cerita pindah rumah

hari yang ditunggu dah pun tiba. hari rabu dgn khamis aku cuti tunggu rumah install itu ini. cuci rumah siap. jumaat pagi, badang2 aku pun tiba. dimulakan dgn yang ada dalam daerah, asyran. awal pagi dah terpacak kat rumah aku. patut haritu aku kerja tp orang astro pulak nak dtg pagi tu nak pindah astro. mmg dah kena mark la dgn boss aku. sudahnya, half day jugak aku. 

yang tragis lagi kena cuci rumah lagi sekali sebab mcm berchop2 je lagi. nak panggil service cuci mcm tak sempat maka, sendiri bikin. dah separuh hari tu energy level dah tinggal 30% je la. dah tu, ofis dok tanya masuk ofis ke tidak. cuti ke.

dengan kata lain, sila lah masuk ofis. masuk jugak dgn masam2 lepas cuci rumah tu. dalam kul 5 gitu adik2 aku dari johor pun sampai. diorg terus balik rumah and terus angkat barang yang fragile ke rumah baru. sebab ada beberapa buah kereta, bole angkat sekali je trip. 

yang lelaki dok ulang alik angkat barang. aku lak incharge anak2. aku balik keje terus pegi amik niadel terus pegi rumah. diorang dah angkat sikit barang ke sini. so ni lah dia living hall rumah aku. masing2 dah landing. sebab adik2 aku, dari johor terus je aku kerah. yang asyran pulak dah nak patah pinggang basuh rumah. yang niadel, jadi mandur as usual.

lepas maghrib bole pulak adik2 aku pegi mandi pool kat apartment aku. siap nia pun mandi sekali. malam2 buta ber-pool. bising lah aku diorg pegi bawak nia. dah settle diorang mandi pool, next round angkat barang lagi sekali. and terus pegi dinner. ke supper. sebab masa tu dah nak tengah malam.

niadel dah selamat tido. angkut jugak. kitorg pun baru nak makan. time ni memasing dah pancit. belum esok lagi ni. esok lagi lah macam2 sebab lori datang nak angkat barang esok nya. balik rumah semua tebungkang. hari yang ditunggu pun tiba. pagi2 aku dah kerah semua bangun sebab lori datang pukul 9. tepat jam 9 pagi lori datang. 

nilah sebahagian barang2 yang ada dalam rumah aku. kotak ada dalam 50 ke lebih. dengan barang bukan2 lagi. mmg jenuh nak packing. nak unpack tah bila tahun nak settle tak tau lah.

kitorg hire lori dgn 2 org pekerja. campur dgn kitorg ber-4 ada lah 6 org yang angkat barang. so ok lah kan. ni diorg tgh wrap barang2 yang besar. baru aku tau camni rupanya process nak pindah.

aku monitor kat bawah nak tgk camne diorang susun. mmg keje diorg la kan. so tau diorg adjust mana nak angkat dulu and nak letak mana. baru je nak mula process pindah sekali orang unifi call nak install unifi. mmg dah make appointmet haritu so alang nak pindah tu terus la buat sekali. so tak lah terputus hubungan dgn dunia luar.

so wan lah kena tunggu rumah sana nak tgk installer tu. aku tunggu kalu, tah mana dia nak tarik wire, silap kang aku yang kena. maka aku jaga kat sini je handle angkat barang. turun naik turun naik. tak cukup lori, semua kereta dipenuhkan dgn barang2 fragile yang lain.
dalam pukul 12 jugak clear kan rumah. terus wan bawak lori kerumah baru. dia dgn akmal inchrage kat sana. aku dgn 2 org adik aku clear kan saki baki yang ada kat rumah ni. gambar atas, sampah2 yang nak dibuang. 2 round jugak nak buang sampah. settle dah buang sampah, terus aku gerak ke rumah and adik aku belikan lunch.

selamat tinggal cemara, aku bakal merindui mu. ting tong!!

settle angkut barang ke sini lebih kurang pukul 2. lunch pun sampai. memasing2 isi perut dulu. mmg dah kepenatan kebuluran. dah makan semua sambung balik alihkan kotak2 kat tempat sepatutnya. 

fuh, mmg letih kalau pindah rumah ni. dah pindah barang rumah kotor balik. adeh!

6 comments:

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

hehehhee memang penat pindah barang.. aku pindah bulan january hari tu, sampai sekarang barang2 dalam kotak masih dalam kotak ekekeke


apa pun cantik living hall ko :)

Gieyana said...

seyessmmg memenatkan..x dpt bayangkan kalau aku nk pindah..haizz! Cantik hall ko..nice nsimple..:-)

rDnA said...

Serius mmg memenatkn bila pindah ni.belum lg nk unpack semua brg..

Iela Fazielah said...

alyani....mmg letih..lepas ni sambung letih nak susun barang pulak ye....mau 3-4 bln xsettle2...cantik rmh kamu!

Mama Likha said...

seriuos.. masa alya sahre pic kt instagram kite sedih tgk..*sensitif dan emo tk btempat... :D.. pic no 1,2 dan yang last tu... huuu kite phm mcmne pindah rumah. dulu kite cuma laki bini je.. tkde adik lelaki yg blh tlg..

Nad @ MamaZakwanNayli said...

naseb baek ada ramai adek bradek laki,uhuhu!
cam kami ni kene import la sesape yg sudi tolong.. (berbayar)

canteknye umah!

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in