sedih hati bila nia merajuk dgn mama

cerita nye begini. semalam masa nak pegi kerja, cam biasa aku yg hantar nia. kalau pagi2 tu mmg struggle sikit lah nak suruh dia mandi. since tak pakai diaper ni mmg susah la nak suh dia masuk bilik air bila bangun tido. kalau dulu berdiaper, atleast dia bangun tido ckp 'mama, pampers basah. tuka pampers lain...' gitu lah. sekarang ni, bangun tido, terus duduk dpn tv nak tgk dora katanya.

ok lah sementara dia tgk tv, dan aku bersiap. nak tunggu dia mandi, kena tunggu habis dora katanya. bole sabar lagi lah. sempat aku breakfast sikit. lepas tu, baru lah kena paksa dia mandi. kalau nasib ok, mmg dia nak pee, ok la mandi terus. kalau mmg takde rasa nak membuang, mmg becinta la nak ajak dia mandi. 

semalam, dah settle mandikan dia, dah wangi2, aku akan bagi scotts dulu. tambah lak sekarang ni dia tgh batuk. kena la bg ubat batuk dulu. nia mmg senang makan ubat. tapi kalau ubat tu tak sedap, mmg kena tolak2 la jugak. so semalam masa bagi ubat dia ck, 'nia nak baring lah mama...'  dah baring aku bagi la pakai syringe. dah elok masuk semua ubat dalam mulut, then dia puposely luahkan balik. habis kena baju dgn bantal.

masa tu dah pukul 8.30 ye kawan2.. masuk ofis kul 9pg. aku apa lagi. mmg asap keluar kat kepala la. mmg mulut ni bising lah. apa aku ckp eh? aku ckp gini 'kenapa nia? nia kan dah big girl? kenapa buat perangai bukan2 macam ni. kan dah habis baju bantal ni..' panjang la lagi aku bebel sambil amik kain basah lap pipi dia dgn tukar baju, letak sarung bantal kat baldi. tangan tak naik pun. tak guna pukul anak, bukan dpt apa. dapat membebel dah cukup. dia punya meraung toksah ckp la. aku tak pandang dia pun. sampai lah masuk kereta. sampai lah hantar kat taska. salam, cium dia terus blah. aku ckp kat cikgu ain dia, 'nia baru lepas kena marah ni.'

cikgu ain tanya 'mama marah ke?' dan2 tuh dia meraung. hati aku x lah bengkak lagi. tp mmg dah lambat sgt time tu. nak isi minyak lagi. balik kerja aku mmg x igt lah pasal insiden pagi tu. tapi masa aku amik nia smlm, biasanya, bila pintu bukak, meluru dia peluk aku dengan tak berkasut. tapi semalam, dia nyorok belakang pintu je ko. aku tarik la tgn dia ajak balik, dia main tarik2. aku cam, alamak, apekes?

cikgu ain cakap, dia ingat la kak, pg tadi akak marah dia. aku cam, eh? aku ckp la, 'sorry nia, lain kali mama x buat lagi...' dah berjurai air mata dia menangis. tak sangka aku dia merajuk lagi kat aku. dalam kereta, dia cakap 'sorry mama'. ai touching la kejap. huhu.. sian dia. so pagi tadi masa nak bg ubat kat dia dia sendiri cakap 'nia makan ubat tak tumpahkan mama...' dia ingat lagi la tuh...

nasib baik nia cover dagu mama yg dah belipat dua tuh. btw, bila nia dah pandai baca blog mama ni, mama mintak maaf eh. be a good girl ok!

17 comments:

yantie said...

alalaaa sedehnya bile anak da pandai merajuk kan... betul tu alya, tak guna pukul anak. geram tu mmg la geram kan.. sabar je la. :)
yanti skrg ni pun mulut je dah mcm tarzan. kadang tu tak larat bsing. kadang tu dia trjatuh sndri, yanti ckap je.. "tu la,tak nak dgr ckap ibu...kan da jatuh". hehee...

alyyani said...

yantie : tu lah dia, tak sangka ingat pulak. biasa marah 5minit, lepas tu ok. sian dia, sampai ke malam merajuk. huhu.. bia sakit telinga janji tak sakit budak tu kita pukul kan? sama la yantie. kalau jatuh kalau dipujuk buat lg, so bg rasa jatuh lps tu baru reti dia.

Salina@IbuAqil said...

rasa nak nangis baca entry ni.. pg td ina TERMARAHkan Aqil sbb dia melalak2 x nak mandi g school.. Memang sedih bila dah terlepas mcm tuh.. Tp masa dia lalak2 tu mmg x tahan panas dibuatnya.. Sabar jerlah..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

alololo, nia majuk eh? touching kan bila anak mula membesar dan pandai minta maaf bila buat salah:')

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

hoohohoho
dont play play
nia besau tau

alyyani said...

salina : tu lah, kita ingat diorg ni kecik2 lg bole marah gitu je. padahal banyak dah diorg paham kan, termasuk lah dah pandai merajuk. huhu.. tp tulah, kadang bole hilang sabar dgn perangai diorg ni. :p

fifiey : kan? tu kena ajar anak say sorry kan bila dah buat salah :)

tinie : ai takut you!

cikpia said...

ala, sedeynyer......!!!

alyyani said...

cikpia : mmg tacing! hhuhu..

wanie md zain said...

alya-huhuhu sedihnya..anak2 ni kan mmg mcmtu kan..kena mrh berjela2 br nak ingat..mcm lala ckp skit berjurai2 air mata..kita plak jatuh kesian..bab mandi pg sama la alya..

alyyani said...

wanie : gitu eh? esok nia besar mcm kakak lala, gitu jugak la kan. skang pun dah gitu, kita buat muka marah diorg dah lain macam. huhu..

Nad @ MamaZakwan said...

huhu, sedihnye...
ksian kat nia..
zakwan pun slalu kene camtu
ala, rase bersalahnye tetibe, hukhuk!

nome said...

aku sgt touching bile nia mintak maaf...

tetiba balik ni nak cium anak puas2...

alyyani said...

nad : tu lah, tp kita ni kejap je. esok2 buat balik. akak lah :p

nome : hope leesya ok je ye me!

mrs.spicy said...

hahaha..nangis baca cerita ni

CeqGu said...

huhuhu so touching la...kita bila dah kelam kabut memang mudah berasap kan....tak pe la...pengajaran utk nia juga

amal_fc1303 said...

aku baca pon touching gak weyh. sedyh plak rasa nyer.. nia dh pandai majuk.

alyyani said...

mrs spicy : jgn begitu. rasa lg guilty ni. huhu..

ceqGu : pengajaran utk mama dia jugak kan? :)

ina : aik, rajin ko baca entry panjang aku nih? hehehe

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in