betapa payahnya bagi adel ubat

korang yg ada anak yg payah nak bg makan ubat, macam mana cara korang bagi anak korang makan ubat? nia dgn adel mmg totally different bila tiba bab makan ubat. kalau nia, tak yah kita paksa, nganga je. kalau yg tak sedap lps makan dia cakap lah tak sedap. esok makan jugak lagi. tapi kalau adel, mmg becinta aku nak bagi ubat. kadang liat je nak bagi dia ubat. sbb kena gunakan tenaga yg 2 kali ganda. kalau besar lagi esok, camne lah kaedah aku nak buat selain dari kaedah bawah ni.

aksi yg berjaya dirakamkan oleh adik aku. senonoh tak? ni je lah kaedah terbaik nak bg dia makan ubat, telan elok dan tak muntah, setelah dah cuba beberapa kaedah lain. baring, kepit badan dia dgn kepala sekali. tp tidak lah aku duduk atas dia. gila hape, mau tekeluar isi perut dia. kepit je. aku kena bertahan mode lah nak bg dia ubat. kadang sampai 4-5 jenis.

close up sikit. hari2 pun macam ni. kalau dah sihat, nak kena bagi supplement pulak. supplement dia baunya lagi la 'harum'. aku pun tak tahan baunya, apa lg diorg yg kena makan. nasib nia mau gak telan sebab dah biasa kot.

dah bagi makan tu, dukung je lah dia, basuhkan mulut, bagi minum air. dukung sikit, then back to normal. aku bg makan ubat tu bertudung bukan sebab nak amik gambar ye, tp ada abang ipar aku masa balik kampung hari tu. lengan pendek? hmmm... ni baru lepas makan, tgh ber skype..

dengan uncle ainal niadel yg berada jauh di perantaun menyiapkan final projek. perantauan lah sgt. UTHM Batu Pahat je yo! bukan university of Edinburgh. eh? oh btw, thanks uncle ainal for the SG tshirt. cantek2 semuanya. bila nak pegi lagi? :)

16 comments:

@lfidah @dim said...

anak akulah tue yang sama dgn adel, alya..adrianalah yg susah mkn ubat.setakat nie ammar blm nmpk lg.kalau dengan papa dia yg bagi mkn mmg menangislah bdk dia kerjakan.mama lari jauh2 sebab xsanggup nak tgk yea.nnti blh ikut cara alya.huhuhu

@lfidah @dim said...

anak akuler tue..sama mcm adel.adriana memang susah mkn ubat.nmpk botol ubat mcm bdk kena dera.bab bg ubat mmg papa dia yyg bagi.memang menangislah adriana dikerjakan.mama lari jauh2 sebab xsanggup nk tgk..yg geram kalau dia makan pas tue muntah blk.

alyyani said...

alfidah : mau adel besar esok mcm adriana eh. siap muntah kan. adoi, dah la dia selalu sakit. adoi lagi..

Anonymous said...

bla masa la tngkap gmba time aku skype ri2, x prasan tp uthm batu pahat correction! bkn skudai..

~MAWAR~ said...

hehe..salam sis..wahh bukan main susah lg yea adel nk makan ubt? setakat ni Alhamdulillah mawar saya ok je makan ubt..xpayah paksa..dia sendiri yg mintak.kadang2 sampai nangis2 nak lagi..adoii.. smga cpt smbuh ye adel.. =)

nome said...

mungkin adel susah nak mkn ubat sbb dia kecik lagi...insyAllah esok bile dia dah besar sket...senang la dia makan ubat cam kakak nia...

semoga cepat sembuh adel...

alyyani said...

ainal : bila masa, masa tu lah. nasib janggut ko terurus kan? hahaha.. he, silap pulak. tukar sudah. heheh

mawar : mawar mcm nia lah tak de ubat nak bg pun mintak. tu pasal bagi supplement, adel ni mmg lain macam protes nye. btw, ni gmbr last 2 weeks. skrg adel dah sihat. alhamdulillah.. thanks

nome : tak tau lah me, kot makin payah. hopefully makin senang bukan makin payah. adel dah fully recover last week. syukur. thanks babe

ani said...

silap2 tmpk cam dera anak, haha tapi ya lah watever it takes demi kebaikan anak.
tak nak ke dia minum campur dlm susu ke air gula ke atau jus. takut nanti dia fobia terus dgn ubat sbb terkepit camni. tapi si ibu yg lebihnya stress jugak ya, cian u.

alyyani said...

ani : mmg mcm dera anak pun kan? opah atuk diorg tgk, seram tgk nye tp tak leh buat apa sbb mmg takde cara dah. kalau ubat tak digalakkan campur dgn susu. ni paed ckp lah. rasa dai fobia kena kepit pun ye gak tuh. time to time akan diimprovekan lg skill bg ubat pada cara yg lebih sopan. hehehe..

OneSimpleMother said...

omak aiii.. tokojut den nengokkan stail mama adel bg makan ubat ni.. rasa2nya x penah dibuat org lagi ni.. hahaha.. alya bg adel makan supplement apa ye? akak pn terfikir nk start bg supplement kat luqman sebab dia sgt susaaaaah nk makan.. :)

wanie md zain said...

tudia..ganaz nya mak dia..heheheh ok la tu sebenarnya..
iris ok mkn ubat tp demam jer..rasa oren..lain no!!!
nak mkn kena ckp tamin (vitamin)
alya cuba try dgn sudu..kot2 la boleh..

p/s: ada org gelak wanie panggil alya..napa?sopan yek..

Iryani Noor said...

miahahahhaha// lebih kurang mcm bagi sopia makan ubat.. kalu tak kepit habis segalan benda die sepak terajang.. walaupun kenit, tapi sepakan die sakit woooo.... =p

ada. said...

Anak buah ada pun kalau makan ubat, mak dia buat macam tuh jugak. Meraung lain macam sikit hahaha.

P/s: baiknya pakai tudung dalam rumah :)

alyyani said...

onesimplemother : sy bg teknik terbaru kak utk anak yg payah nak mkn ubat. hahaha.. sy bg 2 supplement kak. scotts emulsion utk antibodi lah. lg satu fish oil utk otak cerdas. utk appetite sy tak sure lah kak. alahai, luqmn slim dah ke kak?

wanie : sudu wanie? tak berani lah. confirm free2 je dia tepis. satu keje kena lap. malas nak lap sebenarnye. ok lah iris bole dipujuk. adel tak jalan. huhu

iryani : wah, sopia mesti lagi gagah ni kan? dpt bayangkan. hehehe..

ada : iman ke irfan? mmg haru betul kalau dpt anak payah nak makan ubat. mujur sorg je. kalau 2-2 pitam!

p/s : ish, abang ipar ustaz u! :p

Princess Solehah said...

auni sama macam nia, mudah makan ubat. malah dia minta lagi bila dah bagi ubat sekali makan hehe

Wana said...

Hehehehe.. ank buah aku yang study pharmacist ajar.. kalau nak bagi budak makan ubat pakai shrink tu tembak kat dalm mulut belah tepi bibir.. sebab ubat akn jatuh kebelakang gigi dan terus ke tekak memang terpaksa kene telan.. dan boleh elakkan budak dari rasa nak muntah atau sebaliknya... kadng kala bile dia demam teruk ke dia kan ad ras nak muntahkan balik ubat tu sebab ubat akan sekat kat tekak dia..... so akan mudah untuk ita takyah bersungguh2 nak pegang kepal dia sebab takut ubat terkeluar balik

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in