birthday adel - lagi

anak tak sihat, so kurang rasa excitement nak sambut birthday dia kat nursery. hari ahad masa opah dgn atuk niadel dtg tu elok dah. sihat dah la. esok pagi bangun tido, panas balik. so masuk ofis lambat sikit sebab nak monitor adel. then hantar ke nursery. tidak pulak ke klinik ye? actually aku pun tak larat lagi sebab tak cukup tido lagi. mencari penyakit stay sampai ke pagi ye. kalau zaman study tu takpe lah sebab bujang, ni awak dah ada anak, ada laki ni, kena jaga benda- benda tu semua.

masuk ofis almost 11. kul 3 gitu ain SMS bagitau adel demam. soh balik cepat. tak keruan dah. tapi paed klinik niadel bukak kul 6.30. so aku amik kul 6 la jugak. pukul 2 pegi bank kejap, then singgah amik kek kat tempat yg sama order rainbow cake itu hari. amik niadel terus aku pass kan siap2 kat diorg. kali ni order dengan muffin sekali utk bagi budak2. tak dan nak beli jajan. nia mintak jajan. mama tak sempat lah nia.

lepas tu terus je ke klinik. elok je dah tarik hand brake tuh parking kat depan klinik tu, adel muntah. habis seat, seluar mama semua. tu la baru dia muntah nya. so elok lah sampai ke klinik tu on time. rupanya tonsilnya merah. tu tekak tak selesa and cause to fever. haish, jgn jadi cam mama adel. payah nak handle nanti. amik ubat, balik rumah terus bagi adel ubat. alhamdulillah during the nite, dia lena sampai ke pagi. pagi tadi, senang hati hantar niadel ke nursery. sambut lah sebeday lagi sekali dengan kawan2.

aku rasa kek ni lagi menggigurkan dari rainbow cake tu lah. what say u?

princess candle. macam2 lilin eh rupanya sekarang ni. tak mintak pun, tapi tauke cake ni bagi. dia tanya aku nak design camne? aku cakap, simple2 je. simple nampak cantik jugak kan? pandai dia decor.

pakej sekali dengan chocolate chip muffin mix with blueberry muffin untuk dibagi ke budak2. plan asal nak beli jajan lain dgn air kotak. tapi tak dan.minimum order is 50pcs.

harini adel dah sihat. dah ready nak celebrate dgn kawan2. kakak dia cam biasa, over excited.

nyanyi lagu birthday. aku syak getah rambut adel dah terputus. almaklum rambut adel beratnya sekilo.

kakak nia potongkan kek. konon.

nia tolong bagikan muffin kat kawan2. jadilah ye anak2. birthday korang kemain macam2 niadel dpt. adel nye birthday dpt muffin seketul je? hehehe... ada jugak nak dari takde :p

mama tgk gambar je lah kesedapan cake ni. nak mintak cikgu sepotong buruk siku pulak. huhu.  thanks to cikgu2 taska sebab tolong coordinate birthday adel and jaga niadel.

and thanks to tokey special sugar sebab bagi free 6 muffin. 3 perasaan chocolate chip, 3 lagi blueberry. sedap!

8 comments:

Mama Likha said...

betullah alya.. nmpk lg mengiurkan cake choc moist ni.. actly kita dh nmpk pic cake ni kt fb die tag nama alya kot... haishh ! teliur !

so today adel mcmne ? smua ok ??

Elyn Sani said...

woh terliur pepagi tgk cake!!

Iela Fazielah said...

beli kat mana kek tu alya?? citer sikit.. bday syafiqah dah dekat dah ni... akak dah prepare goodies semua.. tp kek xtau nak bl or tempah mana..

Nad @ MamaZakwan said...

yeay, adel dh sehat :)
ye la kak..kek ni lagi menggiurkan
tp dah sama2 sedap..berbaloi la dgn harga order :)

nome said...

aku rasa semua kek dia menggiurkan...aku pun dah tingin sgt nak mkn bile tgk gambo nih...harus order :)

adel demam sbb tonsil yer...sbb tu panas dia kejap ada kejap takde...hope adel cepat sembuh....

@e_da said...

cute kek adel.. seronok sambut dgn kawan2 kan..

ibuhebat said...

nampak sungguh yummy kek itu!! :)

wanie md zain said...

sedap la kek tu..simple but very nice....
syoknya diorg sambut besday!!

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in