niadel pagi ni...

2 minggu ni rasa best sikit. sebab aku dgn wan keluar kerja serentak. wan 2 minggu ni ada kursus. so tak lah lepas subuh keluar rumah. so boleh lah mandikan anak2. especially adel. hantar ke taska dengan hati yang tenang. kalau dah banyak masa bersama, 2 beradik ni panjang je lah akalnye. selagi tak keluar dari rumah macam- macam nak dibawaknya.

dia bila ada gang tu, syok sikit nak buat bukan- bukan. sorang buat, sorang mengikut. pagi ni nak bawak payung, spek pegi taska. nia ada tambahan accessories lagi, nak bawak sarung tangan, snow cap kaler brown dia. gantung kat leher. simpak spek dalam tuh. melenggang kangkung jalan pergi kereta.

kakak dia nak spek, diap un nak pakai spek. ikut aje apa kakak dia buat. lepas tu nak turun tangga dah tak nampak jalan. suruh mama dukung. sampai bawah baru jalan. risau aku takut tesembam aje. sabajelah budak kecik ni.

semua benda nak bawak tak tau lah kenapa. nak menunjuk kat kawan2 ke, ada aktiviti pakaian beragam ke. kadang tu lah, kita balik keje amik diorg bukan kita ingat apa barang diorg bawak. takut hilang je. so far belum penah jadi lagi lah.

tapi yang paling bikin mama stress bila dia mintak baca buku. malam tadi tak pulak dia mintak baca buku. rupanya teacher siti, yang ajar subjek bahasa melayu, pesan kat dia suruh dia baca buku kat rumah. malam tadi hilang ingatan agaknya pasal teacher siti suruh baca buku. pagi ni baru terkial- kial membaca 2 page. mama cakap baca kat kereta je lah. tu dia membaca. padahal sebut huruf je. I-ikan, B-bola, P- ntah lupa sudah.

masih maintain pakai spek kejung dan tak bergerak...

dah sampai depan taska ni, tak jugak dia habis membaca lagi... tensi2...

bila mama cakap 'nia, cepat lah nia..' dia jawab 'wait lah mama, sikit je lagi...' adeh.... aku ni dah la dah bertaubat tak nak marah- marah anak. ketap bibir je lah...

4 comments:

@lfidah @dim said...

sangat comel 2 beradik nie...biasalah kalau sorang buat sorang ikut..memang pening pala menengoknya...

Princess Solehah said...

comel sungguh lah 2 beradik ni hehe.....amboi3x, boleh pinjam payung tak? merah menyala gitu....

Nad @ MamaZakwan said...

cute btul diorg ni;D

Siti Asiah said...

sabar je la ye...;)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in