kambing di kenny rogers.

dah try? kalau ada perkataan kambing je, zass sampai lah aku anak beranak kat situ. wan kan pencinta kambing. pizza hut yg kids eat for free pun dia bolayan je. free tuh! belum sampai jugak kitorg. tunggu pizza buat pizza topping dia lamb, confirm wan datang.

 pecinta kambing nak merasa makan kambing kenny rogers pulak. berapa agaknya current reading kolestrol beliau ye...

modus operandi no. 1 - kitorg kalau weekend kalau takde apahal biasa keluar lepas zohor, time tu mmg time nia tido. strategi2, nak makan dgn aman sorg je bejaga. dah settle, kejut la nia suruh makan. hehehe... tapi ada gak dia tak mo bangun langsung. so tapau untuk dia. bila nak balik tu dia dah jaga dia marah sebab dia kata "mama, kita tak makan lagi lah" hahaha...

 modus operandi no. 2 - mesti sajikan cerita upin ipin atau the lion king untuk bagi diorg duduk diam. mata ke tab, mulut nganga je.

inilah kenny's roast lamb. aku tanya nak rate berapa ni lepas dah makan? dia kata 2.5 / 5. kalau nak makan lagi, mmg tak lah katanya. aku rasa segigit, lemak je aku rasa. gravy dia sedap. kenny's gravy kan, mmg best tp wan kata tak cukup marinate.kambing di chillis tetap dihati. kambing di bubba pun dia banned jugak.

datang kenny rogers jangan tak order this mouth-watering dessert ni ye. warm chocolate cake dgn ice cream. mmg sedap. harga RM5.90 sahaja. selalu gak kitorg masuk kenny semata- mata nak makan dessert ni je. tempat lain takde nye makan dessert sebab mahal. beli ice cream sebekas lagi berbaloi. tp ni mmg berbaloi. :)

sedap sehingga menjilat sudu dan pinggan!

10 comments:

Mama Likha said...

kanda kita pun dh try roast lamb tu... beliau pun kasi rate mcm wan kasi..., dan agak berbau sikit.... so semula2 tkde delah adegan kambing di kr heheh..


kambing apa yg best di chilis cer rekemen kita nk rekemen ke kanda kita... :)

Nad @ MamaZakwan said...

pasal entry pizza hut akak tu la kami pi terjah pizza hut jusco equine mlm tu jugak, haha!

- dieyana - said...

ada kambing pula ya, kena g try nih.... kek+aiskrim tu menggiurkan!

Chik Na said...

hmmm...nampaknya boleh la akak pulak p try kambing kat kenny roger ni nanti .. Sufia mesti suka, dia memang peminat kambing mcm abahnya :)

Princess Solehah said...

wah...mesti cuba ni hehehe.....

shark said...

harus cuba nih..tp saya bukan peminat kambing..

Affieza said...

Next time kena try gak dessert tu...hehe

amal_fc1303 said...

kambing tak hanyir ke makan.

Ibu Mifzal Arsyad said...

alahai..sedanya..baru tgk gambar ni dah terliur..

Iela Fazielah said...

wah2.... telan air liur akak tgk korg jenjln cari mkn....aak gak tiap2 hr mkn singgang ikan...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in