IWK family day @ corus paradise resort, PD

- entry mengandungi 15 keping gambar -

last weekend kitorg sefamily berkampung di corus paradise resort , port dickson. dah lama tak ke PD. kalau pegi pun, tak bermalam. so looking froward jugak nak ke sini. siap browse lagi mana rupa bilik nya. bila tgk, wah, mmg teruja. so, bergerak la kitorg dalam pukul 11 lebih. sebab dekat je PD ni kan. tak sempat tido pun. cuaca kejap hujan kejap panas terik nak ke sini.

sebelum check-in, kitorg lunch dulu kat bangi kopitiam, PD.

2 beradik yg nak makan sendiri. niadel makan nasi putih digoreng dgn kicap + telur. wan cakap, nasi goreng dia sama macam nasi goreng abang masak kan? maknanya tak sedap!

dah kenyang, terus pegi check in. AJK dah menanti utk serah kunci. sekali bukan duduk hotel, duduk apartment daaa... attached to the hotel. fair lah, takkan la company laki aku nak sponsor almost 100 family bilik hotel kan. semi-government co, paham2 sudey... MOJ!

agak jauh gak la nak menapak ke bilik. apartment dia sgt banyak. sampai dah check out pun aku lupa mana nak masuk, mana nak keluar. masuk2 apartment je, check semua. not bad la apartment dia. complete semua.

apa2 pun tgk bilik dia dulu. ok jugak bilik dia.

ni bilik no 2. both bilik pun ada queen bed. bilik air 1.

walaupun balcony apartment buruk, tapi bila tgk view kat luar, sedap je mata ni. sea view. dah rehat sekejap, siap2 turun bawah. ada sukaneka.

adel pun syiok jalan sana sini...

masa kitorg turun game dah pun start. banyak jugak acara yg dijalankan. sebab participants ramai sgt.

papa jadi tukang sorak je sebab ramai sgt peserta plus nia tak nak diletak. nak bedukung je. bad mood mama marah suruh pakai baju tu tapi dia tak nak

aku pun bersosial la dgn gang isteri. adel pun bersosial gak sekali. kakak maintain atas dukung!

tgk je lah betapa ramai keluarga IWK unit gombak ni. so aku duduk tepi je la tgk.

last sekali game utk budak2. nia tak sporting la nak join. lgpun kecik lg.

lepas dah settle sukaneka, free and easy lah. apa lagi, nama pun pegi port dickson, terus la mandi pantai. tp kan, air pantai dia kotor lah. kalau nak dibanding kan dgn pangkor dgn langkawi. tak kaho naa pyar hai lah kan. so sekejap je la berendam dalam tu, wan ajak ke tengah lagi, tak nak aku. last2, masuk pool gak. hehehe

mmg niadel sakan mandi dalam pool. gambar kat pool takde, sebab mana nak amik gambar nye, nak handle anak2 nye. so takde lah gambar. tp pool sgt pack! tp tetap enjoy gak bawak budak2 ni swimming. balik bilik, terus mandikan and tido sementara nak tunggu dinner nite...

7 comments:

Ryn said...

wow..meriah family day..

aku nama nora said...

syoknya skali skala gini

nome said...

i loikeee Family Day! :D

Anis said...

best nye bercuti. x sabar plak tunggu izz besar. aku pun nk gi bercuti gak. anyway, si nia asyik nk berdukung je ye. harap2 izz x begitu la. mau patah belakang aku. skarang ni pun asyik sakit pinggang je manjang. budak kecik tu kalau tido xmau dgn papa dia. yg dia nk, aku, mak aku or bibik. dia nk dgn yg female je... haha

ada. said...

ada pun pernah pegi tido dekat corus hotel. air laut dekat depan memang kotor, kalau nak bersih kene pegi teluk kemang la. cun !

alyyani said...

RYN : MMG MERIAH. AKU YG TEKUJAT :P

AKU NAMA NORA : TU LA DIA, KALAU DPT JOIN GAME SURE BEST GAK :)

NOME : ME TOO! :D

ANIS : WAH IZZ CHOOSY GAK. KE TAK RAPAT DGN PAPA DIA? MCM NIADEL SEDIA MAKLUM LA MAMA SAJA. PAPA TUKANG TGK JE :P

ADA : TELUK KEMANG PACK LAH

Iryani Noor said...

hehe sama je pesen nia adel tido.. botol tak lepas dr mulut.. kiut je adik beradik nihhh..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in