majlis kesyukuran & housewarming rumah ita

weekend sekarang ni mmg pack. nak vakum rumah pun tak sempat. nak lipat baju apetah lagi. tunggu baju dalam almari habis pakai, baru lipat. tu sekali lipat makan 3-4jam. lepas lipat baju sabtu, terus bersiap nak memilih tiles, pintu, grill bagai. sekarang dah masuk fasa pasang tiles, pasang pintu semua. tak lama dah lagi ye.

petang tu, mmg dah slot in nak ke rumah baru ita. kat semenyih. majlis pukul 4-7pm. kitorg sampai dalam kul 5, orang masih baca yasin. so tunggu lah sampai orang habis baca yasin sebelum boleh menjenguk rumah ita. korang kenal tak ita ni sape? ita ni kawan baik aku masa kat UKM. sampai kan anak kitorg pun berkawan jugak sebab sebelum pindah ke semenyih dia menyewa kat seri kembangan jugak. so hantar kat SR yang sama. tu anak2 kitorg pun rapat. anak no 1 sebaya, anak no 2 pun sebaya. anak no 3 je tak sebaya sebab dia dah produce dulu.

teruja memasing dapat jumpa. siap diana (anak ita) ajak naik bilik dia buat matematik sama2. wah buat matematik ko. bukan main sama2 tau. nia mmg malu lah. dia nak naik, tapi mama mesti naik sama. nasib lah aunty ita ni kawan baik mama, kot kalau kawan tak rapat, takde maknanya nak naik rumah orang ni. alang2 tu, tgk decor rumah dia. aku bekenan wallpaper yang dia letak kat rumah dia. mmg aku amik contact pun dari dia.

haritu kitorg disajikan dengan nasi arab kambing + ayam. mmg mantap lah. tapi tak dapat nak menikmati hidangan sangat, sebab kena monitor kanak2 kat bilik diana tuh. dah elok2 berkemas, udah macam tongkang bila nak balik. nasib ko ada bibik. dah la ita tgh pregnant. kalau dia takde bibik, harus aku kena kemas dulu sebelum balik. hehehe..

thanks ita sebab jemput kitorg. ko kata tunggu housewarming rumah aku pulak ye? tah ada ke tidak aku pun tak pasti weh. hahahaha...

 welcome to ita's house

the entrance..

sampai je, warm up kejap, adriana farissa terus panggil rania ayesha ajak main basikal. nasib lah diana banyak basikal. yaAllah, nia, fringe dah tutup mata tuh.

seronok bila tgk nia berkawan. mau gak la dia berkawan. tapi dengan yang dia kenal je kot eh. jarang tgk dia gini.

 masa ni yang lelaki tgh baca yasin dalam rumah. yang perempuan tunggu kat luar. nia dgn diana dok tawaf keliling kemah.

makcik kita ni sedih bila kakak dia tak heran dah dengan dia. hehehe..

ada pun rakan sebaya. tapi tak lah main bersama. begaduh berebut basikal pulak dah.

zara, same age dgn adel. adik diana.

settle orang lelaki baca yasin, diana terus ajak nia naik atas. maka aku pun ikut sekali. terus keluar kan buku matematik. siap bagi pensel. slumber je nia melenjan diana nye buku. tapi aku suka tgk keletah diorg time ni. yo'o diskusi yo. 'you count how much is this' hahahaha..

masih study lagi. oh lawa bilik diana kan? dah le nia nak bilik princess warna pink jugak. tak dapat la nia. mama dah decide kaler bilik nia. redha itu ikhlas je lah ye.

menurut kajian, budak2 bole focus belajar 15minit je. lepas tu apa lagi, sessi memunggah le. baru lah adik- adik diorg join. tu pun kena tepis dgn kakak2 diorang. kesian. 

then sambung balik. ajak balik dah tak mau.

last but not least, thanks tuan rumah (berbaju hijau) sebab jemput kitorang.  

 patut nye kawan kitorg sorang lagi join sekali, tapi hari ita buat kenduri tu, haritu pulak dia bersalin. congrats lin on your newborn. second hero. nama belum diputuskan lagi yang pasti A jugak. habis huruf A orang sapu. Aryan, Aariz... (bajet 3rd baby boy la konon) :p

5 comments:

wanie md zain said...

ala cian adel kakak xdah jumap geng tinggal dia kan...

ei said...

oh ita..xdpt nk join ko g umah ita..aku lik kg..

Nana Aziz said...

cam kenal je baju merah dok tgh2 tu..heee..

alyyani said...

wanie : adel gang mama je lah. heheh..

ei : oowhh kalau tak boleh jumpa ye tak?

nana : gile tak kenal? hahaha..

Siti Asiah said...

cantik baju ni & adel...bl katne yea?

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in