echo test, echo stress test result

tak boleh tido. niadel dok belawan batuk. esok ke klinik la nampaknya. syukur weekend. suppose ada wedding sepupu kat kuala kangsar, tapi wan ada kursus, so mmg tak dapat nak pegi. congrats to afad and wife. nanti kitorg datang kat kuala selangor ye.

so, hari yang ditunggu pun tiba. 2-3 hari sebelum doctor's appointment tu mmg tak keruan. wan dia rilek je. tak tumpang nervous pun aku tgk. siap buat lawak antarabangsat lagi cakap, nanti doktor tu cakap, awak kena pakai jantung robocop. apekah? i know he was trying to make some humor on me. mmg aku stress lah. sampai rasa shortness of breath yg aku dok cakap tuh.

pagi aku masuk ofis dulu sebab appointment kul 2. dalam 12.50 aku gerak. risau gak takut jem ke, takut sampai lambat. tgk2, 15minit dah sampai. mrr2 clear. so tepat kul 2, aku dah tepacak kat klinik dr azhani tuh. memula nurse amik berat dgn tinggi. then dia suruh tuka pakai gown sebab nak buat heart scan dulu.

doktor datang nak scan terus aku ckp, sy nervous gila ni doktor. bila nak start scan, dgr aku nye heartbeat laju gila. doktor soh rileks kejap. payah lak dia nak scan. amik masa nak cool down. then baru rasa tenang sikit, doktor mulakan scan. memula scan kat leher sebab nak tgk saluran arteri kat leher then scan jantung. sakit kot masa scan sebab dok kena tulang rusuk. kalau org kurus payah sikit nak scan kata doktor. gitu pulak eh.

lama gak dia scan. diam je doktor sepanjang scan tuh. risau aku. nak mencelah tanya tak berani. then dah settle doktor cakap OK, JANTUNG YOU CLEAR. TAKDE APA2 PROBLEM. fuh! kelegaan disitu. then proceed dgn echo stress test. bezanya dgn normal stress test, before test, akan ada scan jantung untuk dpt kan kedudukan jantung dan bacaan dan habis stress test akan amik reading gak dalam keadaan lepas bersenam.

 echo stress test. lari atas treadmill. makin lama makin tinggi and makin laju treadmill tuh.

heart beat, pulse akan dimonitor kat screen ni.

during stress test aku ok. lepas sampai stage 4. means aku bole lari sampai stage 4 lah. takde lah terkandas di tengah2 stress test. no dizziness at all too. rasa penat lah ater dah lama tak berlari. lepas lari, cpt2 baring and scan jantung. then lps dah siap report tu, aku kena bawak report tu ke doktor semula. datang kul 2, dekat pukul 5 baru settle. lama nya dekat menunggu nak stress test la. mesin echo tu ada satu je. kena tunggu turn. sebelum aku ada baby kat NICU guna. siannya la hai. 


report yg di sealed untuk aku pass kat doktor. bila jumpa doktor, soalan first doktor tanya U PLAN NAK BERAPA ORANG ANAK? ah sudah, tak lama ke aku ni tak leh anak ramai2? aku jawab lah plan  3 je. skang dah ada 2. aku tanya kenapa doktor? tak boleh anak ramai ke? doktor cakap, eh apa pulak, u nak 10 anak pun boleh.

heh? rupanya doktor tak nak bg aku any prescription. dan hasil dari test tu, aku nye kolestrol level too high. tinggi gila doktor cakap. so nak bagi ubat kolestrol tak digalakkan especially kat perempuan. in case kalau pregnant boleh effect kat baby. aku tanya doktor tuh, yg aku selalu rasa tarik nafa tak sampai tu kenapa. doktor kata tu sebab aku gemuruh. takde kaitan pun.

so starts from that day, aku kena ubah diet aku. kena amalkan diet yg kolestrol rendah. panjang gak lah list yg doktor bagi food yg kena avoid these 2 months. kena rajin bersenam. so, itu lah keputusannya. ye lah, belagak kan. konon kurus, belasah makan apa je tak kan gemuk, sekali amik, kes lain pulak datang. bahaya pulak tuh. sekarang nak makan apa pun takut. dah 2 hari ni, makan soup je. next appointment 14/2/2012. doktor nak tgk turun tak kolestrol level aku base on the diet yg aku amik.

tadi pun baru cerita semua kat mak aku dari check up 1/12 tuh sampai lah result nya. berdas- das lah kena tembakan dari cikgu rokiah. huhu... ok gak control makan ni, mau slim aku ni.

till then!

note : korang yg tak sempat2 tunggu entry ni keluar, laju je call, sms, email, dan2 tu bukak twitter ye. hehehe.. thanks all for your kind concern. terharu gak aa :)

12 comments:

Princess Solehah said...

wah..kolestrol akak tinggi ye? berapa tu? kolestrol saya pun tinggi juga nih...huhuhh

alyyani said...

princess solehah : yeke dik? nye 8. huhu. tinggi kan?

Salina@IbuAqil said...

TC sis.. Ina doakan semuanya baik2 saja.. Inapun gementar gak ni bila tiap kali dah dekat ngan rutin bulanan selasa depan.. Hope semuanya ok.. ;$

alyyani said...

salina : thanks ina. u too take care ok.

suhida said...

alhamdulillah tak de pe2 yang serius.

alyyani said...

suhida : syukur sgt. risau kot ada problem kat jantung. tp kolestrol bahaya gak tuh. huhu..

@e_da said...

alya ...cuba amalkan minum susu nesvita omega plus untuk rendahkan kolestrol.. eida minum tu skrg ni... memula mak yg minum sebab high kolestrol..tp alhamdulillah dia dah ok...

alyyani said...

ida : ha, mcm tau2 je, mmg baru je beli nesvita with oat. hope membantu. thanks ida :)

suhida said...

aku doakan ko sihat sentiasa k, :)

alyyani said...

su : aku pun doakan yg sama utk ko ye :)

Elyn Sani said...

cemas aku baca entryko yg ni dgn previous nye. dh mcm aku lak yg berlari atas treadmill tu. dan2 aku terus ckp dgn en faiz aku nk buat full medical checkup. die everyyear buat. aku ni? kang tah apa2 ade. apa2 pun ko kene rajin ye beb!!

Unknown said...

boleh tanya, klinik mana ya yg awak pergi ni?

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in