Skip to main content

harini membayar 78 kompaun MPSJ

untuk pengetahuan korang yg berada di bawah jajahan majlis perbandaran majlis perbandaran subang jaya (MPSJ), MPSJ sedang mengadakan kempen membayar kompaun flate rate, 1 kompaun = RM10. jumlah kompaun sebenar yg selalu dikenakan, adalah sebanyak RM80/per kompaun.

kompaun ni biasa dikenakan sekiranya tidak membayar tiket bila parking kereta. so, itu la yg berlaku kat area office aku sekarang ni. bukan sekarang ni, sejak aku kerja dulu lagi la. kalau dulu takde downtown mines, tempat downtown tu kitorg punya parking lot. tp sejak ada downtown, nak cari parking punya la hazab. almaklumlah, office shoplot gini, takde parking sendiri. so menggagau la nak cari parking hari- hari. kalau otai sikit, bole parking blok je kereta org, then ltk sticker company kat dashboard, bila kereta nak keluar, org tu bunyi la bell kat office aku.

kalau salah parking pun kena saman jugak. so, mmg sejak aku kerja kat sini, aku ni terkenal jugak la dgn org yg selalu kena kompaun. sebab malas bayar parking. atas banyak faktor jugak. parking jauh gila dari tempat bayar parking. dan semestinya masa mengandung. tak larat nak jalan bayar parking. common excuses aku bagi kat laki aku, tp dia tak boleh terima.

sebabnya, bole kata selalu, MPSJ hantar surat notification kompaun kat kampung dia (kedah). same goes with me masa aku pakai kereta sendiri. surat saman hantar kat perak. sejak kawin, aku pakai kereta wan, so kereta dia la jadi mangsa. dengan adanya kempen MPSJ yg bakal berakhir hujung bulan ni, aku telah mengambil kesempatan untuk menjelaskan kompuan  yg dah aku kena. 

aku ingat tak la banyak mana. sekali masa aku cek online, utk kereta aku, masa aku pakai bujang dulu, ada 18 KOMPAUN! dan untuk kereta laki aku yg aku jugak pakai ada 60 KOMPAUN! so kalau ikut jumlah kompaun asal aku kena bayar RM80 utk setiap kompaun, total kompaun aku kena bayar ialah RM6,240.00!!!! so aku amik kesempatan utk bayar sekarang sebab jumlah kompaun yg aku kena bayar hanya RM780.00. still banyak pada aku, but compare with RM6k tu tadi????

tadah telinga dgr laki aku membebel. macam banyak duit je ye. hmmmm.. taubat la lepas ni nak bayar kompaun. mamat kaunter MPSJ tadi pun sempat buat lawak antarabangsat tadi, siap cakap, datang lagi ye! perli aku la tu, sampai jem printer dia nak print kompaun aku.

 18 kompaun kereta aku. 60 kompaun kereta wan..

antara date yg kena kompaun. kadang tu, nampak je MPSJ lalu depan office, bila lari2 nak gi kat kereta, dah selamat dapat surat cinta dari MPSJ. kadang, bole slow talk kat MPSJ bila dah sampai depan kereta bila baru nak letak tiket, kadang tu, diorg buat pekak je.

ni la kompaun aku bayar tadi. pak guard tu heran tgk aku lama benau. siap tanya, dik, bayar kete company ke? aku cakap, kereta saya la pakcik. terkedu dia..

moral of the story : sometimes, rules are made not to be broken. so just follow the rules!

Comments

eiman's mummy said…
dikkk..tebalnya kertas tu..tak pernah byr parking sebyk tu..kat kulim ni still xde apa2 tindakan.kami ignore je.takut satu hr nanti dia org check blk,jd cam adik la gamaknya..
Anis said…
ai... byk nye kompaun. xtau nk kata apa. anyway, yg diorg tu x reti nk jimat kertas ke. kena ke each kompaun 1 helai? x environment friendly langsung. agak nye diorg x budget 1 org bole smpi 78 kompaun. but still, patut ada la provision in case 1 org byk kompaun. ngok ngek. akal pendek.
Iryani Noor said…
uuu mak aii.. bnyk nyer kompoun.. kaya la MPSJ =p
Mrs. Simplicity said…
wan : korg pun selalu kena saman gak eh. yg jd byk tu sbb mpsj mcm rileks je. sekali bila dah ada kempen ni and diorg akan amik tindakan, terus la bayar. murah rm70 utk each saman, kalau tak bayar, mmg saja je la kan hehe

jue : mmg!

anis : gila tak efisyen kan? mmg tension gila aku tunggu. diorg kena print sekeping2. dah print tu tu 1 hal, nak bayar kena lak pegi kaunter lain and scan 1-1 lg. gila tak efisyen!

iryani : org kaunter tu cakap, kalau ramai mcm ni, bonus 2-3 bulan MPSJ tahun ni :p
ArtiNALife said…
Nk tanya alyyani..sy nye kes saman thn 2003-2004 br anta thn 2012!..pastu kua skaligus 13kompaun..pesal dorg xanta awl2 ek?tu yg sakit hati..pastula kn..dlm byk2 saman 4 je yg ada ltk no road tax kt saman kalo cek kt web mpsj tu..

Ada x dgr2 kes mcm ni?...was2 sbb ni cite lama & kompaun saman xde ltk no. Road tax...ingt nk byr yg kua no. Road tax je..tp xptt btl la..mne ingt dh saman2 dahulu kala....adoi

Tp xaman idup la dpt saman2 ni kan :)
ArtiNALife said…
Alyyani..smue kompaun thn 2011 ke?..sy lg best br dpt surat komapun thn 2012 utk saman thn 2003-2004.. Pe ke menda kn dh 8-9thn br anta..bemgang agk sbb dh xingt..sy pn tau pnah saman tp adala agak dlm 4,5 x jek..tp cek kt web mpsj ade 13saman..tegezut la..

Pastukn tau x bole ke saman tu xltk no. Road tax ek?..kompaun yg complete dgn roadtax ada 4 je..tu yg was2,dhla cite 9thn lps mne nk ingt sgt pastu expect byr dkt 1k tu..

Adoi..xaman kn hal saman2 ni...alyyani ada dgr2 xkes mcm sy ni?..dorg kt kalo nk kureng kne g sna...
Unknown said…
Sorry nk tanya. Macam mana nk byar kompaun rm80 kat mpsj? kena pegi mpsj ke? Ataupun boleh pegi melalui cara lain?

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber