entry pukal - final part

sambung2... tak tunggu. type terus. 28/4/2012 tu bangun lambat sebab tido pun pukul 4 pagi. nia mmg pengsan. adel segar bugar lagi. kul 10 lebih wan dah gerak dulu ke marina cove resort sebab dia incharge 1 slot untuk family day. wan kata, aku dgn niadel check in masa telematch je nanti. so ok lah. ada lah masa nak catch up dgn mak.

wan incharge health & safety quiz. apekehey tgh family day ada kuiz2 bagai??

 lunch kitorg sempat makan kenduri kat area rumah jugak. kemain banyak makan nya mcm rumah sedara mara je. niadel especially nia balik kampung social skill diorang dah banyak improve. balik both kampung pun ok.

dalam kul 3, adik aku hantar aku ke marina cove untuk check in. kitorg duduk apartment and share 3 bilik. kali ni wan dapat 1 apartment dgn gang2 dia. so ok lah kan. tp kena menutup aurat je le sentiasa.

pukul 5 gitu telematch pun bermula. cuaca panas terik time ni. bila panas, mulalah niadel buat hal.

kitorg sekeluarga rumah merah. ada pertandingan hias kemah bagai. mmg macam2 lah diorg ni. tapi kitorg mmg tak dapat join lah dah anak dok melekap je. tambah pulak atas pasir. mmg tak lah niadel nak jejak pasir. sangat bandar!

boleh menang kemah tercantik rumah merah ni. dgn tagline 'kaw ader!'

ada acara utk budak2 dewasa and couple. tapi aku tak masuk apa2. niadel pun. nia malu katanya. aku bawak niadel naik atas awal sebab adel dah mengamuk sakan. panas. tension aku. ke penat tak tau lah kan.

 malam ada annual dinner. kebetulan haritu kan 28/4/2012 ada bersih 3.0 kat kl. nasib lah family day kat lumut. sebab tshirt diorang color kunig.

bermacam2 seafood. mmg heaven makan malam tu. big boss IWK pun datang. so mmg meriah lah tahun ni punya family day.

esok pagi 29/4/2012 lepas breakfast masuk water them park kat sebelah hotel. ok lah, tak lah best sgt tp tak lah tak best pun. nia enjoy je. kemain lagi nak naik slide adult. 

 swimwear dah kecik. tah bape kali pakai je lagi ni.

check out dari marina kul 12 terus menghala ke rumah balik sebab nak lunch. lunch laju2 then balik terus ke kl. terus singgah rumah jap nak tgk rumah. time kitorg balik kampung lah macam2 hal nya. org nak pasang pintu lah ape lah. ade je.

isnin 30/4/2012 tu wan cuti. sebab penat berfamily day. aku keje. then malam pulak ada program lain. bawak niadel tgk upin ipin teater musical kat istana budaya. papa kata, time ni la pulak nak pegi tgk nye. org penat2. habis bila lagi kan. hehehe.. layan kan aje permintaan anak2 ye. seronok niadel. 2jam setengah show tak bergerak dari seat. cuma tang spider datang kat tepi dia tu dia takut. sabajelah. dgn aku2 cuak.

kami2 yg first time masuk IB

wan kena laser sebab slumber je amik gambar during the show. hahaha.. tu dapat snap scene ni. 

aku bagi 5 bintang untuk semua cast dia. mmg bagi full komitmen lah. hari2 pulak tu. kagum2. pasal cerita aku tak tau sgt tp budak2 suka lah sebab dia tunjuk best of the best episode dalam siri upin&ipin. di teaterkan semula. ada yang aku tau, ada yang tak. so niadel happy, kitorg happy.

sangat happy dia dapat tgk teater ni. kitorg tak amik gambar pun dengan cast dia. malas nak tunggu and dah ngantuk. 

tetibe nampak cat farish kat sebelah. aci la amik gambar sekali. hehehe..

1/5/2012 cuti. tapi kalau dah cuti tetap tak leh duduk rumah. pegi mengukur midvalley nak makan chillis.tapi ramai nye orang. mujur lah dapat gak parking. 

2/5/2012 keje, tapi aku cabut lari kejap pegi kedai wallpaper dgn tv panel nak choose design wallpaper. nak jadi cite haritu adel mcm dedar. so decide amik dia kat taska awal and bawak gi kids clinic. then terus aku hangkut pegi kajang nak pegi kedai wallpaper tu. mmg jenuh nak memilih.  tambah pulak laki nya takde. jenuh communicate through watsapp.

dalam banyak2 tempat situ dia port. dah la lama aku kat situ. macam2 dibuatnye. macam tak demam je ha. kalau ada kakak nye sekali ada yang termasuk dalam akuarium kedai tu. dah la dia pegi masuk tangan dia dalam tu pegang ikan. sebab akuarium rendah.

dia pun nak memilih jugak

malam tu, uncle lai (owner rumah sewa) datang sebab nak tampal no tepon dia sebab kitorg bulan ni last month duduk kat sini. sedih ko tetiba. uncle cakap hope dia dapat new tenant yang akan duduk lama mcm aku. aku dok rumah ni since 2006. dari bujang sampai beranak 2. banyak kengan manis dalam ni.

uncle tgh tampal. baik hati uncle ni tau. aku tanya pasal conteng2 kat dinding tu dia cakap takpelah sikit saja. cucu dia pun macam tu gak. so sape yang berminat mmglah aku rekemen sangat korang duduk sini.

call uncle ni kalau berminat. location, dekat dgn jusco equine. sewa rumah RM520. maintenance included. rumah corner lot ada 2 balkoni. privacy dijamin. 1 kereta bole parking dalam. ada pool ada guard. bilik 3, bilik air 2. rumah mmg selesa. nak tau further info bole email aku kat alyyani@gmail.com

3/5/2012 - 4/5/2012 kerja lah kan cam biasa. nothing much.

