29 Ramadhan : masak- masak

hi blog! sian ko dah nak raya ramai mengabaikan ko ye dak? anyway, kitorg selamat sampai ke kampung halaman aku pada ja 12 malam td. alhamdulillah traffic was smooth. sebab kita ada banyak option hari utk balik kampung kan. so i believe takde org yg stuck dalam traffic. kita tunggu balik raya esok macam mana. sure horror.

so aktiviti pagi ni sehingga tengah hari tadi, berkampung kat dapur. masak menu wajib utk hari raya pertama. kuah kacang, rendang ayam dengan nasi impit. lemang nanti amik kat rumah opah. rumah opah pun ada buat acara masak- masak gak. kitorg lak, sejak pindah perak ni, mmg masak sendiri kat sini je lah. esok raya baru jumpa. 

niadel ok je. dah bole bawak diri sendiri. adel je lah, kadang mood dia tak berapa nak ok. nia selsema la pulak. 2 hari lepas dah bawak dia gi klinik sebelum balik kampung. so every time bagi ubat mesti dia weng then tido. banyak tido dari berjaga sian pulak tengok nya. so instead of bagi 3 kali sehari, aku bagi 2 kali sehari je. doktor bagi bekal buat stok, 2 botol setiap jenis. ubat demam, selsema dgn batuk. siap dgn ubat insert lagi. amik je lah dah free kan. 

ok blog, otak aku dah blur. sebenarnya ada cerita lain nak share, dah keluar cite ni lak. layan! nia ikut papa gi beli susu, adel tido lepas penat 'memasak' dgn berendam dalam bath tub. 

kuah kacang in the making.. nia insist nak tumbuk. jenuh la nak menunggu

time ni nak mama je. so bagi makan pun atas riba mama. sambil potong bawang

rendang tok in the making

master chef...

memantau dari jauh

atuk niadel pun turun padang tolong masak

yan yg basuh 4 ekor ayam. last day ni menentukan jumlah duit raya yg bakal ditermia dari mak kitorg. kpi tinggi banyak la duit raya nye. time ni la dia gigih basuh ayam. 

note : bila time raya ni, baru lah rasa seronok ada adik beradik ramai kan? sorang takde, tak lah terasa sangat. maklong niadel this year beraya belah husband dia dulu. so kurang sorang. tp tak lah rasa sunyi sebab ada 5 beradik lagi. so korang? moh tambah produksi! kahhhhhhhhh

3 comments:

Affieza said...

Seronoknya masak ramai-ramai...

Iela Fazielah said...

seronoknyer dpt bergotong royong masak nak raya... ms ni akak dok ulang2 alik kat h.serdang...tunggu doc ckp bg kebenaran utk syfqah discaj.....selamat hari raya alya....miss this moment!

alyyani said...

affieza : seronok! nak2 dgn family sendiri :D

k.iela : next year insyaAllah kiela akan rasa kemriahan beraya semula. :D

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in