Skip to main content

niadel pagi ni...

2 minggu ni rasa best sikit. sebab aku dgn wan keluar kerja serentak. wan 2 minggu ni ada kursus. so tak lah lepas subuh keluar rumah. so boleh lah mandikan anak2. especially adel. hantar ke taska dengan hati yang tenang. kalau dah banyak masa bersama, 2 beradik ni panjang je lah akalnye. selagi tak keluar dari rumah macam- macam nak dibawaknya.

dia bila ada gang tu, syok sikit nak buat bukan- bukan. sorang buat, sorang mengikut. pagi ni nak bawak payung, spek pegi taska. nia ada tambahan accessories lagi, nak bawak sarung tangan, snow cap kaler brown dia. gantung kat leher. simpak spek dalam tuh. melenggang kangkung jalan pergi kereta.

kakak dia nak spek, diap un nak pakai spek. ikut aje apa kakak dia buat. lepas tu nak turun tangga dah tak nampak jalan. suruh mama dukung. sampai bawah baru jalan. risau aku takut tesembam aje. sabajelah budak kecik ni.

semua benda nak bawak tak tau lah kenapa. nak menunjuk kat kawan2 ke, ada aktiviti pakaian beragam ke. kadang tu lah, kita balik keje amik diorg bukan kita ingat apa barang diorg bawak. takut hilang je. so far belum penah jadi lagi lah.

tapi yang paling bikin mama stress bila dia mintak baca buku. malam tadi tak pulak dia mintak baca buku. rupanya teacher siti, yang ajar subjek bahasa melayu, pesan kat dia suruh dia baca buku kat rumah. malam tadi hilang ingatan agaknya pasal teacher siti suruh baca buku. pagi ni baru terkial- kial membaca 2 page. mama cakap baca kat kereta je lah. tu dia membaca. padahal sebut huruf je. I-ikan, B-bola, P- ntah lupa sudah.

masih maintain pakai spek kejung dan tak bergerak...

dah sampai depan taska ni, tak jugak dia habis membaca lagi... tensi2...

bila mama cakap 'nia, cepat lah nia..' dia jawab 'wait lah mama, sikit je lagi...' adeh.... aku ni dah la dah bertaubat tak nak marah- marah anak. ketap bibir je lah...

Comments

@lfidah @dim said…
sangat comel 2 beradik nie...biasalah kalau sorang buat sorang ikut..memang pening pala menengoknya...
Marlina Mohtar said…
comel sungguh lah 2 beradik ni hehe.....amboi3x, boleh pinjam payung tak? merah menyala gitu....
nad said…
cute btul diorg ni;D

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...