beli kek kena ada occassion ke?

malam tadi balik keje kan nak mencari bag sekolah nia semua. dah beli tuh, singgah secret recipe, nak beli 1 slice indulgence. sejak mendapat high kolestrol ni belum usik kek lg. ni teringin benau. so beli la sepotong. tetibe gatal suruh staff situ tulis nama niadel. dia cakap birthday ke kak? tak terjawab aku. kang ckp saje2, tak mo pulak dia tulis. hehehe.. saja gatal suruh dia tulis. sepotong mahal kot. kita bagi hias2 lah sikit. aci?

cukup2 je lah nama diorg. siap ada love lagi. harini rasa nak buat lagi. hahaha.. ni tgk blog k.iela la ni. tu teringin.

sebelum beli bag, aku tanya dia banyak kali, nia nak bag apa? dia kata princess. banyak kali pun dia jawab princess. malam tadi lepas pee, nak pakai panties, dia cakap, mama samalah princess. ha'ah la. mama pun tak perasaan. kelas ko, luar dalam sedondon! ish, pervert nye bunyi. cite anak2 eh, takpe kan? nia nampak je brutal macam mama dia, tapi dalam hati taman. nak pinky2 jugek!

sebagai duta poney bak kata mamalikha,  aku menjemput korang ke sini. duta konon! korang pegi kalau kata banyak baju best, habaq mai no. aku tak penah pegi clearance stock sale poney lagi.

6 comments:

Iela Fazielah said...

budak SR kat jusco equin rajin deco kek... siap love2 lg tu.... akak pernah pegi poney clearence tu...tp penatla.. baju longgok2... susah nak cr.. harga standart 70& 80% punyer less... paling murah dlm RM9-11 selai la...

Gieyana said...

Aku peminat kek SR..sume my small family crazy to New York Cheese cake..so slalu jer si minah kecik tue asking fr kek hepi birthday katanya..

Perghh bestnyer sale..wanita n sopping x dpt dpisahkan..:D

alyyani said...

kiela : sy tak ingat kak sbb jarang beli kek. mmg suka decor2 ok la tuh. kreatif ye tak? heheh.. tu lah, pnh gak dgr org kata poney clearance sale ni sesak. tp tang murah tu yg org nak serbu kan? :)

gie : ye beb, aku tau korg sekeluarga mmg peminat tegar SR. :)

Mama Likha said...

Haha mak die brutal dlm hati ada tmn ehhh... Huhu.... Aduhai tk terpegi kot kita smpi south ciy plaza tu huhuhu.. Siap mention nama :D

Okbai! :p

alyyani said...

mama likha : kitorg yg dekat ni pun tak pegi zte. huhu..

ShashaCahaya said...

Salam, Kalau nak kurangkan kolestrol cubalah produk yang ada dipasaran macam jus ke, pemanis beralkali ke atau apa2lah.
Produk2 ni bukan ubat tapi berkesan untuk kurangkan kolestrol disamping elak makanan kolestrol tinggi dan senaman.
Betul ke?
Semoga masalah ni dapat diatasi dgn baiknya. Amiin.

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in