dalam bonet vios. dah menung. jem lah kan. transportation charges untuk pembelian 3ribu keatas je. kalau lesser kena charge RM65. mahal kot. then tingat kete sebijik lg. bila tanya sawi bole masuk tak? diorg cakap boleh. so dah jadi 1 keje wan kena gi amik pulak. so 24/4/2012 wan collect dapur dengan barang lain yg kitorg beli. aku kena la melarikan diri kejap dari ofis sebab nak tolong wan angkat dapur.

banyak bejasa sawi aku ni. nak kena hangkut ke tingkat 2. naik lift lah tp berat yang amat. mengah dibuatnya. nasib lah tak pakai heels. semua kena simpan kat rumah ni dulu sebab rumah baru tak berpagar lg as belum cat.

dah alang laki bini ada bersama- sama tgh waktu bekerja, zass ke kedai lampu membeli down light dan kipas. korang cakap houses of lighting murah eh? ce cek kat top ten lighting. bulb dia murah lagi. lebih kurang sama lah. 

bak kata bed, sekarang bukan waktu weekend je settle hal rumah, hari kerja pun aku langgar dah. ada je hal nye. aku ni kejap- kejap hilang. kalau dah keluar lambat baliknya. uruskan benda2 ni lah. malam 24/4/2012 tu wan ada hoki. kebetulan dia tinggal kan hp dia. tetiba adik ipar aku call bagitau yang pak wan (saudara rapat) nazak. yaAllah berderau aku. rumah pak wan ni sebelah dgn rumah inlaw aku so aku pun mmg rapat dgn diorg sekeluarga. tunggu lah wan balik dgn sabarnya. dia sampai je, tak dan bukak kasut lagi aku dah kabo. terduduk dia. aku pun tak agak2 nak kabo ye. member baru nak amik napas.

tapi tak lama, hampir kul 12 malam dapat balik berita yang mengatakan pak wan dah meninggal dunia. so tak panjang fikir terus aku nak pack barang. tapi since wan mengantuk, dia kata kita gerak kul 4 pagi 25/4/2012. so aku packing siap2 and pagi tu terus angkut budak2 masuk kereta. serious tak boleh lena. pak wan meninggal akibat serangan jantung.

selebet dah ha niadel. masih dalam kereta lagi sebab papa tido ondway. mengantuk. sampai dalam kul 10. jenazah dah dibawak ke masjid. kitorg pun terus ke masjid sampai lah ke perkuburan. selesai semua dekat pukul 12 jugak. dengan niadel tak mandinya dari malam tadi. then balik rumah inlaw aku mandikan budak2, wan nap, aku catch up dgn adik2 ipar and family arwah. 

kitorg balik hari ye. sebab esok nye aku ada appointment yang aku dah tangguh banyak hari. wan pun tak leh cuti. sebab dia incharge untuk family day yang akan berlangsung weekendnye. sampai rumah dalam pukul 8. 

 ondway balik kat sungkai menghala ke selatan nampak pelangi ni. cantiknya..

26/4/2012 - 27/4/2012 kerja macam biasa. tak ingat dah lenguh badan ke apa time tu sebab dah lama sangat. hahaha... kat office lain pulak hal nya. office nak masuk staff baru, so office pun kena re-arrange. aku pun terlibat sama. aku kena pindah bilik. ya ampun, kerja- kerja memindah ni adalah horror ye. belum pindah rumah lg esok. tapi kena lah buat jugak sbb nak buat kerja. 

 pagi jumaat 27/4/2012 dah keluar menghala ke toyota service centre balakong nak service kereta. mintak officemate amik aku so aku tinggal kan kete kat situ. sekali dgn cuci. kete dah siap bukan aku gi amik, tp offiemate tolong amik. gila tak senonoh. boss aku service kete pun dia pegi amik sendiri, aku ni suka2 suruh orang, mmg tak sempat masa tu sebab tgh banya keje.

our dedicate trainee. rajin budak2 ni. banyak menolong. tgh arrange apa yang patut. budak2 ni kalau dah buat keje wajib bagi upah.

aku ni jarang melepak lepas keje kat mamak sebelah ofis aku ni. tapi sebab haritu budak ofis aku banyak tolong aku pindah kan barang dan sampah2 kat bilik aku, aku belanja la derang. sekali tgh officemate aku makan roti canai, nampak lak ada makhluk asing dalam kuah dal dia. terus stop dia makan. gulp! nasib aku minum je.

ok, selesey kerja2 pindah barang pindah bilik dan pindah lain2 kat ofis, jumaat malam tu 27/4/2012, gerak balik ke perak. ha dari dah lama tak balik kampung, minggu tu saje, kitorg balik 2 kampung back2back. sebabnya esok nya 28/4/2012 office wan ada buat family day kat lumut. so bermalam kat rumah parents aku dulu.

sebelum balik kampung tu, mari clear kan apa yang semak dimata. rumah mmg takyah tanya lah. tak tau nak describe macam mana. dengan barang- barang lagi semua. dekat kul 12 malam kot baru gerak. sebab wan ada hoki. again.

tgh mama lipat kain berejam jam tak habis2, nia baca buku kat bawah. adiknya buat apa eh?

ha tu dia.... panjat rak kecik ni. lepas tu melalak tak pandai turun. mama nya tgk je.. tu semua belonggok dalam bilik teman mama lipat kain. kat luar apa jadi?

haaa tu dia! lantak lah disitu. takde masa nak mengemas dah. baju tak packing lagi time ni.

sampai perak dalam kul 3 pagi. sebenarnye kitorg tak dinner lagi. niadel je dah dinner. ina dgn mak aku bangun buat kan burger. sebab bila tanya nak makan nasi ke tak, aku kata taknak. lepas tu masing2 dah kebulur. menyantap burger lah kitorg pukul 3 pagi 28/4/2012.

panjang sangat pulak. sambung kat next entry...

3 comments:

Mama Likha said...

ya allah... alya.... nasib alya strong lady.... yg pakwan meninggal tu kt mne alya ? alya tk mention...

maaf ye ganggu alya dgn brg2 vs tu...
mmg mcmni lah nk pindah. nsib zte ni hsewife..., klo tk, mmg mcm alya jgklah kekdahnya.. tp zte nmpk alya relax n cool je :)


insya allah yu can do it ~!

Princess Solehah said...

memang macam ni lah kalau nak masuk rumah baru hehe....teringat masa kitorang nak pindah dulu :) ni dah 2 bulan pun masih tak buka habis lagi kotak-kotak dalam bilik tu...

Nad @ MamaZakwan said...

alya, org perak ke? katne?
ntah2 sekampung! =p

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in