5/5/2012 awal pagi dah mengkur jalan pegi beli cat. sebab nak hantar kat rumah then ada appointment dgn orang wallpaper and tv panel. nak finalize everything sebelum nak masuk order kat kilang. so jumpa kat rumah. harini adel buat hal. tak tau kenapa. melalak je kejenya. tak dapat apa dia nak mmg menangis. 

punca menangis, sementara nak tunggu org tu sampai, bawak niadel main kat playground kat rumah ni. lepas tu bila diorg dah sampai, ajak lah balik. tak mau. belum lagi katanya. lepas tu dia melalak ada lah dekat sejam. stress aku. balik rumah lepas tu bagi dia susu dia tido. sabajelah budak ni. makin besar makin macam2.

6/5/2012 mengukur mall lagi. kali ni ke ikea. dah pandai dah menyauk ha. nampak je sauk. nampak je sauk. begini perasaan ye kalau ada rumah sendiri. semua nak beli. 

ni lah study table nia. kena beli 2 biji lah. utk adel jugak. confirm bole pakai sampai ke besar. nia pun dah test duduk. cari kerusi yang bole tinggi and rendahkan je nanti.

lepas tu ke alamanda pulak nak beli barang dapur. untung ada anak dara. mak goyang kaki je. anak2 dok usung bakul.

7/5/2012 haru biru bila orang cat tak datang keje. hujan katanya. sabajelah. harini aku baru terhegeh- hegeh nak cari langsir. wan cakap kalau x settle langsir, jgn balik. :p lunch time cabut awal pegi survey langsir kat area rumah. finally dapat gak apa yang nak. cepat2 pilih and bayar deposit and on!

nia mintak bilik pink tak dapat. nia mintak katil princess tak dapat. nia mintak wallpaper princess pun tak dapat. finally kitorg decide buat langsir princess untuk bilik niadel. moga dia nak tido dalam bilik sendiri nanti.

settle langsir, zas pegi kedai kitchen cabinet. kat area rumah jugak. sebab nak bayar deposit dia dah nak masuk order kat kilang. so ni lah rupa dapur aku esok. kalau tak masak jugak confirm kena rejam dgn tok laki.

8/5/2012 - ada sorang perempuan mengamuk sakan sebab wallpaper yg dipilih takde stock, orang cat tak masuk kerja untuk 2 hari berturut2 and langsir yg dipilih takde stok. kira semua kena marah dgn aku. especially kontraktor yg tak anta org utk cat rumah. lari masa. so aku kena pegi kedai langsir balik pilih wallpaper lain and langsir lain. wallpaper living hall tak jadi amik dgn org asal sebab dah 3 kali aku pilih design nye takde. tak sanggup lagi dah nak memilih2 ni.

9/5/2012 - harini aku hanya di office. tapi pagi tadi babysitter niadel tolong aku amik kan kotak kat kedai runcit rumah dia. sebab skang nak packing barang, baik dia nak tolong. then tgk rumah ada org kerja ke tak. ok dah start cat. esok siap.

11/5/2012 - orang datang pasang grill

12/5/2012 - orang datang pasang lampu / kipas

14/5/2012 - orang datang pasang tv panel and rail langsir

15/5/2012 - orang datang pasang kitchen cabinet

16/5/2012 - aku cuci rumah dgn adik aku

17/5/2012 - orang datang pasang langsir

18/5/2012 - pindah barang

19/5/2012 - mak ayah datang baca yasin / solat hajat kat rumah. mungkin akan jadi malam pertama kami dirumah.

20/5/2012 - office ada buat bowling tournament kat sunway pyramid.

ok, that's all for now. semoga aku dan keluarga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan untuk hari- hari yang mendatang, amin ya rabbal alamin....

9 comments:

Gieyana said...

Haaa..panjang giler..all in one..nnt tayang pics deco ko yer..suka tgk..:)

Princess Solehah said...

seronok baca entry kali ni :) tak sabar nak tengok niadel masuk rumah baru yeye

OneSimpleMother said...

waaah.. tak sabar nak tengok rumah baru niadel ni. mesti cantekk menarekk.. :)

Nad @ MamaZakwan said...

haduih!
baru bace je, dah rase termengah2 penat!
cemane la plak empunya diri kan?
lagi letih kot, huhu!
takpe2, susah2 skrg, senang2 kendian nnt..ada umah sendrik, bestnye!

Affieza said...

Semoga dpermudahkan segala urusannya ye kak...

azi said...

hehe...penat membacanyer...moga dipermudahkan segala urusan....amin

Iela Fazielah said...

hamik ko skali harung....
akak dah lama nak bl mj sudy yg kamu pilih kai ika tu...nnt ai tiru ea...
pastu..lawanyer design KC tu....!!!!
3..kedai langsir mana kamu pegi ni...??? nak tau gak...akak nak tempah langsir br ni...
lastly harap semua going smooth sperti yg dirancg...amin..

Nana Aziz said...

hambik kau..hee..pjg giler entry..hee

moga dipermudahkan semua urusan ko hendaknya..

Iryani Noor said...

fuhh semput nak menghabiskan entry nih.. ape lagi org yg publish.. kekek... nk masuk rumah baru mmg mcm2 kn.. hopefully semuanya dipermudahkan...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in