Skip to main content

11 April yang produktif

semalam (11 April) diisyhtiharkan hari cuti umum. sama pulak dengan tarikh hari jadi adik kembar aku ainal dengan akmal. happy birthday korang. umur berapa aku lupa. 25 kot. birthday remy ishak jugek. umur beliau aku ingat. :p 
 
hari cuti umum semalam amik kesempatan untuk settlekan hal rumah dan visit newborn. again. akan berlanjutan sampai anak kakak aku keluar. mmg back to back. tak sempat nak telek muka-muka raja-raja dan sultan sultanah kat tv, kul 11 lebih dah keluar rumah.badan ni tak berapa sihat. sebelum keluar rumah telan siap2 dadah2 yang diberi doktor untuk bertahan atleast 4jam. panas terik diluar kutahan jebat!

muka melawan namanya ni. bila ketap bibir gini ada lah yg dia marah tuh. mata pulak mesti tak bekelip. bole tahan.

ke kedai grill nak confirm kan design dengan color. walaupun cuti umum tapi kebanyakan kedai beroperasi sepertia biasa. so kitorang amik kesempatan lah settle kan segala. kalau amik masa time kerja bertolak- tolak masing2. ada je hal nya. skang rumah takde orang buat keje sebab construction dah settle. tinggal nak pasang2 je. drag sebab kitorg lambat beli barang.

antara warna grill yang ada. kitorg sepakat memilih executive grey. wrought iron? idok le teman mampu. teman mampu nengok je... main gate bole la kot insyaAllah.. tapi definitely not in this budget.

antara warna- warna lain yang ada. biasa orang akan amik color deep leather or off white tuh.

lepas dah settle grill, pegi kedai pintu pulak nak tgk design. area yang kena renovate tu, frame tak fit pulak dengan existing door. dah lari bajet nak mengganti pintu pulak. asalnya nak ganti main door je. sebab main door sekarang macam pintu jamban je. nak le upgrade sikit. alih2, berpintu- pintu pulak kena ganti.

dah settle urusan pintu dan grill, wan nak pegi beli cat, eh, eh over run dah dgn plan asal ni. patut sekarang ni dah begerak ke PJ nak visit aariz. so terus je ke PJ. nasib le tak jem. cuma melilau mencari rumah ryn. ni lah dia disadvantage hidup dengan garmin, dah pegi tempat tu 2-3 kali pun masih tak leh ingat exact location. tapi jumpa la jugak. wan ada. kalau aku, mau habis 1 bar minyak kot. sampai pun ontime. takde yang lewat sangat, takde yang awal sangat.

pengantin : AARIZ RIZQI. anak ke3, hero ke2 ryn & yus

kitorg kalau dah berkumpul begini la kekdah nye ye. ni sebelum....

ni selepas. takde tempat nak pijak dah. bersepah sudah rumah orang. dah puas menyepah, isi minyak. siap silang kaki budak bedua ni.

aariz banyak bejaga. so dapat lah kelebek dia. baru umur 8 hari time ni.

lucu nengok gelagat kakak aariz, aisyh' yg atas riba aunty bed. baru setahun tapi independent je. tak merengek. rilek je dia. menonong je. ok je bila orang approach.

dengan sesapa pun layan kakak aisyh' ni.

anak2 dah kenyang, apak2 dah settle makan, mak2 pulak tukar port selesa sikit. menu haritu spaghetti. kudap2 nugget. siap tuan rumah kena goreng second round nak top up. tak lupa jugak cekodok pisang yang i hanya mampu jeling je sebab i kan tak makan pisang. kalau cekodok blueberry ke i makan lah. sila jangan benci i kakak! :p

ok, time to say goodbye. kakak asha and kakak nia shake hand aariz. elok je dia duduk dalam tu tak hok hek hok hek pun. aku takut nia tejunam dalam tu je. bubye aariz, nanti jumpa lagi, mesti lain dah rupa.nanti kalau selisih bahu dengan aunty, jangan lupa tegur ye. :p

wajibla kan...tak yah suruh. hero2 dah beratur dulu pegang camera nak amik gambar bini2 deme. hahahah... sape yang beranak ni? mcm aku je beranak muka pucat lesi habis. yg bersalin ryn, next to me. bed and aieza. minus nome yang masih berpantang jugak. next belonggok session tgk aryan pulak kita.

tak selesey lagi ye hari ni. settle kat rumah ryn, patah balik ke kedai cat. beli cat, hantar kat rumah. masa kat kedai cat tu lah serentak adik aku dgn adik wan, eh adik ipar aku call wan and adik aku call aku tanya ada rasa gegaran tak? aku kata aku sentiasa je bergegar dah budak2 ni dok atas aku je. then cepat2 tgk hp, cek twitter baru tau ada earthquake kat acheh. kalau kitorg dalam keadaan pegun mungkin terasa. tapi were not. singgah jusco beli groceries jap.

akhir sekali ke pasar malam. pegi diwaktu petang le. buat julung2 kali nya niadel mencemar duli ke pasar malam. for the record, diorg tak penah ke pasar malam. selalu kitorg balik kerja pegi pasar then baru amik niadel kat taska. so seperti dijangka lah nia tak mau jalan. penat lah ape lah. adel tgk kakak dia bedukung, dia pun nak bedukung la jugak. kesan dadah nak abis dah time tuh. kena cepat balik rumah makan ubat lagi.

kat kedai buah, sorang ni approach aku "penulis blog kan?" sebab dia nampak niadel tu kenal. kalau aku je tak kenal kot. lagi muka tgh macam zombie. hehehee... lain benau dengan dalam gambar ye ayu? thanks for the info ye. nanti kita riki2.

balik rumah, tarik selimut menggigil balik dalam selimut. bukak berita nak tgk tsunami, cerita Agong pulak yang berejam. tukar tv1 lagi pantas dan tuntas. what a productive day. 

DAULAT TUANKU! tetibe

Comments

Marlina Mohtar said…
semoga cepat sembuh ye :) btw, tak sabar nak tengok rumah baru niadel ni hhihi
nad said…
demam2 pun larat kan jugak ye...
banyak gak aktiviti yg dpt disettlekan tu ;)
alhamdulillah...

moga cepat sembuh!
Anonymous said…
ha ah..lain beno..kuruih je ghupe orang nye..dalam belog cam normal..hehhe.. -ayu-
nome said…
bestnya dpt berlonggok kat umah ryn...next umah i yer :)

miss korang sesangat...aariz mmg comel..sorry aunty x dpt nak tgk..nanti bile abis pantang...kita bergambo antara aariz and aryan yer
nome said…
bestnya berlonggok ramai2 di umah ryn...rindu korang semua

next di umah i yer :)

aariz mmg comel...sorry aunty x dpt nak jumpa...nanti bile abis pantang, kita bergambo antara aariz and aryan yer
Mrs. Simplicity said…
princess solehah : alhamdulillah dah getting better. thanks :)

nad : kalau dilayan demam ni, tak makan anak2 nad. maka, gagahkan jugak. :)

ayu : hahahaha abnormal ye rupe sebenar. :)

nome : weh, rindu sama kamu! rindu nak hi5, rindu nak belonggok. nanti kitorg serbu rumah ko pulak ye. kita pairkan aariz dgn aryan. mesti cam kembar :)
ryugiena said…
wahh tahniah lin for the 2nd baby..ko punya next production bila??hee..jgn mare aa..hee

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber