lama tak update, laptop rosak. aku kalau laptop takde mmg jem lah. bagi lah ipad ke tab ke, iphone ke, mmg tak terupdate. takde effort nak update. laptop dah hantar ke klinik sabtu lepas. pegi ASUS service centre kat plaza low yat. so dah selamat hantar. cepat lah siap. banyak keje wei. audit LHDN dah masuk round 3 dah ni. never ending. lantak korang lah.
laptop yg dah masuk wad. mujur under waranti lagi. memula nak soh diorg pick up tapi katanya it may takes 4-5 days for them to collect. rugi banyak masa so kita pegi anta sendiri. aku nak ajar wan masuk tengah bandar KL ni seram sikit. almaklum laki aku punya level sabar nak rempuh traffic tuh masih level intermediate lagi. up sikit lah kan. dulu beginner before kahwin. kalau aku advance! hahahaha.. ok merapu sudah. so saja ajak wan, dia pun ok. nak masuk sekelok je parking plaza low yat tu makan masa setengah jam je lah. adeh.. gamaknye aku kena collect sendiri laptop aku esok ni. huhuhu...
tu senyap sunyi jap blog. last weekend sempat lah kemas untuk fasa ke2. haritu fasa pertama, clear kan sampah2 dalam store room. ni clearkan habuk2 yg ada atas wardrobe. oh btw, kitorg dah bagitau uncle lai, owner rumah yg kitorg paling lama pun 2 bulan lg dok umah ni. muka dia agak terkejut lah. cam sedih je. ye lah, penyewa terbaik dia dah nak keluar. hahahaha...
tapi tu lah, dia kena accept lah kan. then dia cakap kalau ada kawan2 nak menyewa rumah tu bagitau dia lah. korang kalau ada sape2 yg nak menyewa apartment yg kitorg duduk ni bagitau la eh. kat opposite jusco equine. kat sini best. owner baik. apa2 rosak call je dia. bedesup dia datang tolong tgk. kalau owner baik, kita pun baik kan. privacy terjamin. jiran baik2. ada pool. ada guard. ada lift. ada surau. tingkat 2. end unit. 2 balkoni senang nak jemur kain baju. 3bilik, 2 bilik air. sewa RM520 sebulan; termasuk maintenance bulanan. easy access to public transport. strategic. jusco, giant, pasar borong selangor tu depan mata je. bukak tingkap nampak lah singboard2 tuh. hehehehe.. puas hati lah. kalau kata ground floor tu kitorg consider nak beli gak. tp sebab tingkat 2, hari2 turun naik tangga mmg menangis lah dgn budak2 ni. so bagitau lah kalau yg berminat. aku dok sini dari aku bujang lagi sampai dah anak 2. so imagine lah betapa cozy nye dok kat cemara ni. wah gempak ko promote. serious2, sebab owner rumah kitorg baik tu aku rekemen.
antara yang telah selamat berada di tong sampah. playpen. esok ada pertambahan RA mama beli baru ye. eh silap, papa beli baru, sebab papa yang suruh buang.
antara yang dikemas. akhirnya frame2 ni bakal berada didinding. dok umah sekarang owner tak bagi tebuk dinding. fair lah kan dia mmg jaga rumah dia. so present kahwin yang kitorg dapat ni, simpan atas almari. dah bawak turun lap2 balik. mencari ilham kat ruang mana yang nak digantung.
current progress. structure semua hampir siap. tgh buat tangga. and orang wiring dah letak plug2 point. tak sabar weh!
last but not least, wah2 dah pandai nak amik gambar sendiri je sekarang ni. ina, sila amik jadikan header aku ye. gambar cari makan terbaru ni.
later guys!
Comments
bleh la nak jumpa2,
hehe
rumah baru ni plak kat area mana? ;)
Alahai cepat jer dh nk pindah...best kan dok umah sendiri...
Ermmm gmbr last tu cntik arr...wan napa tak amik sekali...
fb:sri rahayu nik saad
0123667398